Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Jumaat, 17 Februari 2012

~ Cerpen : Ku Pinang Kau Dengan Bismillah ~



Papp!!!!...

Pintu bilik dihempaskan dengan begitu kuat sekali. Athirah menghempaskan pintu sambil menangis. Dia menghempaskan dirinya ke katil dengan tangisan yang begitu kecewa. Miftahul, sahabat seperjuangannya dari sekolah rendah begitu terkejut akibat reaksi kawannya sebentar tadi. Setahunya, sebelum ini belum pernah Athirah berlaku sedemikian. Tangisan Athirah membuatkan dia berfikir seperti Athirah ni baru sahaja putus cinta. Sedangkan, dia memang tak pernah bercinta sebelum ni, bahkan dialah seorang muslimat yang memperjuangkan ' No Couple Before Nikah '. Hal ini membuatkan Miftahul semakin tertanya-tanya. Apakah yang sudah berlaku kepada sahabatnya itu?

Miftahul menghampiri sahabat kesayangannya itu. Tangisan Athirah semakin membingungkan diri Miftahul. Apakah yang terjadi sebenarnya? Athirah menangis tersedu-sedu sambil memeluk
bantal kesayangannya.

" Tirah..Tirahku sayaangg..", Miftahul memegang tangan Athirah dengan lembut.

" Kenapa nie?? Menangis je dari tadi..Tengok bantal kau tu, habis basah dengan airmata kau je..Cuba kau kongsi masalah dengan aku, kalau kau tak keberatan. Aku dah kenal kau lama tau, dari sekolah rendah lagi sampai sekarang. Masalah kau, masalah aku jugak. Gembira kau, gembira aku jugak. Kita nie dah macam adik-beradik tau sukar untuk dipisahkan. Persaudaraan kita sekarang nie terikat dengan akidah yang sama. Tambahan pula, kita sama-sama memperjuangkan dakwah Islam, " sambil mengusap tangan Athirah dengan lembut.

" Kau takkan faham Atul, kau takkan faham perasaan aku nie macam mana. Aku kecewa Atul, aku kecewa sangat," Athirah membalas. Miftahul mendiamkan diri sebentar bagi menenangkan perasaan sahabatnya itu.

" Tirah, aku sayang sangat kat kau kerana Allah. Aku tak sanggup tengok kau menangis macam ni. Kau ingat tak lagi, dalam hadis qudsi riwayat Ubadah bin Somit bermaksud, "Allah SWT berfirman bahawa: Orang yang saling berkasih-sayang kerana Aku berhak mendapat kasih sayang-Ku. Orang yang saling berhubung silaturrahim kerana Aku berhak mendapat kasih sayang-Ku. Orang yang saling menasihati kerana Allah. Orang yang saling menziarahi kerana Aku. Dan, Orang yang saling berkorban berbelanja antara satu sama lain kerana Aku, semuanya berhak mendapat kasih sayang-Ku. Sekarang ni, aku bagi kau pilihan samaada kau berterus terang cerita dengan aku atau aku tinggalkan kau sebentar supaya kau tenang..Ok.," sambil hendak melangkah pergi dari katil Athirah.

Lantas Athirah menarik tangan sahabatnya itu dan memeluk badan Miftahul dengan erat. Athirah menangis sambil meminta maaf.

" Aku minta maaf Atul, aku minta maaf. Aku tak patut membatukan diri saja, sedangkan kau berusaha untuk memujuk dan menenangkan aku, " kata Athirah sambil teresak.

Miftahul mengusap badan Athirah dan memeluk erat.

" Tak pe, aku faham. Tenangkan diri kau dan ceritakanlah masalah sebenarnya," sambil melepaskan badan Athirah dan mengelap air matanya yang bercucuran.

" Aku kecewa sangat Atul. Kalau kau nak tahu sebenarnya, aku dah putus cinta sekarang!"

