Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Ahad, 26 Februari 2012

~ Hidayah CintaMu ~ (Part 2)






Hening suasana pagi di KLIA. Kelihatan keluarga Haura Maqsurah, keluarga Umi Kalthum, keluarga sahabat-sahabat yang lain serta tenaga pengajar turut berkampung di situ sejak awal pagi tadi. Masing -masing ceria bercerita. Semua yang datang bergembira dan berbangga atas kejayaan yang dikecapi oleh Haura Maqsurah, Umi Kalthum serta sahabat-sahabat lain. Mereka akan berangkat ke Moscow untuk menyambung pelajaran selama lima bulan.

Ummu Khazinatul Asrar, Ummi kepada Haura Maqsurah memandang wajah anak-anak gadis dihadapan mereka. Sambil tersenyum, ummi berpesan kepada mereka.

" Wahai anak-anak ummi yang ummi sayangi, kemana sahaja pun kamu pergi, jangan sesekali mencabut peribadi Islam daripada diri kamu nescaya hilanglah mekarmu. Teguhkanlah akhlak Islam dan eratkan hubungan dengan Allah SWT. Hanya dengan pegangan Islam kamu mampu membuatnya. Ummi harap semoga perjuangan kamu diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah." pesan Ummu Khazinatul Asrar.

" Baiklah ummi. Kami akan sentiasa ingat pesan ummi tu." jawab Haura Maqsurah dengan senyum.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Mereka pun bersalam-salaman dan berpelukan antara sama yang lain. Kebanyakan mereka ada yang menangis kerna kepergian mereka, ada yang turut gembira, ada yang turut mendoakan perjalanan mereka supaya selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.

*************************************************

7 Tahun Kemudian…

“ Sayang, its time for lunch. Jom.” sapa Zetty.

“ Jomlah sayang. I tau U lapar kan. Nanti I belanja U ye,” sambil menarik tangan Alan Ho dengan lembut.

“Ok. But give me 5 minutes ok sayang. I nak siapkan dulu. Kejap je.” Balas Alan Ho sambil mencuit hidung Zetty.


Zetty mengangguk dengan ceria. Siapa tak kenal dengan Zetty, anak Tan Sri,seorang wanita yang bergaya, seksi, dengan tubuhnya yang mengiurkan pasti dapat menarik mata lelaki yang memandang.Kiranya cukup sempurna. Namun apakan daya, Zetty lebih tertarik dengan Alan Ho.

“ Ok sayang. Kerja I dah siap. Jom.” sambil memegang tangan Zetty.

“ Makin sayang I kat U ni tau,” ujar Zetty memegang jemari Alan Ho dengan erat sekali.

“ I pun sayang dengan U juga.”

Keluar sahaja dari biliknya, Alan Ho memesan kepada setiausahanya, Zairina supaya menunda meeting syarikat pada esok hari. Zairina hanya mengikut arahan yang dipesan oleh Alan Ho. Jauh dilubuk hati Zairina, dia benci sangat dengan perangai Zetty yang mengedik tak tentu pasal,seksi sampai tak cukup kain. Meluat sangat. Zairina hanya mampu beristighfar dan berdoa supaya Alan Ho dapat mencari gadis yang lebih baik lagi daripada Zetty.

********************************************

~bersambung~.......





Sabtu, 25 Februari 2012

~ Hidayah CintaMu ~ (Part 1)




Pagi yang cerah, indah dan ceria. Bunga berkuntuman. Serangga berkejaran. Pohon-pohon di kiri dan kanan jalan sesekali bergoyang ditiup angin dan kelihatan begitu pasrah kepada takdir Tuhan, seru sekalian alam. Kelihatan sekumpulan mahasiswi sedang menuju ke tempat halaqah, dan salah seorang daripadanya ialah Haura Maqsurah.

Ustazah Asiah dan Ustazah Wildan merenung wajah anak-anak gadis di hadapan mereka seorang demi seorang. Merekalah mawar-mawar agama yang sedang mekar dan haruman agama serta akhlak. Banyak risikan yang diterima oleh anak-anak gadis itu terutama Haura Maqsurah. Siapa yang tidak mengenali gadis bernama Haura Maqsurah ini yang merupakan seorang pelajar yang sering mendahului senarai Dekan pada setiap semester dan begitu juga kecantikkannya serta agamanya yang teguh.

" Anak-anakku, dalam Surah Al Ahzab ayat 32, Allah berfirman; bahawa
" Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja ( semasa bercakap dengan lelaki asing ) kerana demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk pada kamu)." Ustazah Asiah memulakan tazkirah.

" Hunuskan durimu, jangan mudah tergoda. Keindahanmu hanya untuk lelaki yang bernama suami. Solehahkanlah dirimu agar mendapat suami yang soleh," pesan Ustazah Wildan.

" Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika anak-anak sekalian memelihara keindahanmu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu. Kami sudah pun melalui ranjau kehidupan sebegini," tambah Ustazah Asiah.

Haura Maqsurah serta sahabat seperjuangannya memandang mata Ustazah Asiah dan Ustazah Wildan dengan sangat teruja.

" Ayuhlah, mawar-mawar agama, bangkitlah mempersiapkan diri. Hanya lelaki bertakwa mampu mendampingi mawar berkualiti," kata Haura Maqsurah dengan penuh bersemangat.

" Ingatlah, sekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di Syurga. Sekali wanita ternoda, berdekah-dekahlah syaitan di Neraka. Bangkitlah berjuang hunuskan durimu kerana dirimu begitu berharga," kata Umi Kalthum salah seorang sahabat kepada Haura dengan penuh berkobar-kobar.

" Takutlah kamu kepada jalan-jalan zina...," kata Haura Maqsurah lagi.

Halaqah pada pagi itu penuh dengan kata-kata motivasi sesama sendiri. Melalui halaqah ini jugalah ia dapat menyentuh jiwa dengan lebih mendalam dengan hidup lebih indah terarah sambil menyulam tautan hati kerana Allah dan disitu jugalah timbulnya kekuatan ukhuwah sesama mereka dengan ikatan akidah yang begitu kuat.

**************************************************

Sudah hampir pukul sebelas pagi, Umar masih juga belum datang. Alan Ho asyik mundar-mandir di kafeteria. Dia menunggu ketibaan sahabat baiknya itu, namun batang hidung pun tak nampak lagi.

" Ish, mana pulak si Umar nie? Janji pukul 10.30 pagi, sekarang ni dah nak pukul 11. Cakap tak serupa bikin lah dia ni." keluh Alan Ho.

Alan Ho duduk sambil menunggu sahabat baiknya itu. Tatkala dia menunggu, tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang dalam kelompok mahasiswi. Ya, seseorang yang diminatinya sejak dia datang ke kampus itu. Haura Maqsurah.

" Ha..Alan. Jauh kau termenung.Teringat kat sapa tu??Hahhaha." sapa Umar.

" Sorry la Alan. Aku lambat sikit. Ada hal nak dibereskan tadi, tu yang lambat sampai sini." tambah Umar.

" Its ok Umar. No problem. Tak ada teringat kat sapa-sapa la." ujar Alan Ho.

" Mmm...boleh aku tanya sikit?" kata Alan Ho agak ragu.

" Tentu je boleh. Apa dia?"

