Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Selasa, 7 April 2015

Tarbiyah & Korban

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah.
Moga kita berada dalam naungan redha Allah.

Tarbiyah Allah. 
Kau berjalan ke lubang cacing sekalipun, tarbiyah Allah akan bergolek-golek datang menerjah kau. Allah...
Selalu mahu baikkan hambaNya biarpun kita cuma berdepan dengan binatang/serangga. 


-----


"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.
-Al-Baqarah:207


Kekadang, tak semua perkara yang kita rancang, Allah izinkan untuk terjadi. 
Biarpun kita rasa, kita dah merancang dengan sangat teliti dan dengan perancangan yang sangat baik.
Namun perancangan Allah jua yang terbaik.


Kadang kala kita kena banyakkan muhasabah diri. Kalau sebelum ni kita banyak dapat apa yang kita nak, apa salahnya kalau kita cuba untuk berkorban dan belajar untuk melepaskan sesuatu perkara. Honestly, memanglah permulaannya kita akan sedih. Tapi kalau kita fikirkan balik, berapa banyak perkara yang kita dah korbankan kerana Allah. Ada hikmah disebalik kepahitan yang akan menuju ke jalan kemanisan.

 Allah knows better than us.


Jangan khawatir ketika Allah menyekat keinginan kita. Tarbiyah yang Tuhan beri melalui proses ini, tak pernah sia-sia.


"Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu,
dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu.
Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Al-baqarah:216






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...