Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Sabtu, 31 Mac 2012

~ Cerpen : Menanti Cinta ( Part 5 ) ~




Ridhwan Khusyairi duduk diam di sebelah Nazrul Rahim. Zahirah dengan berpakaian jubah biru,bertudung litup keluar membawa hidangan air dan sedikit makanan kepada tetamu. Ridhwan Khusyairi hanya mampu mengerling seketika. Begitu juga dengan Zahirah menundukkan pandangannya ke bawah.

" Erm, sapa nama anak tadi?" soal Lukman Hakim.

" Ridhwan Khusyairi, pak cik. Panggil Wan je."


" Macam ni lah, pak cik nak tanya adakah betul kamu ingin melamar anak pak cik, Zahirah seperti yang dikatakan oleh Nazrul? Sudahkah kamu bertanya kepada Allah? Adakah kamu tenang? " soal Luqman Hakim.

" Sebenarnya pak cik, sejak saya bertemu dengan anak pak cik, Zahirah hati saya berasa berdebar sangat. Sejak itu, saya mulakan dengan solat istikharah dan solat hajat agar ditetapkan hati dan minta petunjuk. Hati saya juga tenang. InsyaAllah." jelas Ridhwan Khusyairi.

" Beberapa bulan yang lepas, keluarga kawan pak cik datang ke rumah untuk meminang Zahirah. Anak dia, Saifullah memang dah lama berkenan dengan Zahirah ni. Begitu juga dengan keluarga mereka yang dari dulu dah nak sangat dapat menantu seperti Zahirah. Jadi, kami berikan keputusan untuk menerima lamaran tersebut itu kepada Zahirah. Sebab dia berhak menerima pandangannya sendiri dan tanya Allah dahulu. Apapun keputusannya kami hormati. Alhamdulillah, Zahirah menerima lamaran tersebut. Majlis pertunangan diadakan selepas beberapa minggu."

Reaksi muka Ridhwan Khusyairi begitu sangat terkejut, tetapi ditenangkannya sahaja. Tidak disangka, gadis yang dinantikannya selama ini ternyata sudah pun menjadi tunangan orang lain. Begitu juga dengan Nazrul Rahim setelah mendengar penjelasan daripada bapa saudaranya.

" Pak Long, biar betul Zahirah dah bertunang? Tapi bila? Kenapa Naz tak tahu pasal perkara ni?" soal Nazrul bertubi-tubi kepada Luqman Hakim.

" Masa majlis pertunangan Zahirah diadakan, kamu masih lagi berada di Korea untuk melanjutkan pelajaran. Pak Long buat majlis pertunangan secara kecil-kecilan. Sebab pertunangan ini, tak perlulah kita hebohkan. Pak Long hanya menjemput kerabat-kerabat yang terdekat terlebih dahulu je." jelas Luqman Hakim lagi.

" Wan, pak cik sekeluarga minta maaf sangat-sangat kepada kamu kerana terpaksa menolak lamaran kamu terhadap Zahirah. Mungkin jodoh kamu bukan dengan Zahirah. Pak cik suruh kamu datang sini pun, bukan untuk memalukan kamu tetapi pak cik nak perkara ni biarlah dari mulut pak cik sendiri bukan dari mulut orang lain." ujar Luqman Hakim.

Zahirah hanya mampu menundukkan pandangan ketika mendengar penjelasan daripada walidnya.

" Tak mengapalah pak cik. Mungkin Zahirah bukan jodoh yang Allah tetapkan untuk saya. Saya redha dan pasrah ketentuan Illahi. Saya bersyukur juga dapat mengetahui hal ini daripada mulut pak cik sendiri. Saya senang dapat bertemu kembali dengan Zahirah walaupun sudah menjadi tunangan orang. Saya harap pak cik dan mak cik dapat mendoakan saya supaya berjumpa dengan jodoh yang Allah tetapkan buat saya kelak. InsyaAllah." tenang Ridhwan Khusyairi.

" Pak cik dan Mak cik sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu, Wan." kata Humaira.

