Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Khamis, 13 November 2014

✿ Only He knows. Only He. ✿







"Allahumma innaka ta'lam anna haazihil qulub,
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui hati-hati ini.." 






Kerana hanya empunya hati yang merasakan. Dan amat susah untuk kita kongsikan. 
Tak terkeluar dek mulut, tak terkeluar dek aksi. 

Bagaimana harus aku bantu.. :'(



Mereka yang terus berdoa, 
Pasti sekali muncul rasa halawatul (kemanisan) itu...
setelah hadir cinta Allah pada hati yang kosong. 
Betulkan akhawat??




Allahurobbuna.






I can't say much, but we have to pray. And pray harder day by day. 
InsyaAllah Allah listens. And He always listens.
Only He knows. Only He.







p/s: I will stand strong no matter what.
Ya Rabb, please make me strong.
Allahumma aamiin. May Allah ease. :')

أم و أب

Bumi Tarbiyyah,
Selangor.




Jauh sayup kedengaran.

Kalau mendengar dengan teliti,
di sana masih membisik-bisikkan lagi,

SyurgaNya yang manis. Tempias manis itu sampai ke dunia. Ke dalam ukhuwah. Ke dalam kasih sayang hambaNya. Ke dalam kasih sayang ibu dan anaknya. 





"Ummi, Abah."








Rindu nak lihat wajahmu. Memanggilmu. Jauh di lubuk hati, di sana. Allah.. :')

Isnin, 6 Oktober 2014

Belajar Mencintai-Nya

Bismillahirahmanirrahim


Tuhan memberikan kita peluang untuk merasai dua cinta,
supaya kita dapat bezakan cinta mana yang paling hebat....

adakah cinta manusia atau cinta Allah??


Aku??
Aku melalui zaman jahiliyah ku sendiri.....
Ya, dulu kala aku berfikir indahnya bercinta dan mencintai..
Indahnya merasai memerlukan dan diperlukan...
Indahnya gila mencintai manusia....


Tika satu detik,
Aku berfikir sampai bila aku harus gila mencintai manusia? Padahal mencintai manusia, manusia akan mati pada akhirnya. Terlintas dihati ku juga,


" La tahzan, Innallaha ma'ana "
"  Maksudnya, Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."


Mencintai Allah, Allah kekal selamanya.,
Allah juga yang sentiasa bersama kita..


Andai kita rasa masih tidak layak dicintai, kita masih banyak berdosa, Berjalanlah dan terus mencari Mardhatillah-Nya,  Bangkitlah untuk penghijrahan yang lebih baik, Jangan pernah berhenti. 


Jika hati masih bergelut dengan dosa, masih jatuh ke dalam lubang yang sama,
ayuh kita siraminya dengan Zikrullah..
belajar untuk mencintai-Nya secara istiqamah..
agar tidak lagi tergapa-gapai dalam gelap jalan, pengubat saat terpatah dalam mujahadah.


Berubah kepada penghijrahan..
Sesungguhnya memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi..
Siapa yang tak sanggup berkorban untuk dapat syurga yang kekal abadi, dia takkan mampu berubah.
Yang dia mampu hanyalah memberi alasan.



Lets learn to love.
Jangan menuntut diri kita dicintai tetapi mulailah dalam diri untuk mencurah dan memberi cinta pada Ilahi,  Kerana suatu masa ketika kita sedang melalui jalan berduri dan berliku-liku, cinta itu akan datang menyentuh dan memeluk kita, pasti :')

# Sempena EidulAdha, ada satu soalan.

" Pernah terfikir mengapa Siti Hajar berulang kali terus berlari sehingga 7 kali antara Safa dan Marwa sedangkan dia tahu tiada air?"

Kerana dia tidak pernah putus harapan pada Allah.

Moga kita juga tidak pernah putus harapan dengan Allah.
Taqabalallahu minna waminkum

كل عام وأنتم بخير بمناسبة عيد الأضحى المبارك



Jumaat, 5 September 2014

Amal Slow Macam Siput


Salah satu yang jadi musim sekarang ni,
Bila tengok doodle2 je, mula la 'oh imamku,'  'wahai makmumku'
Macam-macamlah ayat pujangga manis katakan.


Melayang-layanglah si para daie dengan angan2 mat jenin.
Hahahaha.!!!






 
Dari sudut hati di hujung dunia dah macam-macam fikir.
Kita nak suami @ isteri yang TSIQOH gila yang solatnya memang disematkan dalam jiwa tiang agama,
Tapi diri sendiri dah kelaut, kehulu, kehilir. 
Dush!!Dush!!