" Apa dia?? Kau putus cinta?? Tapi bagaimana kau putus cinta sedangkan kau tak pernah bercinta walau sekali pun. Setahu aku, mana mungkin pendakwah macam kau ni boleh bercinta sebarangan. Dan kau juga lah yang selalu kata 'No Couple Before Nikah', dan sekarang ni kau cakap kat aku kau dah putus cinta. Apa dah jadi kat kau sebenarnya ni.,"

" Yer, memang betul aku putus cinta, dan aku serius mengenainya. Sinaran yang bertakhta dalam diri ku ini semuanya musnah berkecai begitu saja. Siapa kata insan seperti aku ini tidak pernah memiliki naluri cinta. Cinta itu anugerah dari Allah dan itu fitrah buat kita semua," dengan nada yang tegas.

" Aku percaya segala cakap kau. Aku yakin kau takkan buat maksiat dengan cinta. Ok. Aku nak tanya kat kau, pernah tak kau mengidamkan seorang Akhi untuk menjadi suamimu?? Jawab pertanyaan ku ni dengan jujur Tirah," Miftahul merenung mata Athirah dengan serius.

Athirah kelihatan terkejut dengan pertanyaan sahabatnya sebentar tadi. Tetapi, dia telah berjanji untuk berterus terang dengan sahabatnya itu.

"Sejujurnya Atul, aku pernah mengidamkan seorang akhi untuk menjadi calon suamiku. Salahkah aku untuk mengidam seorang akhi yang soleh, beriman dan dapat membimbingku di dunia dan di akhirat?? Salahkah aku??," kata Athirah

" Tidak Tirah..memang tidak salah. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Tetapi kau harus ingat Tirah, cinta itu adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia cuma jangan jadikan cinta kita itu sebagai fitnah. Biarlah kita bercinta bersandarkan kepada cinta Allah SWT. Kalau kita mencintai seseorang, sentiasa mengingatinya tanpa sebab, sms tanpa tepian, itu sangat jelas bertentangan dengan syariat. Setuju tak, Tirah??,"

" Aku setuju kata kau Atul, syukran,"

" Sekarang ni banyak sahabiyah yang mengidamkan seorang akhi yang soleh. Bahkan, pada zaman Rasulullah dahulu pernah seorang sahabiyah datang kepada Rasullah untuk dicalonkan sebagai isterinya. Rasulullah tidak pernah memarahi sahabiyah itu, bahkan baginda tahu bahawa sahabiyah tersebut ingin menjaga dirinya. Aku bersyukur sangat yang kau mempunyai pendapat yang sama seperti aku," kata Athirah sambil senyum.

" Sebulan yang lepas, akhi yang aku idamkan selama ini datang mengkhitbah aku melalui Ustaz Ismail. Aku begitu terkejut sekali dengan hajatnya itu. Masa tu, aku gembira sangat Atul. Aku pun meminta sedikit masa untuk aku memberi jawapannya. Aku segera solat istikharah dan selepas itu, aku bersetuju untuk menerima lamarannya," Athirah menjelaskan perasaannya yang gembira.

" Siapakah gerangan akhi yang kau dambakan itu??" soal Miftahul.

" Aku pasti kau pun mengenalinya. Bahkan satu kampus ni tahu siapa dia. Dia adalah Abg Harits Zafran, Pengerusi Persatuan Pelajar Islam Sarawak," sambil menundukkan kepalanya.

" Abg Harits Zafran melamar kau?? Subhanallah Maha Suci Allah. Habis tu apa masalahnya sekarang ni. Kan elok dah dia melamar kau. Kau nak nangis ni buat apa," kata Miftahul sambil tersenyum riang.

" Masalahnya sekarang, baru sebentar tadi Ustazah Dhiya memberitahu kepadaku bahawa Akhi Abg Harits Zafran terpaksa membatalkan lamarannya kepada ku atas sebab-sebab tertentu.," Athirah bersedih kembali.

