Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Selasa, 24 April 2012

~ Saat Lafaz Terkata ~



 بسم الله الرحمن الرحيم 



Allahurabbi!!Allahuakbar!!




La Tahzan sayang, Ingatlah ini dugaan yang Allah beri kepadamu.


Kerana DIA begitu menyayangimu.




 Basah hati  ini Ya Rabb,

Terlalu banyak air mata ini mengalir 

sehingga aku tak terdaya untuk menahannya.

Ku pohon,

Tabahkanlah hati ini.



Walaupun kita terpisah 

di antara dua benua,

Dalam doa daku,

Dalam sujudku,

Diriku terlalu risau kepadamu,

Bagaimanakah kesihatanmu,

Bagaimanakah keselamatanmu,

Bagaimanakah imanmu,

Ku pohon agar engkau disana

sihat,baik dan sejahtera sahaja.

Jika engkau bahagia, 

Bahagia jugalah hati di sini,

Jika engkau gembira,

Gembira jugalah hati ini,

Jika engkau bersedih,

Turut sedih jugalah hati ini,

Sebenarnya, hati ini terlalu sakit,

Sakit terlalu merindui kerana ALLAH.

Walau pun engkau tidak mengetahui,

Satu hari kelak, ALLAH akan beri petunjuk

Kepadamu mengenai ini.

Segala peringatan yang diberikan,

Takkan kulupakan,

Akan ku ingat semuanya.

InsyaAllah.

Terima kasih kerana pernah hadir 

 dalam hidup ini,

Kehadiranmu, dan pertemuan itu,

Berlaku dengan perancangan ALLAH,

Aku bersyukur kerana engkau pernah hadir

dalam hidup ini,

Takkan ku lupakan semua kenangan itu.

Setiap pertemuan, pasti adanya perpisahan.

Ku harap,

Engkau jagalah dirimu dengan sebaiknya.

Aku  sentiasa mendoakan

Agar engkau serta sahabat meneruskan

perjuangan dakwah juga tarbiyah disana.

InsyaAllah,

Sekiranya kita diizinkan untuk bertemu,

Pasti bertemu jua.


Salam sayang dan rindu  daripada

sahabatmu yang dicintai.....







Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...