Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Selasa, 24 April 2012

~ Saat Lafaz Terkata ~



 بسم الله الرحمن الرحيم 



Allahurabbi!!Allahuakbar!!




La Tahzan sayang, Ingatlah ini dugaan yang Allah beri kepadamu.


Kerana DIA begitu menyayangimu.




 Basah hati  ini Ya Rabb,

Terlalu banyak air mata ini mengalir 

sehingga aku tak terdaya untuk menahannya.

Ku pohon,

Tabahkanlah hati ini.



Walaupun kita terpisah 

di antara dua benua,

Dalam doa daku,

Dalam sujudku,

Diriku terlalu risau kepadamu,

Bagaimanakah kesihatanmu,

Bagaimanakah keselamatanmu,

Bagaimanakah imanmu,

Ku pohon agar engkau disana

sihat,baik dan sejahtera sahaja.

Jika engkau bahagia, 

Bahagia jugalah hati di sini,

Jika engkau gembira,

Gembira jugalah hati ini,

Jika engkau bersedih,

Turut sedih jugalah hati ini,

Sebenarnya, hati ini terlalu sakit,

Sakit terlalu merindui kerana ALLAH.

Walau pun engkau tidak mengetahui,

Satu hari kelak, ALLAH akan beri petunjuk

Kepadamu mengenai ini.

Segala peringatan yang diberikan,

Takkan kulupakan,

Akan ku ingat semuanya.

InsyaAllah.

Terima kasih kerana pernah hadir 

 dalam hidup ini,

Kehadiranmu, dan pertemuan itu,

Berlaku dengan perancangan ALLAH,

Aku bersyukur kerana engkau pernah hadir

dalam hidup ini,

Takkan ku lupakan semua kenangan itu.

Setiap pertemuan, pasti adanya perpisahan.

Ku harap,

Engkau jagalah dirimu dengan sebaiknya.

Aku  sentiasa mendoakan

Agar engkau serta sahabat meneruskan

perjuangan dakwah juga tarbiyah disana.

InsyaAllah,

Sekiranya kita diizinkan untuk bertemu,

Pasti bertemu jua.


Salam sayang dan rindu  daripada

sahabatmu yang dicintai.....







~ Duhai Kamu ~

Nak Nikah Dan Kahwin Macam Ni - FaceDL Download Best Videos



Duhai bakal suamiku,


bakal imamku,


bakal pemimpinku,


bakal pujaan hatiku,


bakal abi kepada anak-anakku,


Boleh tak ana nak wedding macam nie satu hari kelak??
 Kalau diizinkan...
InsyaAllah,..


(^______________^)

Ahad, 22 April 2012

~ Love Letter ~



                    بسم الله الرحمن الرحيم














✿~ LOVE LETTER dari Allah.
.
✿~ Pengubat jiwa yang sedang gusar..



✿~ Pengubat hati yang sedang gelisah..

✿~ Penghubung kita dengan Dia, sampai bila-bila..



p/s : RUGILAH jika Al-Quran mahal dan cantik





 dibeli, tapi hanya TERSIMPAN RAPI 


di dalam almari dan laci..




Al-Quran itu NUR (Cahaya), FURQAN (Pembeza) 




dan AZ-ZIKR (Peringatan)..♥♥




:: Bila SAAT TERAKHIR kamu membaca Al-Quran? ::




Rabu, 18 April 2012

JOM!! Konsisten Dalam Ibadah


Bismillahirahmanirrahim..


Dalam perjalanan hidup kita sebagai seorang daie ila ALLAH SWT ini, terasa kita begitu memerlukan amal untuk menjadi bekalan dalam perjalanan kehidupan kita.

That's why kita perlu mutaba'ah dalam amal kita.


  1. Kita rasa macam tak sempat nak buat. Hurm.,,Dalam seharikan ada 24 jam.
  2. Kena pandai2 la curi sikit masa. X lama pon nak baca AL-QURAN tu..ambik sikit masa dalam 5-10 minit macam tu. Ok la..:)
  3. Kalau nak Qiamullail, paz tu antum tak mampu nak bgn,kita buat la cara Saidina Abu Bakar r.a iaitu~ solat sunat sebelum tidur.
  4. Dalam diri masing2 tu kena ada rasa pentingnya bangun malam & baca AL-QURAN sebagai bekalan kita la..oraite..(^_^)
  5. Dalam usrah juga kita perlu la ada mutaba'ah ibadah..Tau tak mutaba'ah ibadah tu apa?? Nanti ana sharing kat antum semua. Ahli dalam usrah tu plu sma2 menilai prestasi ibadah masing2. So, nnt kiranya kita dpt meningkatkan fastabiqul khairat (mgjar kebaikan) yang OSEM n HEBAT!!
  6. ~ Contoh Mutabaah Ibadah ~
@ Solat di awal waktu
@ Tilawah Al-Quran
@ Hafazan
@ Solat sunat rawatib
@ Ma'thurat
@ Qiamullail
@ Riadah
@ Buat Ziarah
@ Membaca
@ Memperbanyakkan istighfar
@ Puasa sunat