" Aku minta maaf kalau soalan aku ni pelik sikit." kata Alan Ho.

" Tadi aku ada tengok sekumpulan mahasiswi. Rasanya macam tiap-tiap minggu mesti mereka pergi ke taman. Mereka buat apa sebenarnya?" soal Alan Ho lagi.

" Ohh..yang itu. Aku ingatkan apa tadi. Mereka tu tiap-tiap minggu mesti pergi halaqah. Halaqah tu maksudnya satu perjumpaan dimana mereka berkumpul untuk cari ilmu, muhasabah diri mereka dan saling ingat mengingati antara satu dan lain." ulas Umar.

" Oh..macam tu. Patutlah tiap-tiap minggu ada kat taman," jawab Alan Ho.

Jauh dilubuk hati Alan Ho mengatakan bahawa Haura Maqsurah ini bukan hanya cantik tetapi kaya dengan ilmu serta berbudi bahasa. Alangkah indahnya kalau satu hari nanti dia menjadi permaisuri di hati Alan Ho. Namun, apakan daya kerna berbeza agama, Alan membatalkan niatnya.Alan tahu bahawa selama ini Haura Maqsurah memang tidak pernah mengenalinya. Cukuplah dengan hanya meminatinya sahaja. Itu pun sudah memadai buat Alan.

**************************************************

~bersambung~.............

Khamis, 23 Februari 2012

~ Cerpen : Menanti Cinta ~




Pagi tu adalah subuh ketujuh bagi Ridhwan Khusyairi di Korea. Ternyata sudah seminggu dia menetap di Korea. Sungguh tidak terasa baginya. Usai solat subuh, seperti biasa dia membaca Al-Quran, zikir matsurat pagi dan membaca novel islamik. Dia merasa bersolat, membaca Al-Quran, berzikir dan membaca buku adalah makanan jiwanya yang harus di jaganya dengan betul. Sedikit pun dia tidak mahu meninggalkan kebiasaannya seperti berzikir kepada Allah. Teringat kembali kata-kata Ibnu Athaillah yang ditulisnya dalam buku, " Tiada ada yang meninggalkan wirid kecuali orang-orang yang bodoh." Dia berharap Allah akan sentiasa menjaga jiwa, raga, akal dan akhlaknya.

Setelah semua zikir dan wiridnya selesai, dia terus menyiapkan sarapan paginya. Dia beralih ke dapur yang bersatu dengan ruang tamu. Dia perlu masak ikan sardin dan buat telur dadar. Ketika sedang asyik membuat telur dadar, Nazrul Rahim keluar dari biliknya.

" Wow, pagi-pagi lagi dah masak. Kau buat omelet ke? Buat untuk aku sekali gak, lapar la." sapa Nazrul sambil menggerak-gerakkan tangannya berpusing ke kanan dan ke kiri.

" Ok. Nanti aku buat untuk kau gak," jawab Ridhwan tenang. Matanya sama sekali tak berpindah dari telur yang sedang digoreng.

" Eyh, nak tak kita keluar hari ni?" tanya Nazrul sambil bersenam ringan.

" Erm..boleh gak. Lagi pun hari ini aku ingat nak pergi kedai buku jap. Mana tau kot-kot ada buku resepi yang aku boleh masak. Berguna gak."

Sebaik sahaja selesai membuat telur dadar yang pertama Ridhwan terus membuat yang kedua. Tangannya kelihatan cukup mahir. Dia sudah biasa membuat telur dadar dan sering masak sendiri. Meski pun hasilnya tak teristimewa, tapi dia sudah cukup menguasai resepi membuat beberapa jenis makanan.
" Nah, ni omelet kau dah siap." kata Ridhwan.

" Terima kasih. Kau la sahabat aku dunia akhirat. Hahaha." Nazrul mengambil omelet itu sambil ketawa.

" Ha..ye la tu. Bodek aku je tau nye. Buat omelet pun tak nak." ujar Ridhwan.

" Ala, kau tau la aku ni macam mana. Aku bukan apa, kalau ada mood baru la syok masak," kata Nazrul sambil mengunyah makanannya.

" Amboi, tak ada mood kau kata. Habis tu yang kau makan omelet berselera sangat, apa benda." perli Ridhwan.

Nazrul hanya ketawa kecil sahaja. Dia sekarang ni berselera menikmati hidangan omelet. Ridhwan hanya mengeleng kepala sambil tersenyum dengan tingkah laku sahabatnya itu.

********************************************
Jalan masih sepi. Angin sejuk berhembus perlahan-lahan. Salji yang meliputi jalan dan tanah kini mulai mencair. Kelihatan seorang perempuan muslimah keluar dari pintu utama apartmentnya. Dia terus berjalan menuju ke kedai buku dengan harapan tidak terlewat.

" Hwan Yeong Zahirah," sapa Han Jung Suh.

" Annyeong Haseyo Jung Suh. Minta maaf lambat datang. Sejuk sangat kat luar tu," jawab Zahirah dengan menampakkan lesung pipitnya.

" Tak mengapa. Memang sejuk sangat. Hari ini kita hias-hias sikit kedai buku ni, baru nampak ceriakan Zahirah." ujar Han Jung Suh.

" Ye la. Aku rasa bagus jugak idea kau. Nanti tak lah pembeli bosan masuk kedai ni." jawab Zahirah dengan ceria.

Zahirah memulakan kerjanya dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim supaya apa yang dikerjakan menjadi sempurna dan elok. Zahirah merupakan salah seorang pelajar di Incheon Universiti tetapi sambil belajar Zahirah bekerja sambilan untuk menyara kos dirinya disitu.


~bersambung~....


Selasa, 21 Februari 2012

~ Cerpen : Kerana Kasihmu~



Hari itu hari minggu. Khairul Sadiq dan sahabat rapatnya, Fikri Mujahid hampir selesai menamatkan satu pusingan joging mengelilingi IPG Miri. Tiba-tiba mereka ternampak Ainul Balqis sedang mengelek buku menuju ke asrama. Serius dan laju langkahnya.

Khairul Sadiq automatik menjadi resah. Dia mengajak sahabatnya berpatah balik. Dia tidak mahu bertembung dengan gadis itu. Fikri Mujahid menurut sahaja. Selepas membuat regangan otot, kedua-dua beradik itu singgah minum di kafeteria.

" Mengapa tiba-tiba je tak nak habiskan pusingan tadi?" Fikri Mujahid menguji.

Ada segaris senyuman mengusik meniti di bibir.

" Mengapa kau senyum-senyum pula?" Khairul Sadiq terasa bagaikan sahabatnya sedang membelek rahsia hatinya.

" Ye la..Aku hairan gak tengok kau gugup bila nampak kelibat si Ainul Balqis tu," usik Fikri Mujahid.

"Entahlah,aku pun tak tau. Setiap kali tembung dengan dia, rasa lain macam je. Resah, berdebar,"akui Khairul Sadiq.

" Itu tandanya kau normal. Ia fitrah tau tak, jadi banyakkan beristighfar." jawab Fikri Mujahid dengan tenang.

