Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Selasa, 30 November 2010

Madah Untuk Mujahidah Yang Dikasihi Allah


Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita takkan sabar-sabar dating dalam halaqoh,
Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi, dibawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang, tanpa takut dan bimbang,
Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah,
Jika sepasang kekasih sering memadu kasih @ rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas landasan ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata,
Jika sepasang kekasih akan menunaika
n apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Sang Pencipta kita,
Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama, saling menasihati agar makin berkualiti,
Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,
Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,keluarga dan maruah demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya, dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya.


~Dipetik daripada novel Tautan Hati~

Isnin, 29 November 2010

Warkah Hati Buat Wanita


"Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata-kata ini diselitan iklan rancangan-rancangan televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan. Tanpa disedari, diri yang bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.

Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yang pasti jawapannya 'Ya' secara umum.

Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yang jelita. Cinta pudar bertukar rasa.

Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yang disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yang abadi ke syurga-Nya nanti.

Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa, bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.

Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yang memerlu.

Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yang mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah untuk direnggut kerana ada duri yang tajam mengawasi.

Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.

Satu yang kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yang Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap dan pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.

Ketaatanmu untuk menutup aurat itu adalah hak Allah yang perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yang menyemaimu dan menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yang boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah dan ketaatanmu hanya kerana-Nya.

Wanita muslimah yang dikasihi.

Diriku yang hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yang kekal. Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yang dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak. Yang dikira adalah amal soleh, doa anak-anakyang soleh/solehah dan amal jariah. Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yang mengalir dalam diri dan hati kita??

Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku, dan ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya. Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yang berpanjangan. Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..

- Di Adaptasi dari Artikel iluvislam.com

Ahad, 28 November 2010

Dari Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w ada bersabda :

"Sesungguhnya orang yang tiada di dalam hatinya sesuatu daripada al-Quran seperti rumah yang roboh."- Riwayat at-Tirmidzi

Alhamdulillah, beruntunglah bagi orang beriman yang menjadikan al-Quran itu sebagai isi hatinya,menjadi hiasan peribadinya dan undang-undang dalam kehidupannya.

Ketika menyebut hadis di atas, Dr. Radwan Jamal (seorang pensyarah UIAM) dalam sebuah kuliahnya telah mengutarakan soalan kepada kami tentang apa yang dimaksudkan dengan 'al-bait al-kharib' dan 'al-Jauf' di dalam hadis tersebut.

'Bait al-kharib 'ialah rumah yang roboh, ia diumpamakan juga seperti rumah yang ditinggalkan. Bayangkanlah apa yang menghuni di dalam rumah yang dibiarkan kosong?

Ya, sarang labah-labah, semak-samun, keadaan yang tidak terurus, kotor dan sebagainya. Berbeza bukan dengan rumah yang dihuni?

Adapun 'al-Jauf 'membawa maksud 'hati.'

Begitulah hati manusia. Hati yang kosong dengan al-Quran diibaratkan seperti rumah usang yang roboh. Tiada apa lagi yang mengukuhkan sebab atau untuk menggalakkannya terus hidup. Justeru tidak mustahil jika harapan kepada Allah dalam kehidupan juga telah hilang dimakan keusangan hati.

Dua Gelas Berbeza

Dr. Radwan Jamal juga ada memberikan contoh dua gelas yang berbeza. Satunya terisi dengan air dan satu lagi yang dibiarkan kosong.

Beliau bertanya, adakah gelas yang kosong itu akan berterusan kosong atau akan masuk ke dalamnya pelbagai unsur; sama ada unsur baik ataupun unsur yang buruk?

Begitulah ibaratnya keadaan dua hati manusia!

Hati manusia yang terisi dengan al-Quran seperti gelas yang terisi air. Sejuk hati dan tenang sentiasa. Bila diuji mudah sahaja kembali kepada Allah kerana tautan hatinya berdasarkan kalam Allah. Lantas keyakinannya hanya diletakkan kepada penciptanya.