7. Ke mana pon kita pergi, bawa la AL-Quran tu bersama ye..Sebabnye,bila kita dah bawa..cenderung kita untuk membaca Al-Quran amat tinggi. Tapi, janganlah asyik bawa je..dah tu last2 xpernah nak buka n baca..
8. Perlu ada mujahadah yang tinggi. Coz, kita perlu melawan rasa malas n berat untuk laksanakan amal ibadah.
9. Dah tu,kita cari la biah (persekitaran) sesuai yg dapat mendorong diri kita untuk beramal. Senang klu nak QIAM @ baca AL-QURAN bila kita bersama dengan org yg sukakan kebaikan...:)

p/s~ JOM!! kita mulakan dengan step by step..Xpe buat sikit2 asalkan kita ISTIQAMAH dalam perbuatan kita tu..(^_^)
InsyaAllah, ALLAH akan bantu kita.


Isnin, 16 April 2012

Kalau Kita Tidak Bersama Dakwah & Tarbiyyah,???



Bismillahirahmanirrahim...

Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Rasa-rasanya kan, seandainya sekarang nie kita tak bersama dengan dakwah n tarbiyyah. Apa yang akan jadi kat kita nie ekk??

Cuba cek list dulu:~

  1. Mungkin ana akan buat apa yang patut kot...Erm, biasa la..kalau anak dara selalunya mesti diorang g spa,buat facial muka,urutan badan,rambut pon nak buat teknik rebonding..ala macam iklan shampoo selalu cakap.."Guna shampoo je.Boleh lurus guna jari je"..alahai...Dah namanya tittle "PEREMPUAN" n sewaktu dengannya, mestilah nak jaga semua penampilan kan..dari kepala sampai la ke hujung kaki..Mesti nak perfect..!!~ Depan orang yang bukan mahram kita nak hias lebih pulak..nnt kalau dah kawen nak hias apa kat zauj/suami??? Ingat2 juge ye..:)
  2. Weekend???? Hurm...apa lagi kalau tak SHOPPING TIME,WAYANG..huhu...nak beli tu la..nak beli nie la..orang banyak duit la katakan..semua barang pon boleh beli..Petik jari je..nak beli apa?? Ipad,Iphone 4S,kasut highheel,beg tangan berjenama,kereta BMW,beli satu shopping complex?? Boleh je kalau dah jutawan sangat..!! ~ Nanti boleh ke barang2 tu bawa masuk kubur sekali??
  3. Bolehlah keluar g melepak dengan kawan2..jalan2..minum n makan2 jap..pagi keluar..dah nak subuh baru balik..~ Ya Insan disana...xbuat qiam ke?? Kan bagus buat qiam,dpt gak pahala.
  4. Suke dengar lagu ROCK??? wahh best2...otak pon dah macam pelik2 sikit..kalau dah dengar lagu tu macam xingat dunia..Rasa2nye kalau ada gempa bumi pon xkan sedar punye..sbb otak dah fanatik sgt dgr lagu ROCK~ Aduhaii...dimananya lagu tarannum,bayati,hijaz,n sewaktu dengannya dalam bacaan Al-Quran kita..dimananya lagu2 nasyid yang boleh mendidik n mentarbiyyah kita balik??Mana perginya zikrullah kita selama nie??Lenyap ditelan zaman moden ke??
  5. Tak kisah la nak pakai baju apa pun..asalkan cantik,bergaya,trend terkini,..nak guna skirt pendek ke...gune singlet ke..bikini ke?? Mula nak menggedik;" Cantik tak kulit I??"~Mana perginya tudung kita?? Mana perginya baju kurung yang selalu tutup tubuh kita?? Amboi!! X ingat dunia dah dia nie..Awak2..saya minta tolong sgt2..SILA TUTUP AURAT YA!!! Anda FAHAM!!! bukan perintah dari saya ye..p perintah dari ALLAH SWT..:)
  6. Isu gosip artis!!! Panas sangat!! Banyak kontroversi betul..Sampai ke lubang cacing nak tau..tu la suka sangat tengok MELODI, PROPAGANZA, MULUT MURAI n byklah..~Mana perginya perjuangan dalam menegak kebenaran dalam isu SYRIA,PALESTIN dan negara2 ISLAM yg kita sayangi??
  7. Kenal dengan orang atau tak..men selisih macam tu je..Bukannya nak tegur..Bila tengok para alim ikhwah n akhowat bersalam salaman,bercium2 pipi.,berpeluk mesra..(apa kes la diorang nie??)~ Ni la namanya JALINAN UKHWAH yang terbina atas dasar CINTA n KASIH mereka kepada ALLAH SWT..OSEM JIDDAN!!..:)
  8. Bertepuk tampar dengan lelaki n perempuan memang la..Xtau nak cakap macam mana dah..Selamba badak je tepuk2 macam tu..pegang2 tangan pulak tu..kissing2 pulak dah..lagi teruk kalau dah nak terjerumus ke arah penZINAan!!..Naudzubillahminzalik...~Banyak2 la buat solat sunat taubat nasuha..kesal atas perbuatan dahulu dan berjanji xkan ulanginya lagi..Ana tau awak baik,cuma pengaruh dengan benda yang tak baik...InsyaAllah boleh punya..