" Kita beristighfar ni bukan je sebab rasa cinta itu dosa. Tetapi, takut rasa yang fitrah itu bertukar menjadi fitnah. Apabila kita asyik teringatkan makhluk berbanding Khaliqnya, bukankah itu fitnah? Fitnah berkhayal itu sekiranya tidak dihadapi dengan mujahadah, ia akan merebak menjadi fitnah seterusnya dengan berSMS, call dan dating," terangnya lagi.

Khairul Sadiq berfikir sejenak sambil minum Milo Ais. Begitu juga dengan Fikri Mujahid.

" Kau rasa perlu tak aku luahkan rasa hati aku ini segera? Bimbang gak kalau terlepas nanti." Khairul Sadiq meminta pandangan.

" Bagi pendapat aku la, kalau luahkan sekarang and then dalam masa yang sama kedua-duanya belum bersedia, kau sedang bawa diri dan dia kepada dilema besar nanti. Ingat, amanah ilmu menuntut masa dan komitmen yang bukan sedikit." Fikri Mujahid menatap seketika pandangan sahabatnya.

"Hmm," respons Khairul Sadiq.

" Perkahwinan ni perlukan persediaan yang mantap. Anak-anak berkualiti lahir daripada ibu bapa yang bersedia menyusun kualiti pendidikan dan keperluannya nanti. Jangan sampai keputusan terburu-buru boleh merosakkan semua perkara. Perlu fikir jauh lagi mengenai ini." Fikri Mujahid membuka minda.

" Payah gak, baik aku siapkan diri betul-betul dulu. Bila masa yang sesuai untuk kahwin, baru luahkan. Jadi, sekarang ni kena banyakkan beristighfar dan mujahadah," ujar Khairul Sadiq.

"Yup," kata Fikri Mujahid dengan memberi senyuman.

****************************************************

Ainul Balqis mengambil kunci dari beg tangannya lalu membuka pintu yang bernombor 202. Sebaik sahaja dibuka, kelihatan Elya Yusra sedang menunaikan solat asar. Ainul Balqis membuka kasutnya dan melangkah masuk lalu meletakkan buku-buku yang dibawanya tadi di ruang meja kesayangannya.

" Dah lama sampai Qis,?" tanya Elya.

"Baru je kejap tadi. Letih la cari buku tadi," balas Balqis.

Balqis menghempaskan badannya ke katil dan menghela nafas panjang. Elya duduk di sampingnya.

" Qis, aku nak tanya sikit boleh?" soal Elya.

"Tanya banyak pun tak pe la sahabatku. InsyaAllah, aku jawabkan ye,"kata Balqis sambil menguntum mesra.

" Kau perasan tak masa Forum Cinta Rasul malam tadi, ada seseorang tengok kau. Bila aku dapat tangkap je dia tengok kau, aku pun buat-buat la batuk. Punyalah terkejut dia. Terus dia tengok kat tempat lain." Elya menjelaskan.

Balqis bingkas bangun sambil memandang wajah Elya dengan kehairanan.

"Siapa pulak ni??"

"Kau nak tau siapa orang tu. Aku pasti kau memang kenal sangat dia tu, bahkan satu kampus ni kenal dengan dia tau tak. Aku sebutkan huruf diawal nama dia je, mesti kau dapat teka. Hurufnya bermula dengan 'K'," kata Elya sambil tersengih-sengih.

"Hmm, jap nama mula dengan huruf 'K', fikir Balqis.

Balqis tiba-tiba tersentak. Dia dah dapat teka siapa yang dimaksudkan Elya tadi.

" Khairul Sadiq, Setiausaha Kelab Remaja Amal Miri merangkap Imam Surau Falihin, betul ke tekaan ku Elya?"

" Ya, benar tekaan kau"

Terasa debaran dihati Balqis tatkala dia dapat meneka nama insan itu. Hal ini kerana, di hatinya kini dia mendamba seorang akhi iaitu Khairul Sadik. Namun, dia terus beristighfar kerna tak mau cinta menguasai dirinya.

" Sebagai sahabat, aku nak nasihat kat kau la. Untuk peringatan buat kau dan jugak aku. Sebaiknya, kita ni sebagai manusia tetap perlu persiapkan diri tak kira dari segi iman, akidah, akhlak dan ilmu. Kerana, orang yang mempersiapkan diri ni selalunya tak perlu susah-susah nak mengejar cinta. Cinta yang akan mengejarnya. Cinta yang di impikan pula mudah tunduk kepadanya," kata Elya.

Ainul Balqis mengangguk-angguk menandakan setiap yang dikatkan oleh sahabatnya memang benar sekali.

" Apa pun, dalam segala urusan kita perlu tanya dengan Allah melalui solat istikharah," ungkap Balqis.

"Ya, istikharah menjadi budaya Nabi dan para sahabat dalam membuat keputusan. Jadi, kau banyakkan solat taubat, solat hajat dan solat istikharah. InsyaAllah, Allah akan permudahkan jalan untuk kau," pesan Elya.

*********************************************************

Disaat semua insan dibelai mimpi yang indah, Ainul Balqis bingkas bangun untuk mengambil wuduk lalu menunaikan solat sunat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Balqis tegak dalam solatnya. Perasaan takut kepada zina hati dan sebarang fitnah menjalar ke seluruh saraf dan aliran darahnya. Hati dan fikirannya bersatu dalam rayuannya kepada Allah. Dalam sujud dia berdoa,

" Ya Allah, rahmatilah hambaMu ini dengan meninggalkan maksiat selamanya, selama hambaM yang lemah ini Engkau beri hidup di dunia ini. Duhai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati hambaMu ini untuk taat kepadaMu dan meninggalkan segala laranganMu. Amin"

Usai salam, Balqis langsung beristighfar dan berdoa agar hatinya diselubungi cinta dan taat kepada Allah dan RasulNya. Balqis berfikir sejenak dan teringat sepotong ayat daripada Surah As-Syams:

"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)

Hati Balqis terasa aman dan damai. Selesai Balqis melipat telekungnya dan sejadah, Balqis menghempaskan dirinya di atas katil. Belum sampai seminit dia sudah terjatuh dalam tidur yang nyenyak.

********************************************************

Keesokkan petang, tamat sahaja kuliah..Ainul Balqis dan Elya Yusra bergegas ke tempat halaqah yang diadakan di taman IPG Miri. Halaqah tersebut diketuai oleh Ketua Naqibah IPG iaitu Kak Humaira. Mereka sedang hangat membincangkan isu yang dicetus oleh salah seorang ahli kumpulan.

" Baiklah, sekarang akak mulakan dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerna kita masih bersama-sama berada di dalam halaqah ini. Halaqah cinta ini terbina oleh hati-hati yang mudah mengalirkan air mata kerana Allah. Air mata inilah yang akan terus menyuburi taman indah milik kita ini. Ya Allah, kurniakanlah kami mata-mata yang menangis kerana-Mu bukan menangis kerana selain-Mu. Amin." kata Kak Humaira.

" Wahai adik-adikku sekalian, Rasulullah SAW berpesan kepadamu,' Dunia adalah kesenangan dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita solehah." tambah Kak Humaira.

Halaqah ini dimulakan dengan sentiasa berzikir dan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW. Terasa di jauh sanubari mereka, suatu ikatan yang tersimpul kuat untuk mulakan jalan dakwah mereka sebagai Khalifah di bumi Allah. Terasa kedamaian,ketenangan jiwa dan masalah yang difikirkan selama ini terbuang begitu sahaja.

" Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki yang asing) kerana demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk pada kamu," ujar Balqis.

Kak Humaira dan ahli halaqah tersenyum sambil mengangguk.

" Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kita memelihara keindahan diri kita sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu." ulas Elya.

" Bagaimana kita hendak mengenal pasti sama ada kita serasi atau tidak kalau tak melihat atau bercinta dulu?" soal salah seorang ahli halaqah.

" Kamu lebih utamakan keserasian sikap daripada keserasian taat kepada Allah?" Kak Humaira menyoal balas.

" Orang yang bercinta memang berlakon sehabis daya. Siap boleh menang anugerah lagi tu. Tapi bila dah kahwin, masing-masing baru tau cerita di sebalik tabir. Tak pasal-pasal kena batang hidung sendiri. Hanya asas agama je yang dapat jamin untuk keabadian cinta hingga ke syurga. InsyaAllah," kata Balqis.

" Suami beragama selamanya teristimewa. Sekiranya dia tak menyukai kita, dia takkan menzalimi kita. Sekiranya dia menyukai kita, dia akan buatkan kita bahagia," tambah Elya.

" Indahnya hidup ini andai melayarinya dan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh yang bernama Adam. Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik," kata Balqis dengan tegas.

" Soal jodoh sangat rapat dengan soal akhirat.Hunuskan durimu, jangan mudah tergoda. Keindahanmu hanya untuk lelaki bernama suami. Solehahkanlah dirimu agar mendapat suami yang soleh," pesan Balqis lagi.

Masing-masing tersenyum dan berharap agar dikurniakan seorang insan yang soleh yang dapat membimbing di dunia dan akhirat. Mereka menamatkan halaqah mereka dengan hati yang tenang. Tamat halaqah, Ainul Balqis dan Elya Yusra berjalan pulang ke asrama untuk bersihkan diri kerna azan Maghrib akan berkumandang tidak lama lagi. Mereka perlu bersiap sedia untuk solat jemaah di Surau Falihin.

****************************************************

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Khairul Sadik dan Fikri Mujahid bersegera menuju ke Surau Falihin. Begitu juga dengan Ainul Balqis dan Elya Yusra terus meluru masuk ke ruangan sof wanita di barisan hadapan. Khairul Sadik bertugas bagi mengimamkan solat Maghrib pada waktu itu. Solat tersebut dilaksanakan dengan ruku' dan sujud yang sempurna. Setelah solat, tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibubapanya,dan untuk ummat Nabi Muhammad SAW yang sedang berjuang jihad fiisabilillah.

Terasa getaran di hati Ainul Balqis setelah mendengar suara yang mengimamkan solat Maghrib sebentar tadi.

" Ya Allah, apa yang sedang berlaku ini? Jagalah imanku.Jangan biarkan imanku tersasar dari jalanmu Ya Rabbi. Jangan sampai aku mencuri imannya tanpa aku sedari. Ku mohon sungguh Ya Allah. Kuatkanlah imanku," kata Balqis didalam hati.

Elya Yusra memandang Ainul Balqis sambil memegang tangannya dengan lembut. Elya Yusra memahami apa yang berlaku terhadap sahabatnya itu.

"Qis, kau ok kan?" soal Elya.

" Ye, aku ok je. Cuma hati ini kadang-kadang resah je." jawab Balqis.

"Aku faham apa yang kau maksudkan itu. Sebab aku pun mengalami perkara yang sama juga. Ia fitrah tau. Semua manusia takkan terlepas daripada perasaan ini.Sememangnya kita normal, cuma kita perlu banyakkan istighfar dalam apa pun jua. Kita hanya dapat berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan insan yang soleh dan dapat menjadi imam dalam keluarga kita.InsyaAllah." ulas Elya.

Masing-masing tersenyum. Setelah itu, mereka pun beredar dari surau untuk pulang ke asrama. Tidak disangka, hanya Allah yang mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Dalam perjalanan pulang, mereka bertembung dengan Khairul Sadik dan Fikri Mujahid yang ingin menuju ke kafeteria. Kelihatan Khairul Sadik dan Ainul Balqis gugup sekali. Masing-masing membuat muka yang tenang padahal hati bagaikan nak jatuh.

"Eyh Balqis,Elya. Hendak balik ke asrama ke?" soal Fikri Mujahid.

" A'a. Kami nak balik asrama sebab nak sambung buat assignment. Esok dah nak hantar," ujar Elya sambil menundukkan pandangannya. Begitu juga dengan Ainul Balqis.

"Baiklah, kami nak balik dulu. Tak boleh cakap lama, nanti boleh timbulkan fitnah. Assalamualaikum."kata Balqis dengan gugup.

" Silakan.Waalaikumussalam." jawab Sadik dan Fikri.

" Jangan difikirkan sangat. Banyakkan istighfar. Syaitan selalu berusaha untuk membuatkan iman kita lemah. Dan disebabkan itu, ramai lelaki kecundang ke jalan maksiat." Ucapan Fikri membuatkan Sadik tersentak.

" Subhanallah, tebalkan iman dihatiku.Hadirku biarlah menjadi penguat iman si gadis. Jangan aku menjadi asbab imannya yang berkurang.Amin." kata Sadik didalam hati.

***********************************************

Beberapa bulan kemudian...

" Assalamualaikum." Suara seorang lelaki dan kelihatan sahabatnya tenang bersahaja disebelahnya.

Ustaz Syukrani berpaling. Khairul Sadik dan Fikri Mujahid sedang tersenyum.

" Sebenarnya Ustaz, kami berdua ada hajat besar nak dibincangkan. Ustaz, free ke masa ni?" tanya Sadik dengan sopan.

" Alhamdulillah, sekarang ni Ustaz free je. Sila duduk." kata Ustaz Syukrani.

Fikri Mujahid memulakan perbualannya terlebih dahulu.

" Macam ni Ustaz, rasanya sudah tiba masa yang sesuai untuk menikah apabila adanya wanita yang dikagumi agama dan akhlaknya," ujar Fikri.

"Kamu nak meminang seseorang ye?'' duga Ustaz Syukrani.

Fikri Mujahid tersenyum manakala Khairul Sadik menganggukkan kepalanya.

" Saya nak menyampaikan hasrat sahabat saya ni yang dah lama meminati Ainul Balqis. Dia berhajat melamar dan menikah khitbah dengan Ainul Balqis. Setelah pengajian barulah diadakan majlis walimah." Fikri Mujahid berterus terang.

Terukir senyuman indah di wajah Ustaz Syukrani.

" Kamu memikirkan tentang sahabat kamu je. Habis tu kamu tak ada calon ke?" Ustaz Syukrani menguji.

Fikri Mujahid ketawa kecil.

"Saya sebenarnya dah ada calon gak Ustaz," kata Fikri Mujahid.

" Siapa pulak gadis bertuah tu ye?" usik Ustaz Syukrani.

" Namanya Elya Yusra," jawab Fikri Mujahid dengan malu-malu.

" Kamu berdua sudah membuat pilihan yang tepat ke setelah solat istikharah?" tanya Ustaz Syukrani.

" Ya, Ustaz. Hati kami tenang," jawab Khairul Sadik dan Fikri Mujahid.