" Kau nak tahu kenapa dia buat begitu. Hal ini kerana, ayahnya tak benarkan dia mengahwini aku. Ayahnya sudah menetapkan seorang calon isteri buatnya. Aku sedih Atul," airmata Athirah deras mengalir.

" Bahkan bukan itu sahaja Atul, ayah ku juga telah menetapkan seorang calon suami buatku. Hujung minggu ni, aku terpaksa balik ke Miri kerana pihak lelaki ingin melihat aku untuk mencukupkan syarat yang diharuskan oleh syara'. Ayahku dan ayahnya kawan rapat sejak kecil lagi. Cuma, keluarga mereka sebelum ini tinggal di Kuching sebelum berpindah ke Miri ini. Sebab itu, aku tak pernah mengenali mereka," sambungnya.

**********************************

" Sudah!! Ayah tak nak dengar lagi semua tu. Yang penting sekarang ni, Harits ikut je cakap ayah. Ayah yakin kau akan berkenan juga dengan perempuan tu," Ayah Harits Zafran ingin menyudahkan perbahasannya dengan anaknya itu.

" Tapi ayah, Harits tak nak dengan pilihan ayah tu. Kenal pun tidak. Harits dah ada pilihan sendiri ayah. Nama dia Athirah. Dia sama kampus dengan Harits jugak. Dari segi agama, akhlak, akidah semuanya cukup ayah. Ayah nak yang macam mana lagi.??," soal Abg Harits Zafran.
Dia mahu penjelasan yang cukup dari ayahnya. Tetapi ayahnya inginkan dia berkahwin dengan wanita pilihan ayah.

" Cukup, that is enough.!! Ayah tak nak dengar. Hujung minggu ni, kita akan pergi ke rumah kawan ayah tu. Ayah nak perkenalkan kau dengan anak dia, Zahratul. Orangnya baik, cantik, cukup agama, cukup akhlaknya dan cukup akidah. Kalau kau setuju, kita akan buat nikah khitbah secara rasmi. Ayah buat semua ni hanya untuk engkau," kata ayahnya sambil beredar dari ruang tamu.

" Baiklah ayah, Harits ikut kata ayah." sambil duduk di bangku dengan perasaan yang begitu sedih. Jauh dilubuk hati Harits, hanya yang dia inginkan gadis pilihannya itu, Athirah.

"Maafkan aku Athirah kerana terpaksa membatalkan lamaranku terhadapmu," Harits Zafran bermonolog sendiri.

*****************************************

" Abah, Ummi..Zara tak nak lah kahwin cepat sangat. Lagi pun, Zara kan masih ada setahun lagi belajar. Selepas tu, Zara ingat nak bekerja. Awal sangatlah untuk Zara menikah.," Zahratul mencipta seribu alasan.

" Zara, dengar cakap Abah dan Ummi ni dulu. Kami nak buat yang terbaik untuk Zara. Kami tak nak Zara terluka. Yang penting sekarang ni, kami nak Zara tengok dulu calon suami Zara tu. Abah tak paksa kau kahwin, cuma pihak keluarga mereka datang untuk meminang kau. Abah nak buat macam mana. Cuma sekarang ni, Abah dan Ummi nak kau tengok dulu,selepas tu barulah Zara buat keputusan yang elok. Dalam Islam pun dah diajarkan, bahawa harus untuk lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isteri dan bakal suami masing-masing." kata Abahnya dengan panjang lebar.

"Oklah, Zara ikut je," sambil beredar naik ke bilik.

**************************************************

" Assalamualaikum,..Assalamualaikum tuan rumah"

" Waalaikumussalam, eyh Hasan jemput masuk ke rumah..jemput naik keluarga kau tu," kata Sadiq, abah Zahratul.

" Ha, ni aku kenalkan anak aku, yang segak bergaya.. Abg Harits Zafran namanya." Hasan memperkenalkan anaknya.

