Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Sabtu, 29 Mac 2014

Malas, Angkuh, Putus Asa & Bangkit !!


Bismillah
10.57pm
29/3/2014



Apabila terasanya malas, maka hati telah berasa angkuh dengan hidup. Keangkuhan yang kita selalu tidak mengaku, kita berasa hidup ini kita yang pandu. Kerana kita punya kebolehan, kita yakin apabila kita 'mampu' buat sesuatu maka rezeki juga datang dari usaha itu. 


Lalu kita berjalan lagi di muka bumi dengan angkuh. Membuatkan kita malas berusaha kerana hati telah cukup yakin. Dan apabila sedikit diusik keselesaan itu, apabila diturunkan ujian dari Allah kita gelabah. Kita hilang arah tuju kerana hati percaya lebih pada diri,




dari percaya pada Allah. 



Dan di situ kita putus asa.
Kerana hati belum cukup kuat pergantungannya pada Allah, hati telah sangat jauh dari Allah.


Adakah hati hari ini sudah habis yakin dengan segala apa yang menimpa kita, datangnya dari Allah? Atau masih merungut. Atau masih penuh dengan alasan. Masih berputus asa dengan Allah?  


Memetik ayat-ayat seorang sahabat kepada blogger,



"If you love your ummi lillahita'ala, then you should rasa dan bayangkan how sedih ummi tengok keadaan awak hari ini. Asyik muram, asyik kata putus asa dengan hidup. Tak habis dengan keluhan, sedang Allah tak pernah tidur tahu? Setiap minit setiap masa Allah tunggu awak, sebab mungkin awak dah berada jauh dari Dia. 

And He's calling you untuk awak dekat semula.

If you love your ummi so much, awak akan buat segalanya untuk ummi. And jugak untuk Allah. IF you love Allah with all your heart, you takkan putus asa macam ni. 

Awak akan buat everything, 
untuk dapatkan 'senyuman' Allah tu. Kan?"




There. SubhanAllah.

Bangunlah.. wahai diri yang berputus asa, yang masih angkuh T_T Let's go home. 




Home is where your heart is.. home is where Allah is. 
Kita kembali pada Allah jom. :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...