Mula la bagi 1001 ayat manis,



" Yola, yola...bila ada isteri nanti aku pergilah solat kat masjid.''
'' Sat ag la, sat ja nak siapkan kerja dlu''


Tu diaaa bak hang!!
Ni buatnya sebab isteri@suami ke or kerana Allah??
Tak boleh ke buat dulu but try to keep istiqamah before nikah??



Mendirikan rumah tangga, mendirikan baitul muslim adalah sesuatu yang berbeza.
Macam rumah, memang boleh didirikan ia dengan tangga,
Tapi macam mana pula kalau baitul muslim?
Nak dirikan seorang muslim itu dengan IMAN ok!!



Cakap nak zuriat yang soleh@solehah.
Anak soleh@solehah datangnya daripada didikan ibu bapanya yang soleh@solehah juga. Biiznillah.



p/s: Cuba kita melajukan amal kita dengan Ikhlas terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk dirikan baitul muslim. InsyaAllah. (✿◠‿◠)

Isnin, 1 September 2014

Bersama Allah tidak gelisah

Bismillahirahmanirahim.



Manusia secara semula jadinya memang cepat panik, takut, dan kalut, mudah resah, gelisah dan gusar serta suka berkira, lokek dan kedekut. Allah S.W.T sudah memaklumkan : 

 
" Sesungguhnya manusia itu diciptakan bertabiat halu'. Apabila ditimpa kesusahan, dia mudah resah. Dan apabila beroleh kesenangan, dia cepat kedekut." 
(Al-Ma'arij 70:19 dan 20)








Itulah manusia.


Apatah lagi dunia bukannya syurga. Banyak perkara menghambatnya lalu keresahan di hati silih bertukar ganti. Sekejap gelisah memikirkan perkara itu, sebentar lagi perkara ini. Selesai satu, timbul pula yang lain. Dengan sifat-sifat beginilah Allah S.W.T sedang menguji kita. Adakah kita mengawal emosi agar patuh kepada Allah atau sebaliknya menurut nafsu?


Kerana menurut nafsu bukan hanya pada soal kehendak kebendaan sahaja. Malah membiarkan diri kalah dengan emosi juga termasuk menurut nafsu! Maka dalam beremosi pun ada syariatnya. 


Contohnya, tatkala bersedih boleh menangis namun jangan sampai meratap. Dalam bergembira boleh ketawa tetapi tidaklah sampai berdekah-dekah. Apabila marah pula jangan sampai berdendam, lagi baik memaafkan.


Allah S.W.T ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Tidak boleh ada dua cinta dalam satu jiwa. Dalam hati yang satu itulah sewajarnya cinta Allah S.W.T bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sinarlah segala cinta yang lain. Tetapi jika cinta selainNya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir. Kegelisahan pun menghampir.


p/s: Moga kita bersama menggapai cinta dan redha Allah S.W.T.
       Biiznillah.

Tinta September

Bismillahirahmanirahim.


" Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku, Moga sesiapa yang membaca tulisanku doakanlah keselamatanku dari azab api neraka. "

( Imam Syafie )


" Bukan kurangnya kemudahan  yang membuatkan pena kita tumpul, melainkan lemahnya niat. Setiap yang kita tulis juga, Allah ujikan pada kita, apakah kita boleh mengamalkannya? Itulah yang berat. "

( Salim A.Fillah ) 

Ahad, 31 Ogos 2014

✿ Tajdid Niat

Bismillahirahmanirahim.





Kamera tidak menjadikan kita photographer, maupun canggihnya kamera tidak menunjukkan kita pro. Tapi skill dan latihan yang banyak itu ia.



Sama seperti bertudung labuh, memakai niqab, memakai serban sekalipun, kain yang disarung itu tidak menjadikan kita soleh/solehah. Akhlak yang baik, iman dan amalan itulah yang sepatutnya. Serta ikhlas belajar dan niat yang betul memakainya menjadi bentuk pembelajaran dan didikan mencapai erti soleh/solehah yang sebenar.


Semoga apa yang kita pakai seiring dengan hati kita. Labuhnya pakaian sampai ke kaki, habis tertutup wajah dengan pelbagai jenis niqab sekalipun tidak bererti jika akhlak masih buruk dan hati tidak dijaga, sama seperti kamera secanggih dan semahal mana pun, tak bermakna jika tidak tahu cara menggunakannya dan salah gunakannya.


p/s: Dengan sentiasa tajdid niat, akan ada efek positif buat diri dan kehidupan. Diri akan menjadi lebih ikhlas dalam amalan ibadah, lebih sensitif terhadap redha Allah dan lebih teliti serta berhati-hati dengan setiap tindakan.

Biiznillah.

Tinta

Bismillahirahmanirahim.







