Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Rabu, 25 Januari 2012

Topik: Berpakaian Tetapi Telanjang


---------> Maksudnya sesetengah wanita memakai pakaian yg sgt ketat n nmpak bentuk tubuh badan..ataupun..memakai pakaian yg nipis shgga nmpk warna kulitnya..
Penjelasan mengenainya HARAM mengenakan pakaian seperti ini di hadapan lelaki yang ajnabi..Bahkan perkara ini sudah jelas dalilnya dalam AL-QURAN dan HADIS...


ه عليه وسلم- « صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا»

Artinya: "Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Dua golongan dari penghuni neraka yang belum aku temui; suatu kaum yang selalu membawa cemeti bagaikan ekor-ekor sapi, dengannya dia memukuli manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, cenderung tidak taat, berjalan melenggak-lenggok, rambut mereka seperti bonggol unta, mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium bau surga padahal bau surga tercium dari jarak sekian". HR. Muslim

Sebagai kesimpulan, diharamkan wanita memakai pakaian yang dapat menarik perhatian lelaki yang ajnabi atau yang mengakibatkan timbulnya fitnah...




Rabu, 18 Januari 2012

~Cinta~


Cinta adalah sebuah perasaan hati.
Untuk saling mengerti, memahami, memberi dan menerima.
Dengan tulus dan apa adanya.

Cinta takkan butuh balas budi. Cinta takkan butuh rasa malu.
Yang cinta butuhkan hanyalah saling terbuka. Tak perlu ada kebohongan. Tak perlu ada tipu daya.
Karena cinta yang sebenarnya adalah saat hati mampu dan bersedia untuk menerima kekasih dengan apa adanya.
Tak ada tuntutan. Karena hanya perlu penyerasian.
Tak perlu reinkarnasi. Karena hanya butuh penyelarasan.

Jika kau menuntutnya untuk menjadi seseorang yang ada dalam hayalmu. Itu bukanlah cinta. Itu hanya rasa ego.
Yang kan terus menyeretmu pada keinginan tuk mendapatkan kesempurnaan.
Sedangkan sampai kapanpun kau takkan mampu temukannya.

Jika kau mengharap kererasian dan kau coba membawanya pada jalur harapanmu.
Dengan tanpa tuntutan, tanpa paksaan dan kau mampu menerimanya, dengan apa adanya, itulah cintamu yang sebenarnya.
 





Selasa, 17 Januari 2012

♥ Buat Bakal Yang Bernama Zaujun.. ♥



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu.. 
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. 
Orang tua yg begitu sempurna.. 
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..


Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

Khamis, 12 Januari 2012

‎~ ♥ Ayat-Ayat Cinta ♥ ~



Ramai didunia ini yang saling mencintai, mengasihi, dan berkasih-kasihan, tapi kelak di akhirat mereka saling bermusuhan. Kecuali orang-orang yang membina cintanya di atas landasan takwa kerana Allah S.W.T.

Kerana itu kita mesti menjaga cinta kita di atas landasan takwa. Kita mengasihi sahabat-sahabat kita kerana Allah semata-mata. Kita mencintai seseorang kerana Allah semata-mata dengan segera menikahinya. Kita juga perlu menjaga hubungan dengan orang yang bukan Islam kerana Allah semata - mata.

Betapa pentingnya cinta dikembalikan kepada fitrahnya yang suci iaitu cinta yang dibina di atas landasan iman dan takwa. Cinta seperti itulah yang akan terus dibawa hingga ke akhirat kelak..InsyaAllah...:)




Rabu, 11 Januari 2012

~Tanggungjawab Individu~


Assalamualaikum mujahid dan mujahidah sekalian yang dirahmati oleh Allah S.W.T...Hari ini ana nak kongsi satu hadis buat antum semua..Hadis nie sangat berkait rapat untuk kita semua dalam kehidupan harian..Selamat Membaca..:)

" Dari Al-Barra bin Azib r.a berkata ia: Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kami tujuh perkara dan melarang tujuh perkara. Tujuh perkara yang di perintahkan itu ialah:

  1. Menziarahi orang sakit
  2. Mengiringi jenazah
  3. Mendoakan orang yang bersin
  4. Melepaskan orang yang bersumpah
  5. Menolong orang kena zalim
  6. Menyebarkan salam
  7. Memperkenankan jemputan
Dan tujuh yang dilarang (bagi kaum lelaki) ialah :
  1. Memakai cincin emas
  2. Menggunakan bekas perak
  3. Memakai pelana sutera
  4. Memakai baju sutera
  5. Memakai harir (sutera halus)
  6. Memakai istibraq ( sutera yang ditenun dengan benang emas)
  7. Memakai dibaj (sutera bergambar)


Setiap individu bertanggungjawab terhadap masyarakat yang berada disekelilingnya.Kesemua perintah ini adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk menjaga kepentingan hidup bermasyarakat.

