Murobbi pernah cakap,
" jalan Dakwah dan Tarbiyyah ini, sumpah memang panjang!! "
jalan yang tidak akan dihampari dengan karpet merah..
mahu pun jambakan bunga dan limousine yang bersinar-sinar.
Malah, ia jalan yang penuh dengan cabaran dan rintangan
and endless of tests and more tests.
Namun, perjalanan tetap harus diteruskan,
walaupun kadang kala ada yang futur di tengah jalan.
namun, kita harus mengimani bahawa,
suatu hari nanti,
kebangkitan dan kemenangan ISLAM itu, pasti akan berlaku dan ianya milik ALLAH SWT.
Manakala kita???
Hanya mampu menuju ke arahnya & berusaha dengan mengambil Rasulullah SAW dan para sahabat
sebagai contoh yang bermati-matian menyebarkan ISLAM disana-sini, yang mewar-warkan
kehebatan ISLAM, dan yang ditarbiyyah, yang ditunjuk ajar dan dibimbing.
Perumpamaannya:~
Seperti menyemai benih-benih tarbiyyah kepada manusia,
menyiraminya, dan membajainya,
dan ia harus ditarbiyyah dan ditarbiyyah selama bertahun lamanya,
sehingga manusia datang menyerah diri kepada ISLAM,
dan sanggup bernaung di bawah pokok rendang lagi berbuah lebat dan ranum.
p/s:~ Jadi, para mad'u (pengikut dakwah) kita harus di ri'ayah (dirawat), ditumbuhkan, diarahkan,
dinasihati sampai dia benar-benar matang. Dijaga alur pembinaannya, ditanamkan motivasi-motivasi,
dibangunkan keikhlasan mereka, didengarkan pendapat-pendapatnya,
bahkan kita perlu sesekali berpergian dengannya.
Agar kita memahami betul watak kader dakwah kita sebenarnya......