Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Isnin, 1 September 2014

Bersama Allah tidak gelisah

Bismillahirahmanirahim.



Manusia secara semula jadinya memang cepat panik, takut, dan kalut, mudah resah, gelisah dan gusar serta suka berkira, lokek dan kedekut. Allah S.W.T sudah memaklumkan : 

 
" Sesungguhnya manusia itu diciptakan bertabiat halu'. Apabila ditimpa kesusahan, dia mudah resah. Dan apabila beroleh kesenangan, dia cepat kedekut." 
(Al-Ma'arij 70:19 dan 20)








Itulah manusia.


Apatah lagi dunia bukannya syurga. Banyak perkara menghambatnya lalu keresahan di hati silih bertukar ganti. Sekejap gelisah memikirkan perkara itu, sebentar lagi perkara ini. Selesai satu, timbul pula yang lain. Dengan sifat-sifat beginilah Allah S.W.T sedang menguji kita. Adakah kita mengawal emosi agar patuh kepada Allah atau sebaliknya menurut nafsu?


Kerana menurut nafsu bukan hanya pada soal kehendak kebendaan sahaja. Malah membiarkan diri kalah dengan emosi juga termasuk menurut nafsu! Maka dalam beremosi pun ada syariatnya. 


Contohnya, tatkala bersedih boleh menangis namun jangan sampai meratap. Dalam bergembira boleh ketawa tetapi tidaklah sampai berdekah-dekah. Apabila marah pula jangan sampai berdendam, lagi baik memaafkan.


Allah S.W.T ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Tidak boleh ada dua cinta dalam satu jiwa. Dalam hati yang satu itulah sewajarnya cinta Allah S.W.T bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sinarlah segala cinta yang lain. Tetapi jika cinta selainNya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir. Kegelisahan pun menghampir.


p/s: Moga kita bersama menggapai cinta dan redha Allah S.W.T.
       Biiznillah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...