Ridhwan Khusyairi hanya mampu tersenyum.

~bersambung~....



Isnin, 26 Mac 2012

~ Cerpen : Menanti Cinta ( Part 4 ) ~



Pin..pin...

Bunyi hon kereta menghentikan perbualan Zahirah dengan umminya, Humaira. Kedua-duanya berpaling.

Dua orang lelaki siap tersenyum keluar daripada kereta.
.
" Eyh Ummi, kalau tak silap macam Abang Nazrul Rahim dengan Nazri tu. " ujar Zahirah.

" A'a la.Ummi pun rasa macam tu gak." jawab Humaira.

" Assalamualaikum." Nazrul Rahim memberi salam.

" Waalaikumusalam wrt." balas Zahirah dan Humaira.

" Mak Long sihat??Zahirah sihat juga?" tanya Nazrul.

" Alhamdulillah, Mak Long sihat. Zahirah pun sihat alhamdulillah. Lama tak tengok kamu. Makin sihat je Mak Long tengok kamu ni." senyum Humaira.

"Hehehe..biasa-biasa je la Mak Long. Alhamdulillah. Er, Pak Long mana? Dari tadi tak nampak bayangan dia."

" Pak Long kamu tu macam biasa la kalau petang macam ni, ada kelas kafa kat sekolah. Ha! Nazri, Nazrul tercegat lagi kat situ buat pe? Mari masuk ke rumah. Zahirah pergi buat air untuk sepupu kamu ni." terang Humaira.

" Ye Ummi. Zahirah pergi dapur jap."

Zahirah keluar dengan membawa hidangan air dan sedikit kuih diiringi Humaira.

" Ha! Nazrul, Nazri jemput minum. Ni je Mak Long sediakan. Berbual-bual la dulu kamu. Mak Long nak siram pokok bunga depan tu." ujar Humaira.

Nazrul Rahim dan Nazri mengangguk kepala sahaja sambil menikmati hidangan yang disediakan oleh Zahirah.

" Ayie sihat? Rindu akak dengan kamu tau." tanya Zahirah.

" Ayie sihat alhamdulillah. Ayie pun rindu sangat kat Kak Za. Cuma sekarang ni Ayie sibuk dengan kelas tambahan." jelas Nazri.

" Kenapa tak ajak Pak Ngah dan Mak Ngah datang sini, Abang Naz?" soal Zahirah lagi.

" Ooo..Ayah ada kursus kat Sydney, jadi ibu ikut sekali la." jelas Nazrul.

Tiba-tiba Nazri duduk di sebelah Zahirah. Rupanya seperti banyak yang hendak diluahkan kepada Zahirah. Zahirah hanya tersenyum melayan karenah adik sepupunya itu.

" Kak Za tau tak, dulu Ayie pernah berangan nak jadi mafia." ujar Nazri.

Zahirah membeliakkan matanya. Macam tak percaya pula Nazri boleh berangan sampai tahap tu sekali. Nazrul hanya ketawa mendengar karenah adiknya. Tak habis-habis dengan perangai berangan dia. Macam Mat Jenin pulak.

" Ha???Mafia?? Hahahhahahaha..Ayie,Ayie..Ada-ada je berangan." Geli hati sungguh Zahirah membayangkan Nazri menjadi mafia.

" Eee..apasal Kak Za dengan Abang Naz ketawakan Ayie?" rajuk Nazri.

" Lawaklah Ayie. Abang tengok kau punya jalan pun, abang rasa mafia tu dah tendang kau!" gelak Nazrul Rahim.

" Betul cakap Abang Naz tu Ayie. Kak Za pun sependapat macam Abang Naz. Tak ada maknanya kamu berangan jadi mafia. Lebih baik kamu berangan mencontohi sifat dan kewibawaan Rasulullah. Lagi bagus." jelas Zahirah.

Zahirah terus-terusan ketawa. Begitu juga dengan Nazrul Rahim. Mahu dimarah, dia juga yang bersalah. Berangan yang bukan-bukan nak jadi mafia.

