Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Jumaat, 10 Februari 2012

~ Status Pertunangan ~

Bismillahirrahmanirahim...


Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)



Pertunangan adalah langkah permulaan kepada perkahwinan. Lazimnya pertunangan adalah mengikut adat dalam sesuatu masyarakat. Islam tidak menetapkan bentuk atau cara pertunangan seharusnya dilakukan . Ia dibenarkan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip asas hukum syarak.


Kalau diikutkan, sewaktu berlangsung proses pertunangan, harus bagi lelaki atau perempuan membawa atau memberi sesuatu hadiah atau bertukar hadiah antara mereka sebagai tanda ikatan perjanjian. Namun begitu lelaki dan wanita ditegah dan haram mengadakan pergaulan bebas bersama tunangnya, kerana mereka belum dikira sebagai suami isteri yang sah. Segala hubungan antara mereka mestilah mengikut landasan syara' dan mesti dianggap seperti bukan muhrim. Jadi, maklumlah bahawa pertunangan ini bukan satu tiket untuk berdua-duaan tanpa mahram mereka.


Konsep ini, membawa ke arah proses janji perkahwinan secara rasmi dan sopan. Walaupun begitu, pertunangan yang diadakan dapat diputuskan bila-bila masa jika diantara dua pihak rasa tidak berpuas hati atas sebab-sebab yang tertentu..



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...