" Baiklah, Ustaz akan utarakan perkara ni kepada mereka berdua. Mereka juga berhak memberi pandangan dan bertanya kepada Allah. Segala keputusan,kita perlu hormati," ujar Ustaz Syukrani.

***************************************

" Balqis, Elya..Ustaz ada perkara hendak bincang sama kamu berdua. Selepas ni, ikut Ustaz ke bilik Ustazah Dhiya," kata Ustaz Syukrani sebelum keluar.

Ustazah Dhiya merupakan salah seorang pensyarah di IPG Miri tersebut bahkan isteri kepada Ustaz Syukrani yang dinikahinya 5 tahun yang lepas.

Balqis dan Elya masing-masing berfikir apa yang berlaku sebenarnya sehingga di suruh ke bilik Ustazah Dhiya. Dalam perjalanan menuju ke bilik Ustaz Dhiya, masing-masing mereka beristighfar agar tiada perkara buruk yang berlaku dan berharap agar adanya berita baik buat mereka berdua.

" Assalamualaikum," Balqis dan Elya memberi salam.

"Waalaikumussalam, masuk Balqis,Elya. Jemput duduk kat sini. Ustazah dan Ustaz ada perkara penting hendak sampaikan. Hajat besar dari seseorang." ujar Ustazah Dhiya.

Rencana yang bukan lagi rahsia. Khairul Sadik dan Fikri Mujahid rupa-rupanya merisik Ainul Balqis dan Elya Yusra daripada Ustaz Syukrani. Akhirnya, mereka berdua menerima lamaran tersebut dengan hati yang tenang. Bagaikan bulan purnama jatuh ke riba. Ternyata, cinta Allah yang dikejar itulah yang menghantar Khairul Sadik dan Fikri Mujahid untuk melamar mereka berdua.

Pernikahan Ainul Balqis dan Khairul Sadik serta Elya Yusra dan Fikri Mujahid berlangsung sederhana dalam suasana barakah. Suatu perasaan indah yang tidak akan pernah dinikmati oleh orang yang syahwatnya tidak pernah berpuasa. Senyuman tidak putus-putus menghiasi bibir. Bisikan alam seakan memberitahu kepada semua bahawa mereka telah bercinta dengan cinta yang halal keranaNya. Di samping itu, sempat juga Khairul Sadik dan Fikri Mujahid mendendangkan sebuah lagu khas buat isteri mereka yang bertajuk ' Kerana Kasihmu'.

Terkadang bicara hati mula berbisik
Kehadiranmu anugerah yang terindah
Mengapa rindu ini semakin hebat ku rasakan
Sekalung cintamu takkan ku persia

Andai dapat ku genggam erat jari jemarimu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terimalah diriku seadanya

Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir dihati hanya untukmu
Sambutlah tangan bawaku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku,dengarlah sayangku

Ku merindu padamu setiap saat waktu
Ku merindu belaianmu dan manjamu kasihku

Terlebih rindu terlebih manja
Terlebih sayang kepadamu
Bagaikan dunia jadi milik kita selama-lamanya

Semusim telah berlalu menggamit jiwaku
Di saatku perlukan wajahmu menjelma
Andai sedetik saatku hidup tanpa dirimu kasih
Tak terdaya ku meluahkannya.

Khairul Sadik dan Fikri Mujahid mengenggam jari jemari isteri masing-masing dengan harapan setiap kasihnya itu akan membuatkan impian mereka untuk mendamba perkahwinan yang penuh mawaddah warahmah dan sakinah berkat ikatan yang suci terpelihara. Kemanisan dan kasih sayang itu juga diharapkan saat bertemu dengan Sang Pencipta.

~ Tamat~

********************************************






Jumaat, 17 Februari 2012

~ Cerpen : Ku Pinang Kau Dengan Bismillah ~



Papp!!!!...

Pintu bilik dihempaskan dengan begitu kuat sekali. Athirah menghempaskan pintu sambil menangis. Dia menghempaskan dirinya ke katil dengan tangisan yang begitu kecewa. Miftahul, sahabat seperjuangannya dari sekolah rendah begitu terkejut akibat reaksi kawannya sebentar tadi. Setahunya, sebelum ini belum pernah Athirah berlaku sedemikian. Tangisan Athirah membuatkan dia berfikir seperti Athirah ni baru sahaja putus cinta. Sedangkan, dia memang tak pernah bercinta sebelum ni, bahkan dialah seorang muslimat yang memperjuangkan ' No Couple Before Nikah '. Hal ini membuatkan Miftahul semakin tertanya-tanya. Apakah yang sudah berlaku kepada sahabatnya itu?

Miftahul menghampiri sahabat kesayangannya itu. Tangisan Athirah semakin membingungkan diri Miftahul. Apakah yang terjadi sebenarnya? Athirah menangis tersedu-sedu sambil memeluk
bantal kesayangannya.

" Tirah..Tirahku sayaangg..", Miftahul memegang tangan Athirah dengan lembut.

" Kenapa nie?? Menangis je dari tadi..Tengok bantal kau tu, habis basah dengan airmata kau je..Cuba kau kongsi masalah dengan aku, kalau kau tak keberatan. Aku dah kenal kau lama tau, dari sekolah rendah lagi sampai sekarang. Masalah kau, masalah aku jugak. Gembira kau, gembira aku jugak. Kita nie dah macam adik-beradik tau sukar untuk dipisahkan. Persaudaraan kita sekarang nie terikat dengan akidah yang sama. Tambahan pula, kita sama-sama memperjuangkan dakwah Islam, " sambil mengusap tangan Athirah dengan lembut.

" Kau takkan faham Atul, kau takkan faham perasaan aku nie macam mana. Aku kecewa Atul, aku kecewa sangat," Athirah membalas. Miftahul mendiamkan diri sebentar bagi menenangkan perasaan sahabatnya itu.

" Tirah, aku sayang sangat kat kau kerana Allah. Aku tak sanggup tengok kau menangis macam ni. Kau ingat tak lagi, dalam hadis qudsi riwayat Ubadah bin Somit bermaksud, "Allah SWT berfirman bahawa: Orang yang saling berkasih-sayang kerana Aku berhak mendapat kasih sayang-Ku. Orang yang saling berhubung silaturrahim kerana Aku berhak mendapat kasih sayang-Ku. Orang yang saling menasihati kerana Allah. Orang yang saling menziarahi kerana Aku. Dan, Orang yang saling berkorban berbelanja antara satu sama lain kerana Aku, semuanya berhak mendapat kasih sayang-Ku. Sekarang ni, aku bagi kau pilihan samaada kau berterus terang cerita dengan aku atau aku tinggalkan kau sebentar supaya kau tenang..Ok.," sambil hendak melangkah pergi dari katil Athirah.

Lantas Athirah menarik tangan sahabatnya itu dan memeluk badan Miftahul dengan erat. Athirah menangis sambil meminta maaf.

" Aku minta maaf Atul, aku minta maaf. Aku tak patut membatukan diri saja, sedangkan kau berusaha untuk memujuk dan menenangkan aku, " kata Athirah sambil teresak.

Miftahul mengusap badan Athirah dan memeluk erat.

" Tak pe, aku faham. Tenangkan diri kau dan ceritakanlah masalah sebenarnya," sambil melepaskan badan Athirah dan mengelap air matanya yang bercucuran.