"Ish, Abang Naz dan Kak Za ni sama je. Sudahlah." Nazri separuh merajuk.

" Alolo...merajuk pulak dah Ayie ni. Akak minta maaf ye..Nanti akak masak special buat Ayie. Nak tak?? " pujuk Zahirah.

" Nak!Nak!Nak! Yang sedap-sedap tau." riang Nazri.

" Kalau macam tu, Abang Naz dan Ayie makan sini la. Lagipun, Pak Ngah dan Mak Ngah pun tak ada kat umah. Nanti Za bagi tau kat Ummi. " jelas Zahirah.

" Hurm, kalau macam tu, Abang Naz dan Ayie ikut je la." kata Nazrul Rahim.

Sedang sibuk berbual, tiba-tiba seseorang memberi salam.

" Assalamualaikum"

" Waalaikumusalam"

" Eyh Nazrul, Nazri..Bila sampai? Pak Long ada kelas tadi." kata Luqman Hakim.

" Baru tadi sampai Pak Long. Tau,Pak Long ada kelas. Mak Long bagi tau tadi." balas Nazrul.

" Pak Long nak naik atas jap,mandi, solat. Kamu makan kat sini je la. Nanti boleh solat berjemaah sama. Pak Long tau ayah dan ibu kamu tak ada kat sini. Diorang ada cakap dengan Pak Long hari tu." ajak Luqman Hakim.

" Baik, Pak Long. Lagi pun, Zahirah ada ajak makan kat sini juga. " jawab Nazrul.

***********************************

Usai solat Maghrib dan makan malam, mereka duduk bersembang di ruang tamu.

" Sebenarnya Pak Long, Mak Long, Naz datang sini pun bukan setakat melawat je. Tetapi Naz ada hajat besar nak dibincangkan dengan Pak Long dan Mak Long." Nazrul memulakan bicara.

Luqman Hakim dan Humaira saling berpandangan dengan menunjukkan wajah yang kehairanan. Namun begitu, mereka tetap bersenyum.

" Tujuan Naz adalah untuk menyampaikan hasrat hati sahabat baik Naz sendiri yang dah lama meminati Zahirah. Nama dia Ridhwan Khusyairi. Dia ni sahabat baik Naz masa kat Korea dulu sampai sekarang. Masa kat Korea dulu, Ridhwan ada cakap kat Naz yang dia ada minat seseorang muslimah ni. Tapi dia tak tau nama. Sehinggalah dia terserempak Zahirah kat kedai buku. Masa tu, Naz ada sekali cuma Zahirah tak perasan Naz ada kat situ. Dari situlah, Naz cerita dengan dia yang Zahirah sepupu Naz." Nazrul berterus terang.

Tatkala Zahirah mendengar nama Ridhwan Khusyairi, hatinya mula bergetar kembali. Zahirah cepat-cepat beristighfar. Terukir indah senyuman di wajah Humaira dan Luqman Hakim.

" Macam ni la Naz, untuk permulaan ni Pak Long rasa elok kamu berikan biodata sahabat kamu kepada kami. Jangan lupa gambarnya sekali. Tetapi, lebih baik lagi kamu ajak sahabat kamu datang sini esok. Bolehlah Pak Long dan Mak Long bertanya. Bagaimana, sayang?" kata Luqman Hakim mengharapkan persetujuan isterinya.

Humaira mengangguk setuju. Nazrul Rahim juga bersetuju dengan cadangan Pak Longnya.

" Baiklah, kalau macam tu Naz dan Ayie minta diri dululah Pak Long, Mak Long. Hari pun dah lewat malam. Esok, Ayie pun nak pergi ke sekolah. Terima kasih sebab ajak kami makan kat sini." ujar Nazrul Rahim.

Selepas pertemuan itu berakhir, Humaira berbisik kepada suaminya,

" Abang, esok kita perlu selidik betul-betul. Hal ini urusan serius. Tak boleh dibuat main-main." terang Humaira.

