Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Sabtu, 25 Februari 2012

~ Hidayah CintaMu ~ (Part 1)




Pagi yang cerah, indah dan ceria. Bunga berkuntuman. Serangga berkejaran. Pohon-pohon di kiri dan kanan jalan sesekali bergoyang ditiup angin dan kelihatan begitu pasrah kepada takdir Tuhan, seru sekalian alam. Kelihatan sekumpulan mahasiswi sedang menuju ke tempat halaqah, dan salah seorang daripadanya ialah Haura Maqsurah.

Ustazah Asiah dan Ustazah Wildan merenung wajah anak-anak gadis di hadapan mereka seorang demi seorang. Merekalah mawar-mawar agama yang sedang mekar dan haruman agama serta akhlak. Banyak risikan yang diterima oleh anak-anak gadis itu terutama Haura Maqsurah. Siapa yang tidak mengenali gadis bernama Haura Maqsurah ini yang merupakan seorang pelajar yang sering mendahului senarai Dekan pada setiap semester dan begitu juga kecantikkannya serta agamanya yang teguh.

" Anak-anakku, dalam Surah Al Ahzab ayat 32, Allah berfirman; bahawa
" Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja ( semasa bercakap dengan lelaki asing ) kerana demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk pada kamu)." Ustazah Asiah memulakan tazkirah.

" Hunuskan durimu, jangan mudah tergoda. Keindahanmu hanya untuk lelaki yang bernama suami. Solehahkanlah dirimu agar mendapat suami yang soleh," pesan Ustazah Wildan.

" Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika anak-anak sekalian memelihara keindahanmu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu. Kami sudah pun melalui ranjau kehidupan sebegini," tambah Ustazah Asiah.

Haura Maqsurah serta sahabat seperjuangannya memandang mata Ustazah Asiah dan Ustazah Wildan dengan sangat teruja.

" Ayuhlah, mawar-mawar agama, bangkitlah mempersiapkan diri. Hanya lelaki bertakwa mampu mendampingi mawar berkualiti," kata Haura Maqsurah dengan penuh bersemangat.

" Ingatlah, sekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di Syurga. Sekali wanita ternoda, berdekah-dekahlah syaitan di Neraka. Bangkitlah berjuang hunuskan durimu kerana dirimu begitu berharga," kata Umi Kalthum salah seorang sahabat kepada Haura dengan penuh berkobar-kobar.

" Takutlah kamu kepada jalan-jalan zina...," kata Haura Maqsurah lagi.

Halaqah pada pagi itu penuh dengan kata-kata motivasi sesama sendiri. Melalui halaqah ini jugalah ia dapat menyentuh jiwa dengan lebih mendalam dengan hidup lebih indah terarah sambil menyulam tautan hati kerana Allah dan disitu jugalah timbulnya kekuatan ukhuwah sesama mereka dengan ikatan akidah yang begitu kuat.

**************************************************

Sudah hampir pukul sebelas pagi, Umar masih juga belum datang. Alan Ho asyik mundar-mandir di kafeteria. Dia menunggu ketibaan sahabat baiknya itu, namun batang hidung pun tak nampak lagi.

" Ish, mana pulak si Umar nie? Janji pukul 10.30 pagi, sekarang ni dah nak pukul 11. Cakap tak serupa bikin lah dia ni." keluh Alan Ho.

Alan Ho duduk sambil menunggu sahabat baiknya itu. Tatkala dia menunggu, tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang dalam kelompok mahasiswi. Ya, seseorang yang diminatinya sejak dia datang ke kampus itu. Haura Maqsurah.

" Ha..Alan. Jauh kau termenung.Teringat kat sapa tu??Hahhaha." sapa Umar.

" Sorry la Alan. Aku lambat sikit. Ada hal nak dibereskan tadi, tu yang lambat sampai sini." tambah Umar.

" Its ok Umar. No problem. Tak ada teringat kat sapa-sapa la." ujar Alan Ho.

" Mmm...boleh aku tanya sikit?" kata Alan Ho agak ragu.

" Tentu je boleh. Apa dia?"

" Aku minta maaf kalau soalan aku ni pelik sikit." kata Alan Ho.

" Tadi aku ada tengok sekumpulan mahasiswi. Rasanya macam tiap-tiap minggu mesti mereka pergi ke taman. Mereka buat apa sebenarnya?" soal Alan Ho lagi.

" Ohh..yang itu. Aku ingatkan apa tadi. Mereka tu tiap-tiap minggu mesti pergi halaqah. Halaqah tu maksudnya satu perjumpaan dimana mereka berkumpul untuk cari ilmu, muhasabah diri mereka dan saling ingat mengingati antara satu dan lain." ulas Umar.

" Oh..macam tu. Patutlah tiap-tiap minggu ada kat taman," jawab Alan Ho.

Jauh dilubuk hati Alan Ho mengatakan bahawa Haura Maqsurah ini bukan hanya cantik tetapi kaya dengan ilmu serta berbudi bahasa. Alangkah indahnya kalau satu hari nanti dia menjadi permaisuri di hati Alan Ho. Namun, apakan daya kerna berbeza agama, Alan membatalkan niatnya.Alan tahu bahawa selama ini Haura Maqsurah memang tidak pernah mengenalinya. Cukuplah dengan hanya meminatinya sahaja. Itu pun sudah memadai buat Alan.

**************************************************

~bersambung~.............

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...