Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Khamis, 4 Jun 2015

Tarbiyyah Cuti

Bismillah
Segala puji buat Allah, The Very Best Creator. Selawat dan salam disampaikan buat junjungan Nabi Allah, Muhammad saw.

Dialah yang menjadikan malam dan siang yang silih berganti bagi orang yang hendak merenungkan dan bersyukur. Subhanallah!

Dalam himpunan malam-malam sebelum, malam ini mungkin malam yang terbaik untuk diluangkan di sini. Bercerita dengan posisi jiwa paling tenang, hujan turun dengan renyainya. Sejuk, nyaman. SubhanaAllah.

---

Balik cuti, 
banyak meluangkan masa dengan ummi, abah dan family. Murobbiku. Mereka yang mengajar aku erti Ilah hatiku, erti cinta pada Allah. dan pada aku yang tidak mampu menjadi sepertinya, InsyaAllah sosok itu akan sentiasa menghadirkan himmah untuk aku terus ke hadapan. Mereka sosok berupa qudwah hasanah yang menakjubkan.

Hari-hari aku berjalan ditemani ummi, abah dan family. Kelihatan pada wajah dan tindak tanduk, kematangan mereka berurusan. Aku tersedar, betapa selama ini aku dimanja-manjakan, tidak tahu erti bersusah. 

-----
Ummi, 
figur yang sangat qowiyah insyaAllah. Walaupun keadaan kesihatan yang tak seberapa, ummi tetap pergi menjaga saudaranya di hospital. Berhari-hari bersilih ganti, terasa sunyi dirumah bila ummi tiada disisi. Membuatkan aku semakin terus untuk menghargai ummi setiap masa. Kadang-kadang, sampai nak menitis air mata sebab dah lama tak jumpa ummi. 

Abah,
figur yang sangat prihatin, matang dalam berurusan. Abah jenis yang pendiam, namun segala urusan sangat-sangat teliti dan cermat. Cuti ni banyak luangkan masa dengan abah. Memvarnish kawasan ruang tamu,pintu dan etc. Abah selalu cakap, " Kita kalau nak buat kerja, jangan sesekali ada rasa riak dalam diri. Allah tak suka.".."Kita kenalah sentiasa mencantikkan rumah, bersihkan rumah..Allahkan suka pada keindahan.." MasyaAllah abah!! Tidak Allah menjadikan sesuatu itu sebagai sia-sia. Sentiasa ada hikmah disebaliknya.



Moga kita bersama-sama memburu amal untuk mencari keredhaan Allah pada setiap waktu!
Setiap tempat itu ada biahnya, ada tarbiyyah tersendiri. Biah yang melatih kematangan jiwa dan tarbiyyah yang menyucikan ruhi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...