Luqman Hakim mengangguk setuju sambil memikirkan soalan yang akan ditanya kepada anak pemuda yang bernama Ridhwan Khusyairi.

~bersambung~....

~ Tempahan Buat Background Blog & Banner ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat sahabat2 sekalian...:)

Ini bagi sesiapa yang nak buat tempahan background & banner. Maklumat selanjutnya boleh didapati di sini:~


  1. Tempahan boleh dibuat melalui sahabat baik saya Ezaratul Hikmah di Facebook, Mobile & terus hantar email ke account yahoo beliau: ~ ryz_aloe@yahoo.com.
  2. Sila beri detail tentang background yang disukai:~ (warna,tema blog,lagu n etc).
  3. Sahabat saya akan cuba siapkan background tersebut dalam masa 1-2 hari macam tu.
  4. Sila bagi link blog anda kepada beliau.
  5. Pembayaran boleh deal dengan beliau.( Sebab dia yang design semuanya )
  6. Beliau akan bagi code template yang sudah siap and send kepada anda via email @ facebook.
  7. Kalau nak buat banner, just anda send je pic yang anda berkenan.
# PesanankhasinidisediakanolehHasmahhumaira&EzaratulHikmah..:)

Sabtu, 24 Mac 2012

~ Cerpen : Menanti Cinta ( Part 3 ) ~




3 Tahun Kemudian~.....

" Nazrul, kau rasa buku mana yang sesuai? Bumi Cinta @ Sebarkan CintaMu?? Aku confuse la.
Tak tahu nak pilih yang mana. Dua-dua best." soal Ridhwan Khusyairi.

" La, dari tadi belum habis pilih lagi. Aku dah beli pun. Kau ni, ada-ada je. Beli dua-dua je la. Dapat aku baca sekali." ujar Nazrul Rahim.

" Erm..boleh la."

Ketika Ridhwan Khusyairi sedang menuju ke kaunter pembayaran, tiba-tiba berlaku satu perlanggaran antara dia dan seorang muslimah.

" Astargfillahalazim, Ya Allah, minta maaf sangat-sangat." ujar Zahirah.

" Ya Allah, minta maaf ye. Tak sengaja. " balas Ridhwan Khusyairi.

" Eh, macam pernah jumpa sebelum ni. Tak ingat la." Zahirah mengingat kembali.

" Ya Allah, memang pernah jumpa. Ingat lagi masa kat Insadong,Korea. Masa tu, awak melintas jalan ketika saya ambik gambar sekitar situ." jelas Ridhwan Khusyairi.

" Allahuakbar!! Tak sangka boleh jumpa kat sini pulak. Saya minta maaf sekali lagi la." Zahirah memohon maaf.

" Its ok.Never mind. Macam ada jodoh je kita ni. Asyik terjumpa pulak.Heehe, tak de la. Saya, Ridhwan Khusyairi. Awak??"

" Saya Zahirahtul Mardiah. Ok la, saya minta izin dulu. Ada kerja sikit.Assalamualaikum" senyum Zahirah.

" Waalaikumusalam"

Zahirah beransur pergi dari situ. Nazrul Rahim asyik tersenyum melihat gelagat sahabatnya.

" Ehem! Ehem! Amboi, Wan senyum lebar nampak. " sakat Nazrul.

" Ish, kau ni. Biasa je la. Aku pernah terserempak dengan dia masa kat Insadong dulu. Tak sangka la pulak boleh jumpa lagi kat sini." jelas Ridhwan.

" Ha, kau ni aku tengok berdebar semacam je. Banyakkan istighfar Wan. Takut nanti fitrah yang Allah bagi tu jadi fitnah pula. Apabila kita asyik teringatkan makhluk berbanding Khaliqnya, bukankah itu fitnah." terang Nazrul.

" Betul kata kau Naz. Astargfillahalazim!! Ya Allah, ampunkanlah hambamu ini."ujar Ridhwan.