Umat Islam juga dilarang daripada bermewah-mewah.Budaya mewah bukan budaya orang Islam.Umat Islam juga dianjurkan supaya hidup sederhana seperti sabda Nabi S.A.W:

"Sebaik-baik perkara adalah pertengahan"


~Jauhilah Kelalaian~


Assalamualaikum...hari ini ana nak buat entri kedua pula..Selamat Membaca..:)

Kita sebagai manusia tidak akan lepas daripada sikap kelalaian masing-masing. Berhati-hatilah terhadap kelalaian, iaitu lupa dari berzikir kepada Allah S.W.T , meninggalkan solat, berpaling dari Al-Quran serta meninggalkan pengajian dari majlis yang bermanfaat. Semua itu adalah penyebab kelalaian dan kelengahan. Hati ini akan menjadi keras dan terkunci sehingga tidak mampu lagi mengenali yang makruf, mengingkari yang mungkar dan tidak memahami agama. Mereka yang seperti ini akan memiliki hati yang resah, sedih, gelisah,sengsara,dan fikiran yang kusut. Itulah akibat dari kelengahan dan kelalaian di dunia. Cuba anda bayangkan bagaimana di akhirat nanti.


Oleh itu., jauhkan dirimu dari sebab-sebab kelalaian.Jagalah hubungan anda dengan Allah. Basahilah bibirmu dengan selalu berzikir kepada Allah, bertasbih,bertahlil,bertakbir,bertahmid,dan memohon ampun kepadaNya serta membaca selawat kepada Rasulullah S.A.W di setiap waktu. Dengan begitu engkau akan bertemu kebahagiaan yang meliputi hatimu. Itulah yang bermanfaat.

Allah S.W.T berfirman dalam Surah Ar-Ra'd: Ayat 28

"........Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia".

♥ Wanita Yang Baik Adalah Yang Membebaskan Bencana-Bencana♥

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum semua....kaifa halukum jami'an?..Ana sihat alhamdulillah...Baiklah hari ini ana nak mulakan dengan entri baru..Selamat Membaca..


Diriwayatkan tentang kisah Fatimah Az-Zahra bahawa dia pernah kelaparan beberapa hari. Pada suatu hari Ali R.A (suaminya) melihatnya pucat-lesi, kemudian bertanya kepadanya: "Apa yang terjadi padamu wahai Fatimah?" Fatimah menjawab: "Sejak tiga hari yang lalu kta tidak mempunyai makanan dirumah!" Ali berkata: "Kenapa kamu tidak memberitahuku?" Dia menjawab: "Sesungguhnya ayahku, Rasulullah pernah berpesan pada malam pernikahan kita:


Wahai Fatimah, jika Ali datang kepadamu dengan membawa makanan, makanlah ia. Akan 


tetapi, jika ia tidak membawa sesuatu pun, janganlah engkau memintanya.

Namun, kebanyakan wanita selalu berusaha mengosongkan poket suaminya, kerana 


mereka tidak sabar melihat wang didalam poket suaminya. Kemudian seakan-akan dia


 mengumumkan keadaan darurat di dalam rumahnya dan dirinya tidak merasa tenang


 sebelum seluruh harta suaminya habis.


Jadi sebagai seorang wanita/muslimah/isteri jadilah seorang yang menambah rezeki yang 


ada bukan mengosongkan rezeki yang sedia ada.Maka bila perkara itu berlaku, maka tiada


 bencana yang berlaku pada hari kemudian.







~Sampaikan Pesanku Walau Sepotong Ayat~

Bismillahirrahmanirahim......












♥ Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah " 
(QS 36 : 82).

♥ Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

♥ Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” 
(QS 13 : 28).

♥ Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersame dengan kita " 
(QS 9 : 40).



Sekian untuk hari ini..:)

Selasa, 10 Januari 2012

Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim.....

Jangan kau putus asa kerana tidak melihat jalan keluar.
Kalau begitu, dimanakah Allah dan takdirNya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat hadis ini.
                        
Rasulullah S.A.W bersabda:

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat, lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya dia akan memasuki syurga Tuhannya.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Oleh itu, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih,.berjalanlah sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah NabiNya, nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati.

Wahai saudariku, anda telah dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Nabi Muhammad S.A.W. Anda juga termasuk orang yang mengikuti jejak langkah Aisyah, Khadijah dan Fatimah-semoga Allah meredhai mereka semua.

Ucapan selamat buat anda kerana anda adalah wanita yang solat lima waktunya, puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitullah dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama.




~Wanita Solehah Idaman Lelaki Soleh~

Bismillahirrahmanirahim...


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.


Aurat Wanita - Kaki

Bismillahirrahmanirahim......


Assalamualaikum semua...kaifa halukum jami'an???Ana sihat alhamdulillah...Asif jiddan ya antum semua..lama dah x upd8 blog nie kan...:)..ana rindu gak nak tulis blog nie...p apakan daya sibuk dgn urusan kerja...
Hari nie ana nak cerita sedikit tentang aurat wanita iaitu bahagian kaki..Sekarang ramai yang x tahu mengenai aurat kaki..Kaki juga merupakan salah satu aurat dari tubuh badan kita...




Untuk orang perempuan, apabila berhadapan dengan orang ajnabi kenalah tutup kaki dia.Tapi bukan wajib tutup pakai stokin..wajib tutup aurat..


Kalau nak pakai stokin terus pun memang tak de masalah..Semestinya wajib tutup aurat bukan wajib pakai stokin ekk..Kena faham tu.. 


Maknanya kalau kita pakai kain labuh dan pakai kasut..menutup sudah dan tak nampak kaki..Kita panggil tutup aurat tak???Tutup juga kan...




Apabila seorang wanita itu menaiki kereta dan kaki dia ternampak sedikit kat belakang sebab dia nak angkat kaki..Itu dimaaf oleh syara'.

Jadi renung-renungkan lah..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...