" Subhanallah, ini anak kau ye..segak bergaya, kacak lagi tu. Kira cukup la semuanya tu ye Hasan..Hahaha..," ketawa Sadiq sengaja mengusik Abg Harits Zafran.

" Zara, cepat hidangkan air ni kat tetamu tu. Mereka dah sampai ni. Apa Zara buat lagi kat bilik tu. Cepat, Zara." Umminya memanggil.

Zara keluar daripada bilik dengan mengenakan jubah dan berpurdah warna ungu. Begitu juga dengan tudungnya. Zara pergi keluar dengan menghidangkan air kepada tetamu yang baru sahaja datang. Abg Harits Zafran sempat mengerling. Zara begitu khusyuk menghidangkan air. Lantas, setelah itu dia duduk bersebelahan Umminya. Wajahnya tetap menunduk ke bawah tanpa melihat wajah bakal suaminya itu, Abg Harits Zafran.

Selesai kedua-dua pihak bercerita. Ummi Zara meminta Zara membuka purdahnya.

" Zara, Ummi nak Zara buka purdahnya kerana calon suami berhak melihat wajah asal calon isteri." kata Umminya sambil tersenyum.

Zara dengan berat hati membuka purdahnya itu. Pada masa yang sama, Abg Harits Zafran terkejut tatkala melihat wajah gadis disebalik purdah itu.

"Athirah!", Harits Zafran menjerit dengan nada terkejut.

Gadis itu memandang Abg Harits Zafran.

"Harits Zafran", dia bersuara perlahan sambil tersenyum.

Semua ahli keluarga yang berada disitu terkejut sebentar akibat reaksi anak-anak mereka.

"Setahu Harits, namanya Athirah bukan Zahratul,"

"Ketahuilah anak Harits, bahawa nama sebenar anak pak cik adalah Zahratul Atthahirah Binti Jaafar Sadiq.," Sadik memberi penjelasan.

Zara hanya mampu tersenyum melihat gelagat Abg Harits Zafran sebentar tadi. Di saat itu jugalah, Zahratul Atthahirah menerima lamaran daripada Abg Harits Zafran itu tadi..Masing-masing mengukir senyuman indah di hati mereka.

*****************************************************

Hari ini dalam sejarah.Persiapan perkahwinan Zara dibuat ala kadar sahaja. Tibanya saat-saat yang dinantikan oleh pasangan pengantin yang bakal bernikah hari ini. Zahratul Attahirah mengukir senyuman dengan hati yang berdebar.

" Aku terima nikahnya Zahratul Attahirah Binti Jaafar Sadiq dengan mas kahwin RM 100 tunai," Abg Harits Zafran melafazkan dengan tenang.

"SAH!" "Alhamdulillah." Akhirnya, dia bergelar isteri kepada Abg Harits Zafran. Sungguh dia tidak menyangka.

"Ha, salam ler suami tu. Apa di tunggu lagi," kata Ummi Zara.

Tangan suaminya dihulur dan Zara menyambut dengan perlahan. Saat dia mencium tangan suaminya terasa debaran dihatinya. Suaminya membalas dengan mengucup dahi isterinya yang tercinta.

" Assalamualaikum Zara duhai isteriku." Dengan lafaz tadi dan ikatan yang sah, izinkan Abang pinang Zara dengan Bismillah.,"bisikan itu membuatkan Zara semakin memegang erat tangan suaminya.

" Waalaikumussalam Abg Harits duhai suamiku." Dengan lafaz Bismillah juga lah, Zara terima pinangan abang itu. Itulah cinta yang berlandaskan hukum syariah yang paling utama. Cinta yang disemai dengan menggunakan lafaz Bismillah, insyaAllah membawa bahagia ke Syurga Cinta..

* TAMAT*















1 ulasan:

Hafiz berkata...

Zahratul Atthahirah.... cantik nammanya secantik akhlaknya... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...