Cukup setakat ni je la untuk imbasan kalau kita tak di tarbiyyah dengan sepenuhnya..Peringatan buat diri sendiri yang dahulunya begitu jahil dengan agama sendiri iaitu ISLAM!! Jangan jadikan ISLAM itu sebagai nama sahaja tapi tidak melakukan perkara yang diajar dalam agama ISLAM itu sendiri.Cukuplah dengan memberi peringatan buat yang lemah dan kerdil ini..Ana bersyukur alhamdulillah, akhirnya berjumpa dengan sahabat2 yang bertungkus lumus mendidik n banyak bagi tarbiyyah kat ana nie..Syukran tak terhingga kepada ALLAH SWT yang sentiasa menjaga kita..Memang memerlukan pengorbanan yang banyak kalau nak berubah..yang penting kita..Istiqamah lah dengan perubahan kita menuju ke arah KEBAIKAN..insyaAllah kita akan menjadi UMAT NABI MUHAMMAD yang paling OSEM N HEBAT dengan DIDIKAN DAKWAH & TARBIYYAH...ALLAHUAKBAR!!!


"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di masa jahiliyyah) bermusuhan, allu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."
[ali-Imraan, 3:103]

Bunga Cantik



Bismillahirrahmanirrahim


Yeayy2...alhamdulillah...hari ni ana pat bunga tau..p bukan la bunga betul macam kat rancangan tv tu..bila sepasang kekasih bercinta,bru nak bagi bunga..cuba la bagi bunga kat family ke,ummi ke,,abi ke,.sahabat ke,.dapat juga pahala kasih sayang...ana dapat bunga ni pun sebab ana minta izin dulu dari salah seorang sahabat ni..

ana tanya la kat dia nie:~ Sesi dialog bermula..

Ana:~ Apa nama bunga ni?? Cantik...

Sahabat:~ Xtau..huhu..men snap je..

Ana:~ Cantik sangat suasana dengan bunga tu..klu nak pic nie boleh tak?? Minta izin dulu..

Sahabat:~ Silakan..amik jela..

Horrayyy...bila dah dapat kebenaran ni, betapa sukanya ana..Alangkah indahnya klu bunga2 ni ditanam kat halaman rumah ana..Subhanallah...cantik sangat..Cume satu je la...sahabat ana ni xtau nama bunga tu.,ingat kan kalau dia tau tadi..ana nak cari kat internet pasal bunga tu..Ana nie..minat sangat kawasan yang ada bunga2 cantik..:)

Kalau sahabat tu xtau,xpe la,nak buat macam mana kan..xkan nak paksa dia kot suruh pergi tanya dengan orang apa nama bunga tu...xpayah je la.,menyusahkan sangat dah tu..Ana bersyukur dapat pic bunga tu..

