Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Jumaat, 5 September 2014

Amal Slow Macam Siput


Salah satu yang jadi musim sekarang ni,
Bila tengok doodle2 je, mula la 'oh imamku,'  'wahai makmumku'
Macam-macamlah ayat pujangga manis katakan.


Melayang-layanglah si para daie dengan angan2 mat jenin.
Hahahaha.!!!






 
Dari sudut hati di hujung dunia dah macam-macam fikir.
Kita nak suami @ isteri yang TSIQOH gila yang solatnya memang disematkan dalam jiwa tiang agama,
Tapi diri sendiri dah kelaut, kehulu, kehilir. 
Dush!!Dush!!


Mula la bagi 1001 ayat manis,



" Yola, yola...bila ada isteri nanti aku pergilah solat kat masjid.''
'' Sat ag la, sat ja nak siapkan kerja dlu''


Tu diaaa bak hang!!
Ni buatnya sebab isteri@suami ke or kerana Allah??
Tak boleh ke buat dulu but try to keep istiqamah before nikah??



Mendirikan rumah tangga, mendirikan baitul muslim adalah sesuatu yang berbeza.
Macam rumah, memang boleh didirikan ia dengan tangga,
Tapi macam mana pula kalau baitul muslim?
Nak dirikan seorang muslim itu dengan IMAN ok!!



Cakap nak zuriat yang soleh@solehah.
Anak soleh@solehah datangnya daripada didikan ibu bapanya yang soleh@solehah juga. Biiznillah.



p/s: Cuba kita melajukan amal kita dengan Ikhlas terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk dirikan baitul muslim. InsyaAllah. (✿◠‿◠)

Isnin, 1 September 2014

Bersama Allah tidak gelisah

Bismillahirahmanirahim.



Manusia secara semula jadinya memang cepat panik, takut, dan kalut, mudah resah, gelisah dan gusar serta suka berkira, lokek dan kedekut. Allah S.W.T sudah memaklumkan : 

 
" Sesungguhnya manusia itu diciptakan bertabiat halu'. Apabila ditimpa kesusahan, dia mudah resah. Dan apabila beroleh kesenangan, dia cepat kedekut." 
(Al-Ma'arij 70:19 dan 20)








Itulah manusia.


Apatah lagi dunia bukannya syurga. Banyak perkara menghambatnya lalu keresahan di hati silih bertukar ganti. Sekejap gelisah memikirkan perkara itu, sebentar lagi perkara ini. Selesai satu, timbul pula yang lain. Dengan sifat-sifat beginilah Allah S.W.T sedang menguji kita. Adakah kita mengawal emosi agar patuh kepada Allah atau sebaliknya menurut nafsu?


Kerana menurut nafsu bukan hanya pada soal kehendak kebendaan sahaja. Malah membiarkan diri kalah dengan emosi juga termasuk menurut nafsu! Maka dalam beremosi pun ada syariatnya. 


Contohnya, tatkala bersedih boleh menangis namun jangan sampai meratap. Dalam bergembira boleh ketawa tetapi tidaklah sampai berdekah-dekah. Apabila marah pula jangan sampai berdendam, lagi baik memaafkan.


Allah S.W.T ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Tidak boleh ada dua cinta dalam satu jiwa. Dalam hati yang satu itulah sewajarnya cinta Allah S.W.T bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sinarlah segala cinta yang lain. Tetapi jika cinta selainNya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir. Kegelisahan pun menghampir.


p/s: Moga kita bersama menggapai cinta dan redha Allah S.W.T.
       Biiznillah.

Tinta September

Bismillahirahmanirahim.


" Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku, Moga sesiapa yang membaca tulisanku doakanlah keselamatanku dari azab api neraka. "

( Imam Syafie )


" Bukan kurangnya kemudahan  yang membuatkan pena kita tumpul, melainkan lemahnya niat. Setiap yang kita tulis juga, Allah ujikan pada kita, apakah kita boleh mengamalkannya? Itulah yang berat. "

( Salim A.Fillah ) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...