" Aku kecewa sangat Atul. Kalau kau nak tahu sebenarnya, aku dah putus cinta sekarang!"

" Apa dia?? Kau putus cinta?? Tapi bagaimana kau putus cinta sedangkan kau tak pernah bercinta walau sekali pun. Setahu aku, mana mungkin pendakwah macam kau ni boleh bercinta sebarangan. Dan kau juga lah yang selalu kata 'No Couple Before Nikah', dan sekarang ni kau cakap kat aku kau dah putus cinta. Apa dah jadi kat kau sebenarnya ni.,"

" Yer, memang betul aku putus cinta, dan aku serius mengenainya. Sinaran yang bertakhta dalam diri ku ini semuanya musnah berkecai begitu saja. Siapa kata insan seperti aku ini tidak pernah memiliki naluri cinta. Cinta itu anugerah dari Allah dan itu fitrah buat kita semua," dengan nada yang tegas.

" Aku percaya segala cakap kau. Aku yakin kau takkan buat maksiat dengan cinta. Ok. Aku nak tanya kat kau, pernah tak kau mengidamkan seorang Akhi untuk menjadi suamimu?? Jawab pertanyaan ku ni dengan jujur Tirah," Miftahul merenung mata Athirah dengan serius.

Athirah kelihatan terkejut dengan pertanyaan sahabatnya sebentar tadi. Tetapi, dia telah berjanji untuk berterus terang dengan sahabatnya itu.

"Sejujurnya Atul, aku pernah mengidamkan seorang akhi untuk menjadi calon suamiku. Salahkah aku untuk mengidam seorang akhi yang soleh, beriman dan dapat membimbingku di dunia dan di akhirat?? Salahkah aku??," kata Athirah

" Tidak Tirah..memang tidak salah. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Tetapi kau harus ingat Tirah, cinta itu adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia cuma jangan jadikan cinta kita itu sebagai fitnah. Biarlah kita bercinta bersandarkan kepada cinta Allah SWT. Kalau kita mencintai seseorang, sentiasa mengingatinya tanpa sebab, sms tanpa tepian, itu sangat jelas bertentangan dengan syariat. Setuju tak, Tirah??,"

" Aku setuju kata kau Atul, syukran,"

" Sekarang ni banyak sahabiyah yang mengidamkan seorang akhi yang soleh. Bahkan, pada zaman Rasulullah dahulu pernah seorang sahabiyah datang kepada Rasullah untuk dicalonkan sebagai isterinya. Rasulullah tidak pernah memarahi sahabiyah itu, bahkan baginda tahu bahawa sahabiyah tersebut ingin menjaga dirinya. Aku bersyukur sangat yang kau mempunyai pendapat yang sama seperti aku," kata Athirah sambil senyum.

" Sebulan yang lepas, akhi yang aku idamkan selama ini datang mengkhitbah aku melalui Ustaz Ismail. Aku begitu terkejut sekali dengan hajatnya itu. Masa tu, aku gembira sangat Atul. Aku pun meminta sedikit masa untuk aku memberi jawapannya. Aku segera solat istikharah dan selepas itu, aku bersetuju untuk menerima lamarannya," Athirah menjelaskan perasaannya yang gembira.

" Siapakah gerangan akhi yang kau dambakan itu??" soal Miftahul.

" Aku pasti kau pun mengenalinya. Bahkan satu kampus ni tahu siapa dia. Dia adalah Abg Harits Zafran, Pengerusi Persatuan Pelajar Islam Sarawak," sambil menundukkan kepalanya.

" Abg Harits Zafran melamar kau?? Subhanallah Maha Suci Allah. Habis tu apa masalahnya sekarang ni. Kan elok dah dia melamar kau. Kau nak nangis ni buat apa," kata Miftahul sambil tersenyum riang.

" Masalahnya sekarang, baru sebentar tadi Ustazah Dhiya memberitahu kepadaku bahawa Akhi Abg Harits Zafran terpaksa membatalkan lamarannya kepada ku atas sebab-sebab tertentu.," Athirah bersedih kembali.

" Kau nak tahu kenapa dia buat begitu. Hal ini kerana, ayahnya tak benarkan dia mengahwini aku. Ayahnya sudah menetapkan seorang calon isteri buatnya. Aku sedih Atul," airmata Athirah deras mengalir.

" Bahkan bukan itu sahaja Atul, ayah ku juga telah menetapkan seorang calon suami buatku. Hujung minggu ni, aku terpaksa balik ke Miri kerana pihak lelaki ingin melihat aku untuk mencukupkan syarat yang diharuskan oleh syara'. Ayahku dan ayahnya kawan rapat sejak kecil lagi. Cuma, keluarga mereka sebelum ini tinggal di Kuching sebelum berpindah ke Miri ini. Sebab itu, aku tak pernah mengenali mereka," sambungnya.

**********************************

" Sudah!! Ayah tak nak dengar lagi semua tu. Yang penting sekarang ni, Harits ikut je cakap ayah. Ayah yakin kau akan berkenan juga dengan perempuan tu," Ayah Harits Zafran ingin menyudahkan perbahasannya dengan anaknya itu.

" Tapi ayah, Harits tak nak dengan pilihan ayah tu. Kenal pun tidak. Harits dah ada pilihan sendiri ayah. Nama dia Athirah. Dia sama kampus dengan Harits jugak. Dari segi agama, akhlak, akidah semuanya cukup ayah. Ayah nak yang macam mana lagi.??," soal Abg Harits Zafran.
Dia mahu penjelasan yang cukup dari ayahnya. Tetapi ayahnya inginkan dia berkahwin dengan wanita pilihan ayah.

" Cukup, that is enough.!! Ayah tak nak dengar. Hujung minggu ni, kita akan pergi ke rumah kawan ayah tu. Ayah nak perkenalkan kau dengan anak dia, Zahratul. Orangnya baik, cantik, cukup agama, cukup akhlaknya dan cukup akidah. Kalau kau setuju, kita akan buat nikah khitbah secara rasmi. Ayah buat semua ni hanya untuk engkau," kata ayahnya sambil beredar dari ruang tamu.

" Baiklah ayah, Harits ikut kata ayah." sambil duduk di bangku dengan perasaan yang begitu sedih. Jauh dilubuk hati Harits, hanya yang dia inginkan gadis pilihannya itu, Athirah.

"Maafkan aku Athirah kerana terpaksa membatalkan lamaranku terhadapmu," Harits Zafran bermonolog sendiri.

*****************************************

" Abah, Ummi..Zara tak nak lah kahwin cepat sangat. Lagi pun, Zara kan masih ada setahun lagi belajar. Selepas tu, Zara ingat nak bekerja. Awal sangatlah untuk Zara menikah.," Zahratul mencipta seribu alasan.

" Zara, dengar cakap Abah dan Ummi ni dulu. Kami nak buat yang terbaik untuk Zara. Kami tak nak Zara terluka. Yang penting sekarang ni, kami nak Zara tengok dulu calon suami Zara tu. Abah tak paksa kau kahwin, cuma pihak keluarga mereka datang untuk meminang kau. Abah nak buat macam mana. Cuma sekarang ni, Abah dan Ummi nak kau tengok dulu,selepas tu barulah Zara buat keputusan yang elok. Dalam Islam pun dah diajarkan, bahawa harus untuk lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isteri dan bakal suami masing-masing." kata Abahnya dengan panjang lebar.