" Sebenarnya, kalau kau nak tau muslimah tadi tu sepupu aku sebelah mak. Aku saja je tak nak tunjukkan diri kat dia.Nanti perasan pulak." jelas Nazrul.

" Ya Allah, kau biar betul Naz. Sepupu kau?? Tak percaya aku. Kenapa kau tak nak bagi tau aku awal-awal." soal Ridhwan.

" Macam mana aku nak bagi tahu, kau sibuk cerita dengan dia. Hahaha.." gelak Nazrul.

" Macam ni lah, aku tolong kau minta biodata dia. Apa-apa pun kau perlu tengok dulu dia macam mana kalau kau nak pilih dia sebagai calon isteri kau la."

******************************************
' Islam agama yang paling memahami hati dan perasaan wanita. Islam agama fitrah. Apabila Allah menciptakan sesuatu fitrah, sudah tentu Dia amat adil terhadap fitrah itu. Fitrah cinta mengharapkan penunggalan cinta daripada kekasihnya.'

Zahirah teringat kembali satu ayat yang dibacanya dalam buku islamik sebelum ini. Semenjak terserempak dengan Ridhwan Khusyairi, hatinya sentiasa berdebar dan resah gelisah. Berkali-kali Zahirah menepis bisikan syaitan yang sentiasa membelenggu dirinya, namun tetap juga begitu. Akhirnya, Zahirah cepat-cepat mengambil wudhuk. Tatkala hamba-hamba Allah yang telah tidur dibuai mimpi indah, Zahirah bangun mendirikan solat sunat untuk menenangkan hatinya yang gelisah itu.

Zahirah menitiskan airmata. Dia teringat firman Allah yang menegaskan, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dia beristighfar berkali-kali. Di dalam sujudnya dia menangis semahu-mahunya kepada Allah. Dia meminta agar dosanya diampunkan semuanya, agar diberi kekuatan untuk terus istiqamah mengamalkan ajaran Islam yang mulia.

Tidak ada kesejukan yang dirasakannya di kala susah dan gelisah, melebihi kesejukan jiwanya tatkala menangis di dalam sujud kepada Allah Yang Maha Mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya.

~bersambung~.......

Dibawah lindungan kaabah 2011



~ Dibawah lindungan kaabah juga kita bersatu ~

~ Adab Berqiamullail ~






1. Sunat sesiapa yang bangun pada waktu malam untuk sapu muka, bersugi, memandang langit dan membaca ayat 190 - 200 surah Ali Imran. Ini disebut dalam hadis sahih riwayat bukhari dan Muslim (763).

2. Disunatkan membuka solat malam dengan dua rakaat yang ringan. 'Aisyah berkata:

"NAbi s.a.w apabila bangun malam untuk solat tahajjud, baginda membuka dengan dua solat yang ringan." (Hadis sahih riwayat Muslim No 765)

3. Disunat solat malam dgn memberi salam setiap dua rakaat dan diakhiri dgn solat witir satu rakaat. Ibnu Umar berkata:

"Nabi s.a.w sembahyang malam dua rakaat dua rakaat dan melakukan witir satu rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Solat malam sebelas rakaat. 'Aisyah r.a. berkata:

"Nabi s.a.w solat qiamullail sebelas rakaat" (Hadis sahih riwayat Bukhari)

'Aisyah berkata:

"Nabi tidak pernah solat malam -pada bulan ramadan dan lainnya- lebih dari sebelas rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Disunatkan memanjangkan bacaan pada solat malam.

Rasulullah s.a.w ditanya solat yang paling afdal. Baginda menjawab:

"Panjang berdiri" (Hadis sahih riwayat Muslim)

6. Disunatkan menyederhanakan suara ketika solat sunat malam. Tidak kuat dan tidak perlahan. Firman Allah:

"Dan janganlah engkau kuatkan suara mu dalam bacaan solat dan jangan engkau perlahankan. Bacalah dengan sederhana yang diantara kuat dan perlahan." (110:
Al-Isra)

Ulama mazhab Syafie mentafsirkan solat disini dgn solat sunat malam.