Kepada sahabat:~

Syukran jazillan khairan khatiran coz benarkan ana mbik pic bunga ni wlupun xtau apa nama bunga tu. Len kali snap byk2 ye..hahha...:)

Cinta Dari Taman Syurga


Bismillahirahmanirrahim...


ikhwah wa akhowat yang dikasihi kerana Allah..

ada tiga tingkatan dalam dakwah ;
1) sabar
2) ikhlas
3) syukur

~ manusia ini dikatakan sombong apabila sering mengeluh ,

kecewa, kesal di atas sesuatu perkara yang gagal dilaksanakan.

sebagai contoh aktivis dakwah yang gagal mengajak mad'u nya ke arah kebaikan,

segera mengeluh dan menunjukkan sikap putus asa..sesungguhnya, kesabaran

merupakan tingkatan yang pertama dalam berdakwah..yakinlah apa sahaja yang

berlaku adalah suatu ujian dari Allah kepada kita sebagai pejuang agamaNya!!


~ seringkali berlaku, para aktivis dakwah menyalahkan dakwah di atas kegagalannya

melaksanakan/kejayaan dalam urusan akademik, dll...mengapa ia berlaku??

nah...ini kerana tiadanya IKHLAS dalam diri pejuang itu!

apa pun mehnah, ujian, kegagalan yang kita hadapi sekarang, ayuh!! kita

bangkit...kita IKHLASKAN DIRI..teruskan berdakwah...!!

ikhlaskan diri kita kerana ALLAH,,,pegi majlis ilmu, usrah, meeting, liqo', program

dan sebagainya...niat ikhlas kerana Allah, Niat nak cari ilmu kerana Allah , niat

berukhuwwah, niat berusrah kerana Allah, niat buat program kerana Allah..!! satu

contoh ana ambil, jika kita ada usrah/majlis ilmu yang harus disertai bersama

sahabat2 yang lain pada hari itu, tapi kita pergi dalam keadaan tidak bersemangat +

merungut + tidak ikhlas, ..tiba2 kita terlibat dalam accident@kecelakaan..ya Allah, di

manakah tempat kita sewaktu itu andai Allah mengambil nyawa kita di saat itu..??

Allah..ya Allah..=(

oleh itu, tanamkan IKHLAS = tingkatan kedua dalam berdakwah


~ syukur, Alhamdulillah..kita dipilih oleh Allah sebagai naqib/ah, pemimpin, daie,

dll...syukurlah kita digolongkan oleh Allah dalam golongan ini..wahai sahabat2 ku ,

ayuh kita sedar..betapa besarnya keni'matan yang Allah beri ini...tidak ternilai

harganya...subhannallah..ketika ini, kita berusrah, berprogram, menghadiri majlis

ilmu, liqo' dan sebagainya...di kala ini juga, sahabat2 kita yang lain sibuk

berfacebook, bermesej2, bercalling2, tengok movie, tidur, study, makan2 dll....jadi, di

mana Allah letakkan kita?? ya, Allah letakkan kita di suatu tempat di mana kita

mengingati Allah, berjuang meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w, membina

tautan ukhuwwah kerana ALLAH, mendekatkan diri kepdaNya..oleh itu, apa lagi

yang kita perlu lakukan selain daripada mensyukuri ni'mat2 ini sahabat2

sekalian..jangan pandang ia sebagai bebanan buat kita, yakinlah 'La yukallifullahu

nafsan illa wus'aha" , yakinlah " jika kamu menolong agama ALLAH, ALLAH pasti

menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..yakinlah " berangkatlah kamu dalam

keadaan berat atau ringan, untuk berjihad di jalan Allah, sesungguhnya kamu orang2

yang beruntung jika kamu mengetahaui.."

Ahad, 15 April 2012

Jika Sepasang Kekasih, Kita......


Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita takkan sabar-sabar dating dalam halaqoh,

Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi, dibawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang, tanpa takut dan bimbang,

Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah,

Jika sepasang kekasih sering memadu kasih @ rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas landasan ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata,

Jika sepasang kekasih akan menunaika
n apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Sang Pencipta kita,

Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama, saling menasihati agar makin berkualiti,

Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,

Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,keluarga dan maruah demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya, dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya.


p/s:~Tautan Hati~:

Sabtu, 14 April 2012

:: PENYAKIT YANG PALING MUDAH DIHIDAPI SEORANG DOKTOR ::




~✿>> Penyakit paling mudah seorang doktor boleh dapat..penyakit apa? hypertension? depression? hallucination? bukan, bukan penyakit-penyakit itu..jawapan sebenar : PENYAKIT SOMBONG..bukan aku cakap, tapi pakar yang cakap, pakar mata, pakar motivasi, seorang yang memberi insiprasi pada diri ini : PROF MUHAYA..

