Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Jumaat, 11 Januari 2013

Spent Time With Surah Al-Kahfi... :)





بسم الله الرحمن الرحيم  


Alhamdulillah! Syukur buat Allah, kekasih hatiku. Selawat rindu buat Muhammad, Nabiku. Salam sayang buat antum semua yang amat ana hargai. Moga berjiran denganmu di Taman Firdausi. InsyaAllah, Allahumma Aamiin..(✿◠‿◠)



JUMAAT HADIR LAGI DALAM HIDUP ANDA 

Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”.
(HR Muslim 809)

Surah al-Kahfi Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Semoga Allah mudahkan!
 
 
 
 
 
 
✿ Buat pembaca-pembaca yang dihargai, jazakumullah khairan khatiran kerana

sudi singgah dalam entry yang tak seberapa ini. Harap kita bertemu lagi di entry 

yang seterusnya. In shaa Allah. Assalamualaikum. (✿◠‿◠)
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...