"Ketika kecintaan kepada dunia masuk ke dalam hati, 
maka ketakutan akan akhirat keluar darinya."
[Hasan Al-Basri]


Jumaat, 29 Ogos 2014

Sakeenah dalam Redha Allah S.W.T (✿◠‿◠)


Bismillah

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

(Surah Ar-Rum : 21)

Istikharah dan berdoa. Semuakan di tangan Allah. :') 

(sekadar hiasan) 


SubhanaAllah,

Tak terasa diri ana dah menginjak ke umur 20-an, rasa baru semalam diri masih kecil. Rasa baru semalam bermain, makan, belajar bersama sahabat-sahabat solehah. Sekarang, kebanyakkan sahabat-sahabat dah mula mendirikan Baitul Muslim. Allahurabbi.



Barakallahu lakuma buat sahabat-sahabat ana yang solehah yang sudah dan bakal berubah fasa daripada fasa bujang kepada fasa alam perkahwinan dalam masa terdekat ini. Moga antum terus tsabat dalam jalan juang dunia DnT ini dan dikurniakan bakal-bakal mujahid/mujahidah pembela agama. Biiznillah.



Aseef jiddan kerana tak dapat untuk penuhi walimatul urus antum semua, khususnya anak saudara ana yang  bakal melangsungkan perkahwinan pada ahad ini. Maaf, mak su tak dapat datang. Hanya doa dari jauh yang ana mampu lakukan agar semua urusan dipermudahkan.



Menjadi seorang isteri bukanlah semudah tersenyum setiap hari pada si suami, dan berada dalam lingkungan taat pada suami bukanlah semudah menunggunya dalam hujan seperti dalam drama korea. Ingatkan lagi janji Allah tentang sakeenah, ketenangan itu yang benar-benar akan menjadi dinding pada hati yang resah. Sakeenah, hanya dalam hati mereka yang berlapang dada untuk ketaatan pada suami, dan ketenangan dalam mencari redha Allah.


Kini, ana berada di bumi tarbiyyah menghadap meja belajar untuk semester yang seterusnya. Meneruskan janji-janji Allah, menyahut baton dakwah sahabiah-sahabiah Rasulullah. Mohon doa antum semua untuk diri ini. InsyaAllah.


Doanya moga kita semua dibawah lindungan rahmah dan barakahNya memimpin keluarga yang sentiasa mendokong agamaNya.


Biiznillah. (✿◠‿◠)

Ahad, 18 Mei 2014

Hati Ini Allah Pegang :')

Bismillah,





"Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa beriman pada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" 

(64:11)


Benar, hati mereka, bahkan hati kita juga dipegangNya. Dan setiap degupan jantung kita dan mereka yang bersabar dengan musibah itu dipandu Allah. Setiap degupan, berada dalam genggamanNya.
 

MasyaAllah. :')

Baiknya Allah. SubhanaAllah.



Umar Al-Khattab pernah menangis pada suatu hari kerana sudah lama tidak ditimpa musibah. Jawabnya apabila sahabat bertanya,
 

"Aku takut kira-kira Allah telah melupakanku. 

Kerana hidup aku diam tanpa musibah (yakni kasih sayang Allah)."


Ada orang diberi ujian, dugaan, cabaran 
       tapi sentiasa mengeluh, berputus asa.

Ada orang diberi ujian, dugaan, cabaran,
       tapi tak sanggup untuk menghadapi, lari daripada masalah.

Ada orang diberi ujian, dugaan, cabaran,
       tapi bersabar, ikhtiar untuk cari jalan penyelesaian, berdoa, bertawakal.

 
Adakah hati hari ini sudah habis yakin dengan segala apa yang menimpa kita, datangnya dari Allah? Atau masih merungut. Atau masih penuh dengan alasan. Masih berputus asa dengan Allah?


Terkadang kita masih tak sedar. Boleh sahaja Dia turun halilintar keras, tapi Dia sayang betul pada kita. Dia tak ubah situasi hidup kita, Dia biarkan sahaja kita kat situ.

Sebab sebenarnya,
Allah mahu ubah.. 
hati kita.



"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" 
                                                                      (Surah Ar-Rahman)



p/s : Bersyukurlah, dan berbaktilah. For Him, and for hereafter. 
        Kerana hati ini Allah pegang.
 

Rabu, 14 Mei 2014

Manisnya Teguran Itu. :')

Bismillah



Betul kadang kita masih tak sedar.
Bisa sahaja Dia turun halilintar keras,
Tapi Dia sayang betul pada kita.
Dia tak ubah situasi hidup kita,
Dia biarkan sahaja kita kat situ.
Sebab sebenarnya, 
Allah mahu ubah.. 
hati kita.
---
Allahu Allah.
Manisnya teguran Allah. Kan? :')

Rabu, 16 April 2014

Surat CintaNya

Bismillah


the Quran breaks hard hearts and heals broken hearts.


