Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Ahad, 25 Januari 2015

Dia yang Terpilih

Bismillah


When i asked you,
who is your friend?


Agaknya, wajah siapa yang paling mula-mula muncul dalam bayangan kau? Bertuahnya orang tu kan. Dia yang terpilih.


Sejujurnya, aku ni bukan jenis yang banyak sangat kawan. Tapi, alhamdulillah kira boleh juga la.
Aku ni jenis suka biarlah kawan yang boleh senang dan susah dengan aku. Bak kata orang, " Berkawan biar seribu, berkasih biar satu"... (macam xda kaitan je,.hahaha)


She's the one among my precious friend. Start kenal dia waktu aku MTS dulu. Dia kawan usrah kepada kawan aku dulu. Tapi kalau di ikutkan, sebenarnya aku dah kenal lama. Sejak aku follow blog dia. Tak sangka pula dia yang aku jumpa waktu MTS tu. Start rapat bila sekali dalam usrah. Sejak dari itu, macam-macam perkara berlaku. Alhamdulillah, dah nak masuk 2 tahun kan kita kenal Miza?


Dia antara yang selalu aku luahkan perasaan merapu dan merepek. Tempat aku suka menyakat. Dia yang selalu tempat aku manja. Walaupun aku tua 2 tahun dari dia. Tempat aku selalu call waktu malam, whatsapp, tempat aku minta tolong hantar kesana kemari. Tempat aku beli tudung. Maklumlah, dia buka jahit tangan tudung,veil dan etc. -------> Miza Zahra


Kata orang, kalau nak kenal betul tentang kawan kita, tinggal/jaulah dengan dia lebih dari 3 hari. And I did it. Banyak sangat pengorbanan dia sampai aku xtau macam mana nak balas. Tipulah kalau dia xda kelemahan juga, tapi buat apa aku nak kacau. Itu peribadi dia, dan dia berhak untuk perbaiki. Aku lebih suka ambil sikap positif dia.


Last but not least, dah tentu aku sayang gila tahap gaban coz Allah. Sebab itulah diri dia yang sebenar. 

Sanah helwah adik Mekja sayang. Moga terus qowiy dan melaju dalam dunia dnt ini tau. Kak Amoi sayang awak abadan abada ila Jannah.

25 Jan 2015, 21 tahun.






Isnin, 19 Januari 2015

Ops Pasca Banjir Pahang 2.0

Bismillah




Daripada Jabir Bin Abdullah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya. 

(Muttafaq ‘alaih)



Kasih sayang yang terjalin antara sesama manusia adalah penyebab yang paling menentukan untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT. Dan selanjutnya kesan berkat rahmat Allah itu akan membawa kebaikan baginya di dunia dan di akhirat.


(Tuhan, pilihlah aku untuk jatuh cinta pada setiap ciptaan Illahi)


Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Pengalaman yang paling bermakna buat kami sebagai sukarelawan Ops Misi Pasca Banjir 2.0. Hati tersentuh tatkala tiba di rumah warga emas yang juga merupakan mantan ketua kampung disana, dengan masih lagi ada lumpur dan keupayaan mereka hendak menolong amatlah terhad. Namun, semangat mereka tetap tinggi. SubhanaAllah.



Jazakumullah khairan khatir buat sukarelawan yang sudi membantu.

Begitu juga guru besar sk batu kapor mentakab, tok empat serta isteri dan warga masyarakat disana. Terima kasih banyak atas hidangan juadah yang disediakan. Sedap sangat. Alhamdulillah.


Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

Rabu, 14 Januari 2015

Daie Pendosa

Bismillah.







Pernah tak kau rasa kenapa Allah letakkan kau di jalan dunia dakwah dan tarbiyyah? Sedangkan kita masing-masing penuh dengan dosa. Malah untuk pegang status daie itu pun kau rasa segan. Tapi, masih lagi Allah pilih kau hari demi hari.


Pertamanya,
tentulah sebab rahmat Allah yang tak pernah putus, yang tak pernah berganjak walau sekali biarpun taubat kau sering dinodai.

kedua pula,
Allah hantarkan golongan manusia yang berhati suci sama ada kau kenal or tidak untuk mendoakan kau. mungkin dari awal perjalanan kau, di tengah-tengah perjalanan, sampailah kau berdiri sekarang.
InsyaAllah, doanya mengiringi sampai sekarang.


Allahuakbar!!!


sebagai hamba yang penuh dengan dosa, tak mampu nak balas jasa baik semua.

aku cuma mampu minta kepada Allah supaya orang-orang yang mendoakan pada setiap sujudnya, pada setiap tadahnya untuk dijagakan, dirahmati dalam kehidupan, diredhai setiap amalannya, diampuni dosanya.


Terima kasih Tuhan,
atas kurniaan manusia yang berhati 'malaikat'.


p/s: bersama-sama manusia yang berhati suci, menuju Tuhan yang penuh dengan cinta dan      rahmatNya.


Selasa, 13 Januari 2015

✿ Tinta Akhawat ✿

Bismillah.


A: orang yang mengatakan cinta itu betul-betul tahu ke erti cinta sebenar?

B: ada 2 kemungkinan. mungkin Ya, mungkin Tidak.


dan kerana cinta,
        aku masih lagi disini....


"..Tiada sesuatu yang membuat kami
bersikap seperti ini,
selain rasa cinta yang telah mengharu biru
hati kami,
menguasai perasaan kami,
menguras habis air mata kami,
dan mencabut rasa kantuk dari pelupuk..
Kami adalah milik kalian wahai saudara-saudara tercinta.."

- Hasan Al-Banna, Da'watuna.- 



bagi aku,..
aneh sekiranya manusia itu tidak ada secubit cinta dalam hatinya.

Panas vs Sejuk





Aku ni jenis yang suka view cuaca luar negara and dalam negara.
Dah macam ahli kaji cuaca.

Tengok suhu Malaysia.
Hurm, boleh tahan panas. Patut macam bahang semacam.

Tengok kat Jordan (salah satu negara yg aku suka) pula, sejuknya...
Saja nak letak kat add list sbb nanti aku boleh wassap adik junior aku kat Jordan. Rindulah katakan.


Aku teringat ayat pedas ummi aku,

Bila duk kat kampung, kalau panas je dalam rumah habis kipas and aircond aku pasang. Mula la ummi aku bagi ayat power dia, "nor, nanti kat padang mahsyar sejengkal je tau matahari atas kepala kita. Mana ada pakai baju waktu tu."

Ok, insaf. Tutup kipas, aircond still pasang lagi. Haha.

Satu lagi ayat dia,
" Ko kalau nak sejuk sangat, p duk kat kutub utara. Lagi sejuk. Xyah beraircond. Sana pun sejuk semulajadi "

Aduih ummi, jauh benor suruh aku g kutub utara.

Nampak x psikologi ummi, dia nak anak-anak dia tau erti syukur dengan apa yang kita dapat. Kalau panas, alhamdulillah. Kalau sejuk, alhamdulillah. Beruntung kita dapat merasa.

Jumaat, 9 Januari 2015

Ahlan Wa Sahlan 2015



Bismillah...

So many things happened in 2014, some good and some bad.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, ahlan wa sahlah 2015.
Hope being healthy and alive with Iman and Islam until now is enough to grateful for. May Allah ease our journey and bless our life.


Lets hope a better year in 2015,
Striving to be a better Muslimah.,
InsyaAllah.


‪#‎ahlanwasahlan2015‬ 
‪#‎strivingtobeabettermuslimah‬ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...