Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Khamis, 4 Jun 2015

Tarbiyyah Cuti

Bismillah
Segala puji buat Allah, The Very Best Creator. Selawat dan salam disampaikan buat junjungan Nabi Allah, Muhammad saw.

Dialah yang menjadikan malam dan siang yang silih berganti bagi orang yang hendak merenungkan dan bersyukur. Subhanallah!

Dalam himpunan malam-malam sebelum, malam ini mungkin malam yang terbaik untuk diluangkan di sini. Bercerita dengan posisi jiwa paling tenang, hujan turun dengan renyainya. Sejuk, nyaman. SubhanaAllah.

---

Balik cuti, 
banyak meluangkan masa dengan ummi, abah dan family. Murobbiku. Mereka yang mengajar aku erti Ilah hatiku, erti cinta pada Allah. dan pada aku yang tidak mampu menjadi sepertinya, InsyaAllah sosok itu akan sentiasa menghadirkan himmah untuk aku terus ke hadapan. Mereka sosok berupa qudwah hasanah yang menakjubkan.

Hari-hari aku berjalan ditemani ummi, abah dan family. Kelihatan pada wajah dan tindak tanduk, kematangan mereka berurusan. Aku tersedar, betapa selama ini aku dimanja-manjakan, tidak tahu erti bersusah. 

-----
Ummi, 
figur yang sangat qowiyah insyaAllah. Walaupun keadaan kesihatan yang tak seberapa, ummi tetap pergi menjaga saudaranya di hospital. Berhari-hari bersilih ganti, terasa sunyi dirumah bila ummi tiada disisi. Membuatkan aku semakin terus untuk menghargai ummi setiap masa. Kadang-kadang, sampai nak menitis air mata sebab dah lama tak jumpa ummi. 

Abah,
figur yang sangat prihatin, matang dalam berurusan. Abah jenis yang pendiam, namun segala urusan sangat-sangat teliti dan cermat. Cuti ni banyak luangkan masa dengan abah. Memvarnish kawasan ruang tamu,pintu dan etc. Abah selalu cakap, " Kita kalau nak buat kerja, jangan sesekali ada rasa riak dalam diri. Allah tak suka.".."Kita kenalah sentiasa mencantikkan rumah, bersihkan rumah..Allahkan suka pada keindahan.." MasyaAllah abah!! Tidak Allah menjadikan sesuatu itu sebagai sia-sia. Sentiasa ada hikmah disebaliknya.



Moga kita bersama-sama memburu amal untuk mencari keredhaan Allah pada setiap waktu!
Setiap tempat itu ada biahnya, ada tarbiyyah tersendiri. Biah yang melatih kematangan jiwa dan tarbiyyah yang menyucikan ruhi.

Selasa, 7 April 2015

Tarbiyah & Korban

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah.
Moga kita berada dalam naungan redha Allah.

Tarbiyah Allah. 
Kau berjalan ke lubang cacing sekalipun, tarbiyah Allah akan bergolek-golek datang menerjah kau. Allah...
Selalu mahu baikkan hambaNya biarpun kita cuma berdepan dengan binatang/serangga. 


-----


"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.
-Al-Baqarah:207


Kekadang, tak semua perkara yang kita rancang, Allah izinkan untuk terjadi. 
Biarpun kita rasa, kita dah merancang dengan sangat teliti dan dengan perancangan yang sangat baik.
Namun perancangan Allah jua yang terbaik.


Kadang kala kita kena banyakkan muhasabah diri. Kalau sebelum ni kita banyak dapat apa yang kita nak, apa salahnya kalau kita cuba untuk berkorban dan belajar untuk melepaskan sesuatu perkara. Honestly, memanglah permulaannya kita akan sedih. Tapi kalau kita fikirkan balik, berapa banyak perkara yang kita dah korbankan kerana Allah. Ada hikmah disebalik kepahitan yang akan menuju ke jalan kemanisan.

 Allah knows better than us.


Jangan khawatir ketika Allah menyekat keinginan kita. Tarbiyah yang Tuhan beri melalui proses ini, tak pernah sia-sia.


"Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu,
dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu.
Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Al-baqarah:216






Ahad, 8 Mac 2015

Duhai Pembaca Ayat!

Bismillah



Wahai pembaca ayat yang dirahmati Allah S.W.T,
Dalam keramaian mahupun bersendirian,
Langit-langit bercahaya keranamu,
Dan alam semesta pun mula berseri.


Wahai pembaca ayat,
Sungguh Allah telah mengkhususkan kepada mu,
Dengan keutamaan dan mahkota-mahkota,
Ruh serta tumbuh-tumbuhan yang harum semerbak,
Di syurgaNya.


Wahai pembaca ayat yang selalu menetapi tartil Al-Quran,
Segala zikirmu, amalanmu, zuhudmu dan segalanya kerana Allah,
Akan kau perolehi kemenangan berupa pengampunan disana kelak,
Bergembiralah dikau sang pembaca ayat.


(credit)

Moga kalimahNya membawa sejuta ibrah kepadamu,
Dan tenang dalam sakeenahNya.

Ahad, 1 Mac 2015

Baik!


Bismillah




Ramai orang boleh menjadi pemimpin yang baik,
Penghafaz Al-Quran yang baik,
Imam solat yang baik,

Namun,

Mungkin belum tentu lagi menjadi suami/isteri yang baik,
Suami/isteri yang baik pasti pandai menjaga agama,
Akhlak yang baik,
Serta kepada pasangan pun kena baik.

Ia suatu softskill.
Bahkan memerlukan latihan yang awal.






(credit)

Baik itu ada pada diri, terpulang kepada kita untuk menggunakannya atau tidak,
Moga baiknya membahagiakan baitul muslim sehingga ke Firdausi.






Sabtu, 28 Februari 2015

Hati Itu

Bismillah






Bagaimana hari-hari aku melihat daun gugur mencium lantai bumi, 
begitulah aku pada setiap kalinya berharap hati tetap pada kerendahan, tetap memandang langit dari bawah.


Alhamdulillah.

Moga dengan cara itu, 
aku kira hati akan lebih kuat, 
lebih dekat dengan Rabbi.



Bilamana ada Tuhan dalam hati,
Maka timbullah segala kekuatan yang ada padanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...