Dengar di ikim, segmen Islam
Itu Indah..memang betul apa yang prof cakap,
seorang doktor, SANGAT MUDAH BANGGA DIRI dan EGO dengan title doktor itu..kadangkala baru jadi medical student, dah rasa BESAR DIRI..pertama kali menyarung kot putih itu, mula rasa megah diri..bila stetoskop, pen torch, tendon hammer, menjadi hiasan diri..jalan dah tak pandang kanan kiri..

Apalah dibangga sangat dengan title doktor itu, apatah lagi title medical student..BANGGA kerana mendapat biasiswa, jumlah biasiswa yang sama nilainya dengan nilai sebuah kereta ferrari itu..atau bangga dengan RESULT SPM, MATRIX,
dan merasakan menjadi medical student sebab pernah menjadi BEST STUDENT di sekolah sebelum ini?

"JANGANLAH kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan ANGKUH. Sesungguhnya Allah TIDK MENYUKAI orang-orang yang sombong lagi MEMBANGGA DIRI."
(Surah Luqman : 18)

"Masuklah kamu ke pintu-pintu NERAKA JAHANAM, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah SEBURUK-BURUK tempat bagi orang-orang yang SOMBONG."
(Surah Al Mu’min : 76)

p/s : Wahai diri..belajarlah untuk jadi RENDAH DIRI, bukan untuk doktor or medical student saja, tapi untuk SEMUA ORANG yang mula rasa symptom-symptom bangga diri, ego dan sombong mula develop dalam diri masing-masing..saat kita lahir kita TIDAK PUNYA APA-APA..begitu juga saat kita mati, segala pangkat, kecerdikan dan kekayaan kita tidak dapat di bawa ke kubur..kita dikubur dalam LUBANG SEMPIT dengan PAKAIAN YANG SAMA dengan orang lain, sama dengan pakcik tukang kebun, makcik cleaner, dan sesiapa yang kita anggap kita lebih hebat dari mereka di dunia. tiada lagi kot putih untuk bermegah, hanya tinggal KAPAN PUTIH buat pembalut badan..♥♥

♥Astaghfirullahalazim♥

:(



Rabu, 11 April 2012

~ Baby Twin ~






Nasihat doktor untuk dapatkan twin---> Ambil vitamin yang mengandungi folic acid, kalsium dan vitamin B6. Dari segi pemakanan, perlu lebihkan makan ubi kayu dan daging (your favourite)

Amalkan doa :
"Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun"
(Surah As-Saaffaat :Ayat 120)

Teruskan berdoa kepada Allah swt.

Wallahualam...Ana dapat benda nie pun dari cikgu kimia/cikgu sains....:)

Syukran jazillan cikgu for information...sayang cikgu..

Isnin, 9 April 2012

♥ Sesiapa yang tidak merasa tenteram dengan ALLAH, tidak akan merasa tenteram dengan yang lain..♥




Allah adalah ketenteraman bagi seorang mukmin, hiburan bagi orang yang taat dan kekasih para ahli ibadah. Barang siapa yang tenteram dengan Allah, ia akan tenteram dengan kehidupan, merasa bahagia dengan apa yang ada dan menikmati hari-harinya dengan hati yang tenang, bercahaya dan terbuka.

Cinta Allah terukir di hatinya, sifat-sifat Allah bersemayam di hatinya dan nama-nama Allah tergambar di depan matanya. Dia hafal nama-nama Allah, merenungkan sifat-sifat Allah dan menghadirkan di dalam hatinya, sifat-sifat Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Terpuji, Maha Lembut, Maha Baik, Maha Mencintai, Maha Indah, Maha Mulia, dan Maha Agung.
Semua sifat-sifat itu mempengaruhi ketenteramannya terhadap Pencipta, cintanya pada Yang Maha Agung dan semakin mendekatkan diri kepada Yang Maha Mengetahui.


" Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku..."