"Oklah, Zara ikut je," sambil beredar naik ke bilik.

**************************************************

" Assalamualaikum,..Assalamualaikum tuan rumah"

" Waalaikumussalam, eyh Hasan jemput masuk ke rumah..jemput naik keluarga kau tu," kata Sadiq, abah Zahratul.

" Ha, ni aku kenalkan anak aku, yang segak bergaya.. Abg Harits Zafran namanya." Hasan memperkenalkan anaknya.

" Subhanallah, ini anak kau ye..segak bergaya, kacak lagi tu. Kira cukup la semuanya tu ye Hasan..Hahaha..," ketawa Sadiq sengaja mengusik Abg Harits Zafran.

" Zara, cepat hidangkan air ni kat tetamu tu. Mereka dah sampai ni. Apa Zara buat lagi kat bilik tu. Cepat, Zara." Umminya memanggil.

Zara keluar daripada bilik dengan mengenakan jubah dan berpurdah warna ungu. Begitu juga dengan tudungnya. Zara pergi keluar dengan menghidangkan air kepada tetamu yang baru sahaja datang. Abg Harits Zafran sempat mengerling. Zara begitu khusyuk menghidangkan air. Lantas, setelah itu dia duduk bersebelahan Umminya. Wajahnya tetap menunduk ke bawah tanpa melihat wajah bakal suaminya itu, Abg Harits Zafran.

Selesai kedua-dua pihak bercerita. Ummi Zara meminta Zara membuka purdahnya.

" Zara, Ummi nak Zara buka purdahnya kerana calon suami berhak melihat wajah asal calon isteri." kata Umminya sambil tersenyum.

Zara dengan berat hati membuka purdahnya itu. Pada masa yang sama, Abg Harits Zafran terkejut tatkala melihat wajah gadis disebalik purdah itu.

"Athirah!", Harits Zafran menjerit dengan nada terkejut.

Gadis itu memandang Abg Harits Zafran.

"Harits Zafran", dia bersuara perlahan sambil tersenyum.

Semua ahli keluarga yang berada disitu terkejut sebentar akibat reaksi anak-anak mereka.

"Setahu Harits, namanya Athirah bukan Zahratul,"

"Ketahuilah anak Harits, bahawa nama sebenar anak pak cik adalah Zahratul Atthahirah Binti Jaafar Sadiq.," Sadik memberi penjelasan.

Zara hanya mampu tersenyum melihat gelagat Abg Harits Zafran sebentar tadi. Di saat itu jugalah, Zahratul Atthahirah menerima lamaran daripada Abg Harits Zafran itu tadi..Masing-masing mengukir senyuman indah di hati mereka.

*****************************************************

Hari ini dalam sejarah.Persiapan perkahwinan Zara dibuat ala kadar sahaja. Tibanya saat-saat yang dinantikan oleh pasangan pengantin yang bakal bernikah hari ini. Zahratul Attahirah mengukir senyuman dengan hati yang berdebar.

" Aku terima nikahnya Zahratul Attahirah Binti Jaafar Sadiq dengan mas kahwin RM 100 tunai," Abg Harits Zafran melafazkan dengan tenang.

"SAH!" "Alhamdulillah." Akhirnya, dia bergelar isteri kepada Abg Harits Zafran. Sungguh dia tidak menyangka.

"Ha, salam ler suami tu. Apa di tunggu lagi," kata Ummi Zara.

Tangan suaminya dihulur dan Zara menyambut dengan perlahan. Saat dia mencium tangan suaminya terasa debaran dihatinya. Suaminya membalas dengan mengucup dahi isterinya yang tercinta.

" Assalamualaikum Zara duhai isteriku." Dengan lafaz tadi dan ikatan yang sah, izinkan Abang pinang Zara dengan Bismillah.,"bisikan itu membuatkan Zara semakin memegang erat tangan suaminya.

" Waalaikumussalam Abg Harits duhai suamiku." Dengan lafaz Bismillah juga lah, Zara terima pinangan abang itu. Itulah cinta yang berlandaskan hukum syariah yang paling utama. Cinta yang disemai dengan menggunakan lafaz Bismillah, insyaAllah membawa bahagia ke Syurga Cinta..

* TAMAT*















Khamis, 16 Februari 2012

Titipan Buat Naqib/Naqibah




Bismillahirahmanirrahim...

Khas buat para hamba Allah yang dijadikan sebagai Naqib/Naqibah tak kira mana jua berada..Dah lama ana xpegi usrah..Last usrah,masa tahun lepas je..huhu..Rindu sgt..Usrah under Kelab Remaja Amal Miri pun xsempat gak pgi coz ada masalah...Yang ptg, ana nak share la sikit kat suma insan2 kat sana tgk balik kenapa kita dipilih sebagai Naqib/Naqibah dan apa tugas kita yang sebenarnye..Kat cni ana ada ambik dari Muharikah~tempat dakwah juga la.Jom kta tgk sma2..:)



written by Dr.Harlina Halizah Siraj in Muharikah

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 1 –

Peliharalah amanah dan kepercayaan organisasi terhadapmu yang bergelar naqib/naqibah. Perbaharui niat dan tekad menggalas tgjwb dan pengabdian kepada Allah SWT. Lontarkan jauh segala kerisauan dan kebimbangan, tingkatkan pasrah untuk meraih bantuan Allah. Selamat datang ke gelanggang dakwah! Moga istiqamah menjadi kekuatanmu.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 2 –

Pastikan niat yang ikhlas menjadi sandaran bagi setiap sesi usrahmu. Kejernihan niatmu menjadi nur yang menghiasi setiap patah kata yg keluar dari mulutmu. Ketulusan nawaitu setiap ahli usrahmu yang sudi hadir menjadi obor pembakar semangat dan azam.Layarilah bahtera usrahmu bersama2 dengan keindahan tekad yang tidak mudah cemar!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 3 –

Laksanakan sebaiknya tiga rukun usrah (taaruf, tafahum & takaful) sebagaimana yg dinyatakan oleh AsSyahid Imam AlBanna. Pastikan proses taaruf terus berjalan lancar, agar mudah tafahum dicapai. Bila sudah kenal hati & budi, suka & benci – segeralah pula saling lindung-melindungi. Alangkah bahagianya kelompok manusia yg saling mengasihi kerana Allah SWT!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 4 –

Pertingkatkan kemahiran memudahcara proses pembelajaran ahli usrah, mengikut kemampuan masing-masing. Ketahuilah keperluan pembelajaran (learning needs), kekuatan, bakat, kelemahan dan kekurangan mereka. Tempoh lama baru menjadi nuqaba’ bukan penanda aras keberkesanan mengendali usrah, sebaliknya penguasaanmu dalam aspek komunikasi belajar berkumpulan.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 5 –

Mulakan usrahmu dengan meminta setiap ahli menulis di atas sekeping kertas – TIGA Hasil Pembelajaran /HP (learning outcomes – LO) yg ingin dicapainya melalui sesi usrah bersamamu. Tulislah pula TIGA objektif utama mengapa dikau menjadi naqib/naqibah kumpulan usrah tersebut. Bincangkan HP mereka dan objektifmu bersama2. Adakah di sana titik temu antara apa yg diharapkan oleh ahli usrahmu dan apa yg mahu dikau capai?