7. Disunatkan berbaring apabila terasa sangat mengantuk ketika solat malam.

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seseorang itu mengantuk ketika dalam solatnya maka hendaklah dia berbaring sehingglah hilang mengantuknya. Maka sesungguhnya seseorang sedang mengantuk hendak beristigfar tetapi dia memaki dirinya sendiri." (hadis sahih riwayat Bukhari No 209 dan Muslim No 786)

8. Disunatkan mengejutkan suami atau isteri untuk bangun malam.Nabi s.a.w bersabda:

"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dgn air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dgn air." (hadis Abu Daud dgn sanad yg sahih)

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seortang lelaki mengejutkan isterinya pada waktu malam dan keduanya solat malam maka ditulis daripada golongan "azzakirin dan azZakirat." (Hr Abu
Daud dan Ibnu Majah No 1336 dgn sanad yg sahih)

# oleh itu pilih lah pasangan yg bangun malam untuk solat bukannya bangun tengok tv, main game, sembang2 kosong atau sekadar qada hajat je. HEHe

9. Solat malam lah dgn istiqamah walaupun sedikit. Apa yg disebut disini adalah yg sempurna. Kalau tidak mampu buatlah walaupun satu rakaat solat witir. Nabi s.a.wditanya tentang amalan yg paling disukai oleh Allah. maka Baginda menjawab:

"Amalan yang paling kekal walaupun ianya sedikit." (Hadis sahih riwayat Bukhari no 6096 dan Muslim No 783)

10. Disunatkan memperbanyakkan istigfar dan doa ketika mana bangun malam.

Firman Allah:

"Dan orang2 yang beristigfar pada waktu sahur" (17: Ali Imran)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguh tuhan akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yg berdoa akan ku perkenankan. siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan."(Hadis sahih riwayat Bukhari No 1094 dan Muslim No 758)
11. Seeloknya seorang itu berniat sungguh untuk bangun qiamullail ketika hendak tidur supaya dia mendapat pahala qiam sekalipun tidak bangun. Sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang mendatangi tilamnya dalam keadaan dia berniat hendak bangun solat malam dan dia terlajak tidur sehingga subuh maka ditulis pahala apa yang diniatkan.Tidurnya itu adalah sedekah dari tuhannya." (Hadis riwayat Imam Nasaie dan Ibnu Majah No 1344 dgn sanad sahih diatas syarat2 Imam Muslim)

12. Disunat menqadakan solat malam yg tertinggal. Baginda bersabda:

"Sesiapa yang tertidur dari melakukan amalan malamnya dan dia lakukannya diantara solat subuh dan solat zuhur maka ditulis pahalanya seolah2 dia melakukannya pada waktu malam." (HAdis sahih riwayat Imam Muslim)

13. Makruh mengkhususkan qiamullail pada malam Jumaat sahaja.

Sabda Nabi s.a.w:

"Janganlah kamu mengkhusukan qiamullail pada malam jumaat." (Hr Muslim No 1144- sahih)

#Ini yg banyak dilakukan oleh masyarakat melayu kita dan menyedihkan termasuklah pelajar2 agama sendiri.

14. Disunatkan meniru cara qiamullail Nabi Daud a.s. Sabda Nabi s.a.w:

"Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun disepertiga yg akhir dan tidur semula sepernam yg terakhir. Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari. (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Maksudnya disini puasa sunat dan solat malam. Puasa ramadan mana boleh buat camtu.hoho.

15. Cara Nak bangun awal pada waktu tertentu hendaklah membaca akhir surah kahfi dan niat dan minta pd Allah untuk bangun pada waktu tertentu.

Rujukan: Al-Muktamad Fil Feqhis Syafie oleh Dr Muhammad Zuhaili dan Riadus Solihin oleh Imam Nawawi.

