Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Khamis, 23 Februari 2012

~ Cerpen : Menanti Cinta ~




Pagi tu adalah subuh ketujuh bagi Ridhwan Khusyairi di Korea. Ternyata sudah seminggu dia menetap di Korea. Sungguh tidak terasa baginya. Usai solat subuh, seperti biasa dia membaca Al-Quran, zikir matsurat pagi dan membaca novel islamik. Dia merasa bersolat, membaca Al-Quran, berzikir dan membaca buku adalah makanan jiwanya yang harus di jaganya dengan betul. Sedikit pun dia tidak mahu meninggalkan kebiasaannya seperti berzikir kepada Allah. Teringat kembali kata-kata Ibnu Athaillah yang ditulisnya dalam buku, " Tiada ada yang meninggalkan wirid kecuali orang-orang yang bodoh." Dia berharap Allah akan sentiasa menjaga jiwa, raga, akal dan akhlaknya.

Setelah semua zikir dan wiridnya selesai, dia terus menyiapkan sarapan paginya. Dia beralih ke dapur yang bersatu dengan ruang tamu. Dia perlu masak ikan sardin dan buat telur dadar. Ketika sedang asyik membuat telur dadar, Nazrul Rahim keluar dari biliknya.

" Wow, pagi-pagi lagi dah masak. Kau buat omelet ke? Buat untuk aku sekali gak, lapar la." sapa Nazrul sambil menggerak-gerakkan tangannya berpusing ke kanan dan ke kiri.

" Ok. Nanti aku buat untuk kau gak," jawab Ridhwan tenang. Matanya sama sekali tak berpindah dari telur yang sedang digoreng.

" Eyh, nak tak kita keluar hari ni?" tanya Nazrul sambil bersenam ringan.

" Erm..boleh gak. Lagi pun hari ini aku ingat nak pergi kedai buku jap. Mana tau kot-kot ada buku resepi yang aku boleh masak. Berguna gak."

Sebaik sahaja selesai membuat telur dadar yang pertama Ridhwan terus membuat yang kedua. Tangannya kelihatan cukup mahir. Dia sudah biasa membuat telur dadar dan sering masak sendiri. Meski pun hasilnya tak teristimewa, tapi dia sudah cukup menguasai resepi membuat beberapa jenis makanan.
" Nah, ni omelet kau dah siap." kata Ridhwan.

" Terima kasih. Kau la sahabat aku dunia akhirat. Hahaha." Nazrul mengambil omelet itu sambil ketawa.

" Ha..ye la tu. Bodek aku je tau nye. Buat omelet pun tak nak." ujar Ridhwan.

" Ala, kau tau la aku ni macam mana. Aku bukan apa, kalau ada mood baru la syok masak," kata Nazrul sambil mengunyah makanannya.

" Amboi, tak ada mood kau kata. Habis tu yang kau makan omelet berselera sangat, apa benda." perli Ridhwan.

Nazrul hanya ketawa kecil sahaja. Dia sekarang ni berselera menikmati hidangan omelet. Ridhwan hanya mengeleng kepala sambil tersenyum dengan tingkah laku sahabatnya itu.

********************************************
Jalan masih sepi. Angin sejuk berhembus perlahan-lahan. Salji yang meliputi jalan dan tanah kini mulai mencair. Kelihatan seorang perempuan muslimah keluar dari pintu utama apartmentnya. Dia terus berjalan menuju ke kedai buku dengan harapan tidak terlewat.

" Hwan Yeong Zahirah," sapa Han Jung Suh.

" Annyeong Haseyo Jung Suh. Minta maaf lambat datang. Sejuk sangat kat luar tu," jawab Zahirah dengan menampakkan lesung pipitnya.

" Tak mengapa. Memang sejuk sangat. Hari ini kita hias-hias sikit kedai buku ni, baru nampak ceriakan Zahirah." ujar Han Jung Suh.

" Ye la. Aku rasa bagus jugak idea kau. Nanti tak lah pembeli bosan masuk kedai ni." jawab Zahirah dengan ceria.

Zahirah memulakan kerjanya dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim supaya apa yang dikerjakan menjadi sempurna dan elok. Zahirah merupakan salah seorang pelajar di Incheon Universiti tetapi sambil belajar Zahirah bekerja sambilan untuk menyara kos dirinya disitu.


~bersambung~....


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...