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 6 –

Selami hati setiap ahli usrahmu, baca bahasa badan mereka – adakah mereka gembira hadir di sesi usrahmu kali ini? Ataupun mereka kelihatan resah, gelisah, tidak ceria, bosan dan tidak sabar mahu pulang? Sebelum menyalahkan mereka, apalah salahnya melihat kepada tahap prestasimu sebagai naqib/naqibah. Moga Allah memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 7 –

Wujudkan suasana segar, selamat dan penuh keceriaan dalam sesi usrahmu. Segar – lantaran perkongsian ilmu yang menyuluh & memimpin. Selamat – kerana tiada siapa yg akan menghukum dan mencemuh kekurangan diri yg masih perlu diperbaiki bersama. Ceria – dek kehangatan ukhuwah & tautan hati manusia ikhlas yang mahu Allah melihat kesungguhan mereka.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 8 –

Permudahkan proses pemahaman ahli2 usrahmu terhadap bahan tarbiyah yg dihadham bersama. Gunakan analogi, perbandingan dan penceritaan. Paling baik sekiranya pengalaman peribadi masing2 menjadi sandaran perbincangan. Tercetuslah usrah interaktif, proaktif dan kreatif! Sesungguhnya engkau memang pemudahcara (fasilitator) yang hebat!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 9 –

Hidupkan usrahmu dengan kesungguhan mengislahkan diri bersama-sama. Naqib/naqibah bukan mahaguru atau mursyid yang tak boleh disanggah. Kita hanyalah `first among equals’ – menjadi naqib/naqibah hanya kerana kita sudah terlebih dahulu melalui jalan/marhalah dakwah ini. Ayuh, kita bimbing & pimpin ahli2 usrah utk sama2 meniti liku perjuangan yang masih berbaki panjang.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 10 –

Luaskan pembacaan utk membuka ufuk pemikiranmu. Peruntukkan sedikit ruang sesi usrahmu utk perbincangan isu2 semasa. Ransang minda ahli2 usrahmu dgn soalan2 quiz yg mudah dicari jawapannya. Pastikan mereka pulang dengan informasi segar,bugar yg bakal membentuk fikrah sejahtera malar!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 11 –

Tanamkan kecintaan terhadap Al Quran ke dalam hati ahli2 usrahmu. Berikan giliran utk setiap ahli usrahmu memilih ayat dan surah mana yg ingin dikongsi ba
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 12 –

Pastikan setiap tuturkata dan perbuatanmu melambangkan akhlaq yang sejahtera untuk dicontohi oleh ahli2 usrahmu. Berusahalah untuk dikenali sebagai seorang yang baik, sopan, tertib dan berbudi bahasa kepada semua, bukan hanya untuk sekelompok sahabat sejamaah denganmu sahaja. Akui segera kesilapan dan kekurangan jika ditegur. Mulakan harimu dengan titipan doa : Ya Rabb, perelokkan akhlaqku sebagaimana indahnya akhlak Nabi-Mu! ca. Perhatikan makhraj dan tajwid, tegur kesilapan dgn penuh kasih sayang. Sebatikan jiwa mereka dgn keindahan Al-Quran – di mana jua mereka berada, pasti sentiasa berdamping dengan Al-Quran!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 13 –

Pastikan ada sesuatu bekalan yg dapat dibuat ibrah dan pengajaran utk diperhalusi ahli2 selesai sesi usrahmu. Peruntukan sedikit masa utk slot `kesimpulan’ dgn bertanya setiap seorg ahli mengenai `lessons learnt’ @ `take home messages’ yg akan dibawanya pulang. Dari jawapan mereka, dapat dibuat penilaian – siapa yg sudah jelas dan siapa yg masih perlu sedikit lagi bantuan. Moga setiap sesi usrah yg mendatang akan bertambah2 lagi keberkesanannya, InsyaAllah.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH – Tip no. 14 :

Bayangkan wajah semua ahli usrahmu dalam doa rabitah di waktu pagi dan petang. Moga terpaut hati dalam iman, taqwa dan semangat juang. Keraplah bertanya khabar, berikan bantuan dgn penuh keikhlasan. Bukakan hatimu buat mereka – agar usrah mampu menjana sekelompok insan yg saling mencintai demi meraih kasih Allah SWT.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH – Tip no. 15 –


Pelbagaikan aktiviti dalam sesi usrahmu. Pengisian bahan tarbiah lebih berkesan dgn kreativiti naqib/naqibah & pembabitan aktif setiap ahli. Tajuk diskusi boleh dikupas melalui debat, kuiz, role-play & permainan. Sesekali bila ada yg sudah keletihan, berhenti sejenak, gerakkanlah sendi/tulang & hidangkanlah sedikit juadah. Sesungguhnya kita bukan robot mekatronik yg diprogram utk tidak kenal letih, lesu, penat & jemu!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 16 –


Ceduklah sebanyak pengalaman dan ibrah dari setiap usrah yg dikau kendalikan. Yakinlah, sebenarnya engkaulah yg lebih memerlukan sesi usrah utk belajar membangun persediaan diri dan kemahiran berdakwah. Kerenah, telatah , gaya interaksi, penerimaan dan pemahaman ahli2 usrah mampu `mendidik’ naqib & naqibah mereka. Bertuahlah ahli2 usrah yg mempunyai naqib/naqibah yg sentiasa bermotivasi mengendalikan usrah masing2!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 17 –

Sabarlah dalam mengendalikan setiap sesi usrahmu. Tak tergambar besarnya ganjaran yg bakal menanti naqib/naqibah yg mampu membuka mata, telinga, hati dan akal ahli2 usrahnya – utk menghayati sebuah fikrah yg sejahtera & kembali menyusuri fitrah yg mulia. Ikutilah teladan Nabimu – mengharap ganjaran bukan dari manusia. Teruslah gigih beristiqamah tanpa jemu, sesungguhnya Allah SWT sedang melihat & memerhatimu.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 18 –

Pelajarilah teknik memberi maklumbalas terbaik utk ahli2 dalam sesi usrahmu. Mulakan dengan maklumbalas positif & penghargaan lebih dahulu, barulah nantinya disusuli dengan teguran & nasihat.Seringkali, maklumbalas negatif lebih baik disampaikan secara bersemuka, bukannya secara terbuka. Namun pujian biarlah didengar oleh semua. Hargai seorg dua ahli setiap sesi, mengikut giliran hingga semua sudah merasa dipuji. InsyaAllah, mudahlah nanti mereka menerima teguran sekiranya ada yg tersilap kata dan perbuatan.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 19 –

Tanamkan kecintaan ahli usrahmu kepada ilmu pengetahuan. Tanyakan mereka apakah buku yang sedang menjadi bacaan. Luangkan sedikit masa utk berbincang mengenai hal ehwal semasa – dalam dan luar negara. Buat rumusan dan kesimpulan, selaras dengan fikrah yg dibawa. Suntiklah semangat ingin tahu yg tinggi – bukankah kita sedang membina takungan pemimpin bertaraf dunia?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...