Rabu, 21 Mac 2012

~ Cerpen : Menanti Cinta ( Part 2 ) ~






" Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan "

Petua indah Ibnu Athaillah itu sentiasa tergiang-ngiang di lubuk hati Ridhwan Khusyairi setiap pagi. Begitu juga pagi itu, setelah dia mandi dan berpakaian kemas dan bersedia untuk ke tempat-tempat menarik bagi menambah koleksi gambar di album kesayangannya. Dia kembali teringat kata-kata indah Ibnu Athaillah yang sangat dahsyat makna dan maksudnya itu.

" Bagi seseorang yang mencari keredhaan Allah, terdapat permulaan dan terdapat juga akhiran. Permulaan bagi seseorang yang mencari keredhaan Allah adalah langkahnya menjalani kehidupan, dan pengakhirannya adalah ketibaannya di hadapan Allah. Apabila sejak dari awal langkahnya memulakan perjalanan, orang itu sudah benar-benar kembali kepada Allah, berjalan menuju Allah dengan sepenuhnya, maka peluang kejayaannya untuk sampai kepada keredhaan Allah sangat besar. Ini adalah kerana Allah pasti menolongnya sejak dari pertama kali dia memulakan langkahnya. Allah akan menjaganya agar tidak terputus perjalanannya itu dan jatuh di pertengahan jalan."

Setelah itu dia membuka pintu biliknya dan bersedia untuk berangkat.

" Eyh, awalnya kau. Kau nak pergi mana? " tanya Nazrul Rahim sedang menyediakan sarapan.

" Ala, macam biasalah. Nak menambahkan koleksi gambar. Sekarang ni lah masa nak ambil gambar banyak-banyak. Nanti kalau dah balik Malaysia, susah lah tak ada kenangan kat Korea." ujar Ridhwan Khusyairi dengan senyum lebar.

" Ha, kot ye pun kau nak ambil gambar minumlah teh dulu supaya badan kau panas sikit." kata Nazrul sambil menghirup teh panasnya.




Selesai minum, Ridhwan Khusyairi menghidupkan motor kesayangannya ' Bajaj Pulsar Merah'. Bunyinya memecah keheningan pagi yang mendamaikan. Tidak ketinggalan juga kamera kesayangannya sentiasa disampingnya. Bajaj Pulsar Merah berjalan perlahan-lahan meninggalkan apartmen kediaman Ridhwan Khusyairi dan meluncur ke arah selatan melalui jalan lingkaran dan meneruskan perjalanannya ke utara sampai akhirnya di Insadong. Turun sahaja dari motor, Ridhwan Khusyairi berjalan-jalan sekitar Insadong mengambil gambar yang menarik.



****************************

Pagi yang cerah, indah dan ceria. Pohon-pohon di kiri dan kanan jalan sesekali bergoyang ditiup angin.Kelihatan sekeliling alam pasrah kepada takdir Tuhan, seru sekalian alam. Angin sejuk terus berhembus perlahan-lahan dari kutub utara, menjadikan suhu udara semakin sejuk dan membekukan apa sahaja yang disentuhnya. Dari jauh kelihatan Zahirah berjalan dengan Han Jung Suh di sekitar Insadong. Sedang Ridhwan Khusyairi mengambil gambar, tiba-tiba Zahirah melintas begitu sahaja.

Klik!! Klik!!

Ridhwan Khusyairi dan Zahirah masing-masing bertentang mata. Menunjukkan reaksi terkejut.

" Er, Minhae..I'm so sorry sir. I don't know." gugup Zahirah.

" Its ok. Never mind." senyum Ridhwan Khusyairi.

Zahirah dan Han Jung Suh meneruskan perjalanan mereka ke tempat kerja. Perasaan malu menyelubungi dalam diri Zahirah. Han Jung Suh hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya. Kelibat Zahirah dan Han Jung Suh mula hilang dari pandangan mata Ridhwan Khusyairi. Debaran mulai terasa dihati Ridhwan Khusyairi. Entah mengapa debaran sedemikian tiba dihatinya. Ridhwan hanya mampu memperbanyakkan istighfar di dalam hati. Akhirnya, Ridhwan meneruskan kerjanya.