Namun, hati yang tiada terisi dengan apa-apa akan terbiar dan dibiarkan kosong. Jika tidak terisi dengan mahmudah (sifat yang positif), yang terisi nanti hanyalah penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki, dendam, benci dan sebagainya.

Alhamdulillah, begitulah beliau mengajar kami untuk mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran setiap kali mendapat ilmu baru. Sebagaimana beliau yang selalu mengingatkan kami untuk tidak lupa menjawab dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Sabtu, 27 November 2010

Takkan Nak Berbual Pun Tak Boleh? Itupun Zina Juga Ke?


Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya.Ada zina tangan, ada zina mata,..Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati pula ialah khyalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh.Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan(menuju ke tempat pertemuan)..Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman-(Riwayat Muslim dan Abu Daud).....


Bingkisan Untuk Mujahidahku Sayang

Adapun orang yang beriman dengan iman yang benar, yang telah berjanji dengan Allah untuk bekerja di jalan da'wah, maka sesungguhnya dia akan beriltizam dengan Sunnah Rasulullah saw, lalu dia berikhtiar sebaik-baiknya untuk memilih isteri yang solehah, yang akan menolongnya melaksanakan tugasnya di dalam urusan da'wah Islam dan bukan merintangi aktivitinya.

Isteri inilah yang akan bekerjasama dan membentuk zuriat (generasi) yang baik untuk menjadi penyejuk mata dan menggembirakan hati. Anak ini nanti yang akan memuliakan agama Allah dan membangun Daulah Islamiyah di muka bumi. Alangkah baik dan indahnya doa hamba Ar-Rahman yang terlukis di dalam Al-Qur'an:

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Furqan: 74)



Oleh kerana itu, dia bersama dengan isterinya dan anak-anaknya senantiasa berada di atas jalan da'wah ini. Dia bersama keluarganya dan jamaah Islam berjalan terus di atas jalan da'wah dan menjadi qudwah hasanah, (contoh teladan yang baik). Sebagai keluarga Islam mithali (teladan) dan menjadi tiang yang teguh untuk membangun masyarakat Islam.

Kita telah melihat dalam sejarah da'wah Islam di masa lalu dan di zaman moden ini, banyak isteri-isteri solehah yang telah menunjukkan jasa-jasa yang besar dan gemilang, menjadi pembantu, penyokong dan pendorong suaminya. Contoh paling ideal dan paling istimewa dari isteri solehah ini ialah as-Sayidah Khadijah, ummul Mu'minin pertama dan utama. Sumber ummat Islam ini tidak pernah kering dari kebaikan sepanjang masa.

Dapat juga disaksikan pada zaman moden ini berapa banyak contoh dan teladan yang indah dan istimewa dari isteri-isteri Muslimah solehah, yang sabar dan tabah menanggung penderitaan bertahun-tahun bahkan berpuluh-puluh tahun berhadapan dengan berbagai bentuk gangguan, gugatan dan penyiksaan, yaitu berupa gangguan jiwa dan perasaan tatkala suami-suami mereka dipaksa masuk penjara yang gelap gulita dan penuh penyiksaan yang kejam dan sengsara. Namun isteri-isteri solehah itu menerima segala-galanya dengan redha dan gembira dengan mengharapkan keredhaan Allah, bahkan mereka tegak dan melindungi, mendidik, mengurus anak-anak mereka, dan memenuhi segala keperluan hidup mereka tanpa henti dan jemu, di samping itu mereka senantiasa menenangkan hati suami mereka.

Ada pula sebahagian dari isteri solehah itu dimasukkan ke dalam penjara yang gelap gelita dan ke dalam tahanan penuh dengan berbagai gangguan dan penyiksaan. Namun mereka tetap tabah dan bersabar serta redha menanggung yang demikian itu tanpa lari dari jalan da'wah dan tidak pernah beranjak dari jihad dan perjuangan Islam...~.



===

Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...