SubhanaAllah,


Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Al-Yunus ayat ke 57,


 " Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."



Al-Quran ini adalah pengajaran, huda, untuk hidayah dan rahmat untuk sekalian alam dan manusia. Bukan hanya untuk orang-orang yang beriman sahaja. Tetapi Al-Quran ini akan hanya berkesan kepada orang-orang beriman. Malah untuk kita semua baca, dan fahami.

Bahkan Al-Quran juga syifa (penawar) bagi segala penyakit didalam dada. Apa sahaja masalah kita sedih, runsing, gelisah, busuk hati, dengki.

Penawarnya adalah Al-Quran. SubhanaAllah.


Setiap kali kita baca Al-Quran, ada pengajaran lain.
Maka, Seribu kali baca, seribu kali pengajaran lain yang kita dapat.
MasyaAllah.


Sebab apa?


Sebab Al-Quran inilah mukjizat yang Allah berikan kepada kita.
SubhanaAllah
Ayuh, bukalah Al-Quran wahai umat Islam.


Seandainya kita buka Al-Quran, dan kita amalkan apa yang ada dalam Al-Quran dengan hati yang penuh IKHLAS, insyaAllah banyak masalah dunia ini mampu diselesaikan. 


Dalam Al-Quran ada menyatakan, jangan menipu, jangan mengata orang, jangan tidak berlaku adil, jangan berlaku zalim, jangan menzalimi diri, jaga suami, jaga isteri, jaga anak, malah berbuat baik, kepada ibubapa. 

Ada satu ayat dalam Surah Al-Furqan ayat ke 30,

Pada akhirat nanti, Rasulullah menjadi sedih,

 " Dan berkatalah Rasul : Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai. "


Maksudnya disini bahawa umat Islam sudah tidak membaca Al-Quran, tidak faham, tidak tahu, 
tidak hafal, nothing.


Marilah kita kembali kepada Al-Quran.
Buka Al-Quran, kita budayakan Al-Quran, kita baca Al-Quran, kita fahami Al-Quran.
InsyaAllah,
Hidup kita akan lebih diberkati,
Inilah kalam Allah,
bukan kata-kata manusia.


p/s: Hati ini kalau nak cari ketenangan, Kembali kepada Allah, 
InsyaAllah kembali kepada Al-Quran.

Sabtu, 29 Mac 2014

Malas, Angkuh, Putus Asa & Bangkit !!


Bismillah
10.57pm
29/3/2014



Apabila terasanya malas, maka hati telah berasa angkuh dengan hidup. Keangkuhan yang kita selalu tidak mengaku, kita berasa hidup ini kita yang pandu. Kerana kita punya kebolehan, kita yakin apabila kita 'mampu' buat sesuatu maka rezeki juga datang dari usaha itu. 


Lalu kita berjalan lagi di muka bumi dengan angkuh. Membuatkan kita malas berusaha kerana hati telah cukup yakin. Dan apabila sedikit diusik keselesaan itu, apabila diturunkan ujian dari Allah kita gelabah. Kita hilang arah tuju kerana hati percaya lebih pada diri,




dari percaya pada Allah. 



Dan di situ kita putus asa.
Kerana hati belum cukup kuat pergantungannya pada Allah, hati telah sangat jauh dari Allah.


Adakah hati hari ini sudah habis yakin dengan segala apa yang menimpa kita, datangnya dari Allah? Atau masih merungut. Atau masih penuh dengan alasan. Masih berputus asa dengan Allah?  


Memetik ayat-ayat seorang sahabat kepada blogger,



"If you love your ummi lillahita'ala, then you should rasa dan bayangkan how sedih ummi tengok keadaan awak hari ini. Asyik muram, asyik kata putus asa dengan hidup. Tak habis dengan keluhan, sedang Allah tak pernah tidur tahu? Setiap minit setiap masa Allah tunggu awak, sebab mungkin awak dah berada jauh dari Dia. 

And He's calling you untuk awak dekat semula.

If you love your ummi so much, awak akan buat segalanya untuk ummi. And jugak untuk Allah. IF you love Allah with all your heart, you takkan putus asa macam ni. 

Awak akan buat everything, 
untuk dapatkan 'senyuman' Allah tu. Kan?"




There. SubhanAllah.

Bangunlah.. wahai diri yang berputus asa, yang masih angkuh T_T Let's go home. 




Home is where your heart is.. home is where Allah is. 
Kita kembali pada Allah jom. :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...