" Zahirah, kenapa ni? Dari tadi je asyik diam. Kau teringat pasal lelaki yang ambil gambar tadi ke? " soal Han Jung Suh.

" Erm..ye. Aku takut lah Jung Suh, kalau lelaki tu sebarkan gambar tu dalam internet." resah Zahirah.

" Ish, kau ni. Tak ada maknanya lelaki itu nak sebarkan dalam internet. Kalau sebar pun, apa yang dia dapat. Ala, jangan sangka buruk lah dengan orang. Aku tau mesti dia dah padam gambar tadi. " ujar Han Jung Suh.

" Mungkin ada juga betul kata kau tu. Aku tak patut sangka buruk dengan orang. Tak mengapalah, mungkin dia dah buang kot gambar tu. " kata Zahirah.

Zahirah hanya mampu berdoa agar gambarnya yang diambil oleh lelaki tadi dipadam dari memori kameranya. Zahirah memulakan kerjanya dengan hati yang tenang.

******************************************
Malam itu, Ridhwan Khusyairi tidak dapat tidur. Terasa bayangan gambar muslimah tadi asyik bermain di mata Ridhwan. Inilah kali pertama dia secara tidak sengaja mengambil gambar seorang muslimah di Korea. Dia merasakan bahawa getaran di hatinya seakan-akan getaran cinta. Adakah itu penantian cinta yang diharapkannya sejak dulu lagi?? Namun begitu, Ridhwan terus beristighfar tanpa henti sehingga tertidur.

~bersambung~.....

Selasa, 20 Mac 2012

~ Jauh Di Lubuk Hati Ini ~




Jauh dilubuk hati ini

Menangisi apa yang terbuku selama ini kepada Ya Rabb

Setiap sujud dan doa

Disitulah jua aku menangisi segalanya.

Aku hanyalah hamba biasa

Yang tidak lepas dari kesilapan biasa

Entah mengapa

Pada hari ini,

Aku merasakan diri ini

Tidak kuat untuk menghadapi semuanya

Rasa sakit dan sedih di hati ini

Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Terasa kesepian

Semakin menyelubungi diri ini

Namun aku perlu cuba untuk menghadapinya

Sepanjang sujud

Aku menangis bersendirian

Tiada siapa yang tahu

Hanya aku dan Allah sahaja

Begitu sakit untuk meluahkan rasa ini

Ya Allah,

Bantulah hambamu ini

Berilah hamba kekuatan semula untuk menghadapinya.

Labuhkan segala perasaan cinta dan sayang ku kepada Mu Ya Rabb

Agar hatiku ini akan menjadi tenang.


Rabu, 14 Mac 2012

~ Seandainya Dia Tercipta Untukku ~




Ya Allah..
Seandainya dia tercipta untukku..
Berilah hambaMu kekuatan untuk menerima dia..
Janganlah Kau biarkan hubungan ini tercemar tanpa redhaMU..


Ya Rabbi..
Seandainya dia tercipta untukku..
Peliharalah hubungan ini agar ianya tidak terpesong jauh..
Satukanlah hati kami dan biarlah cinta kami Lillahi Taala..

Ya Muhaimin..
Seandainya dia tercipta untukku..
Kau panjangkanlah usianya..kuatkanlah imannya..
Jauhkanlah kami dari segala dugaan yang mendatang..

Ya Rahman...
Seandainya dia tercipta untukku..
Sejuk kanlah pandangan mata hati ku..
Tiap kali hambaMU melihat dia..
Sesungguhnya Ya Allah..perasaan cinta ini amat indah..
Jika ianya disulami dengan keimanan..

Tetapi Ya Allah..
Jika Kau lebih menyayangi dirinya..
Izinkanlah hambaMu untuk berjumpa dengannya di sana kelak..
Izinkanlah hambaMu untuk menjadi bidadarinya di sana..
Semoga ikatan yang terputus di dunia..akan kembali terjalin di sana..
Amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...