Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Khamis, 16 Februari 2012

11 Tanda Kebahagiaan



Bismillahirahmanirrahim...



Kali ni 11 TANDA KEBAHAGIAAN DAN SEBALIKNYA...

11 Tanda Kebahagiaan iaitu : Boleh semak carta dalam diri

1) Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cinta kepada akhirat.
2) Sentiasa ingin beribadat dan membaca Al-Quran
3) Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu
4) Sentiasa memelihara solat 5 waktu
5) Warak terhadap barang haram dan syubahat, sedikit atau banyak.
6) Bersahabat dengan orang yg baik2
7) Bersikap tawaduk, tidak sombong
8) Dermawan lagi pemurah
9) Bersifat belas kasih terhadap makhluk yg dicintai ALLAH SWT
10) Menjadi orang yang bermanfaat bagi makhluk
11) Banyak mengingati mati

11 Tanda kecelakaan iaitu :

1) Rakus dalam mengumpulkan harta
2) Keinginan hanya untuk memuaskan syahwat dan mencari keenakan dunia
3) Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang
4) Meremehankan solat 5 waktu
5) Bergaul dengan org2 yg berbuat dosa
6) Buruk budi pekertinya
7) Berlaku bongkak dan sombong
8) Tidak memberi manfaat kepada manusia
9) Sedikit belas kasih terhadap orang2 yang beriman
10) Kikir (kedekut)
11) Tidak ingat mati

(Tambiihul Ghaafilin)

Doa Memperkukuhkan Pemberian Tuhan:
" Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau dari hilangnya nikmat pemberian Engkau, dan luputkan kesihatan yang Engkau kurniakan, dan dari datangnya pembalasan siksa Engkau dan dari semua murkaan Engkau." Amin

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...