( Surah Al- Baqarah: Ayat 186 )

Sesungguhnya perasaan tenteram dengan Allah tidak datang begitu sahaja tanpa sebab dan tidak akan tercapai tanpa keseriusan dan usaha. Dia adalah buah dari ketaatan kepada Allah dan hasil dari mencintai Allah. Barang siapa yang taat kepada Allah, mengerjakan perintah dan meninggalkan laranganNya dan jujur dalam cintanya kepadaNya, maka dia akan mendapat ketenteraman sebagai makanan, menemukan kelazatan dekat dengan Allah dan kebahagiaan bermunajat kepada Allah.


p/s buat sendiri:~ Sesungguhnya perasaan dekatnya Allah dengan para hambaNya pasti membuat orang menjadi bahagia denganNya, gembira dengan pertolonganNya dan senang dengan perhatianNya. Ya Rabb, sesungguhnya hamba bersyukur dengan kurniaan yang telah Engkau berikan kepada kami..Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..Labuhkanlah cinta kami kepada Mu Ya Rabb....Amiin...:)

~ Bertunang Tanpa Sedar?? ~





Ha??? Bertunang tanpa sedar??? Hurm..pelik ke??
Xde yang pelik nye dalam perkara nie..

Maksudnye kat cni, apabila seorang lelaki berhasrat menyatakan nak mngambil perempuan ni sebagai isteri..dan perempuan itu menyatakan setuju..jadi..dah kira pinang..:)


Lelaki:~ Saya hendak mengambil kamu sebagai isteri saya.

Perempuan:~ Saya setuju.


Jadi..perempuan itu sudah menjadi tunang kepada lelaki tersebut tanpa sedar@tanpa ibu bapa.
Apabila seorang lelaki meminang seorang perempuan yang telah bertunang,maka pinangan atas pinangan adalah haram.

Sabtu, 7 April 2012

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



Will Be Mine


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum ikhwan wa akhawat semua...Rindu sungguh ana kat semua tau..Ngee...:)
Kaifa halukum jami'an?? Ana kat sini sihat alhamdulillah..

Hari ni, ana nak cerita sikit impian ana nak memiliki satu barang ni..Dah lama ana tunggu nak dapat barang nie tau, tapi hanya angan2 je...nak tunggu tu xtau la bila nak dapat..Dari sekolah rendah lagi simpan angan2 nak ada barang mcm nie..Huhuhu...Barangnya ialah~ tadaaa....


~ Ni la Canon DSLR EOS66...~

Jadi sekarang ni, ana berusaha kumpul duit sikit2 nak beli ni..Hehe..Sikit2,lama2 jadi banyak lah duit...waa....Hebat sungguh kan..Kalau ada lebih duit nnt, simpan untuk kegunaan masa depan..
Ana xmau kacau duit dalam bank tu. Itu untuk kegunaan ana masa kat Universiti nanti..InsyaAllah...:)

Sekian untuk entry hari nie..Ilal Liqa'..Wassalam..:)
Sayang sangat2 kat kamu...

::~ Wanita Cantik ~::




Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

~ I Love You So ~





Ana suka sangat dengar lagu ni, isi2 dia beri tarbiyah sikit kat kita..I love you so tu..bukan untuk orang ye..Kita nak love dengan Allah SWT je..Our Beloved and The Only One..Bak kata ana dalam facebook,
Kenapa perlu mengejar yang belum pasti lagi akan menjadi milik kita..?? Biarlah dia datang sendiri. Persiapkan diri kita dengan ilmu dan membuat perkara yang paling OSEM dan diredhai di MATA ALLAH SWT..InsyaAllah, kelak akan menjadi SUPER OSEM dalam hidup kita.

p/s: SUPER OSEM, SUPER HEBAT, SUPER HAMBA, kalau nak jadi SUPER SAIYA boleh gak kot...:p

Rabu, 4 April 2012

~ I Love You So ~






Bismillahirahmanirrahim...
Ana suka sangat dengar lagu ni, isi2 dia beri tarbiyah sikit kat kita..I love you so tu..bukan untuk orang ye..Kita nak love dengan Allah SWT je..Our Beloved and The Only One..Bak kata ana dalam facebook,
Kenapa perlu mengejar yang belum pasti lagi akan menjadi milik kita..?? Biarlah dia datang sendiri. Persiapkan diri kita dengan ilmu dan membuat perkara yang paling OSEM dan diredhai di MATA ALLAH SWT..InsyaAllah, kelak akan menjadi SUPER OSEM dalam hidup kita.

p/s: SUPER OSEM, SUPER HEBAT, SUPER HAMBA, kalau nak jadi SUPER SAIYA boleh gak kot...:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...