Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Isnin, 16 April 2012

Kalau Kita Tidak Bersama Dakwah & Tarbiyyah,???



Bismillahirahmanirrahim...

Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Rasa-rasanya kan, seandainya sekarang nie kita tak bersama dengan dakwah n tarbiyyah. Apa yang akan jadi kat kita nie ekk??

Cuba cek list dulu:~

  1. Mungkin ana akan buat apa yang patut kot...Erm, biasa la..kalau anak dara selalunya mesti diorang g spa,buat facial muka,urutan badan,rambut pon nak buat teknik rebonding..ala macam iklan shampoo selalu cakap.."Guna shampoo je.Boleh lurus guna jari je"..alahai...Dah namanya tittle "PEREMPUAN" n sewaktu dengannya, mestilah nak jaga semua penampilan kan..dari kepala sampai la ke hujung kaki..Mesti nak perfect..!!~ Depan orang yang bukan mahram kita nak hias lebih pulak..nnt kalau dah kawen nak hias apa kat zauj/suami??? Ingat2 juge ye..:)
  2. Weekend???? Hurm...apa lagi kalau tak SHOPPING TIME,WAYANG..huhu...nak beli tu la..nak beli nie la..orang banyak duit la katakan..semua barang pon boleh beli..Petik jari je..nak beli apa?? Ipad,Iphone 4S,kasut highheel,beg tangan berjenama,kereta BMW,beli satu shopping complex?? Boleh je kalau dah jutawan sangat..!! ~ Nanti boleh ke barang2 tu bawa masuk kubur sekali??
  3. Bolehlah keluar g melepak dengan kawan2..jalan2..minum n makan2 jap..pagi keluar..dah nak subuh baru balik..~ Ya Insan disana...xbuat qiam ke?? Kan bagus buat qiam,dpt gak pahala.
  4. Suke dengar lagu ROCK??? wahh best2...otak pon dah macam pelik2 sikit..kalau dah dengar lagu tu macam xingat dunia..Rasa2nye kalau ada gempa bumi pon xkan sedar punye..sbb otak dah fanatik sgt dgr lagu ROCK~ Aduhaii...dimananya lagu tarannum,bayati,hijaz,n sewaktu dengannya dalam bacaan Al-Quran kita..dimananya lagu2 nasyid yang boleh mendidik n mentarbiyyah kita balik??Mana perginya zikrullah kita selama nie??Lenyap ditelan zaman moden ke??
  5. Tak kisah la nak pakai baju apa pun..asalkan cantik,bergaya,trend terkini,..nak guna skirt pendek ke...gune singlet ke..bikini ke?? Mula nak menggedik;" Cantik tak kulit I??"~Mana perginya tudung kita?? Mana perginya baju kurung yang selalu tutup tubuh kita?? Amboi!! X ingat dunia dah dia nie..Awak2..saya minta tolong sgt2..SILA TUTUP AURAT YA!!! Anda FAHAM!!! bukan perintah dari saya ye..p perintah dari ALLAH SWT..:)
  6. Isu gosip artis!!! Panas sangat!! Banyak kontroversi betul..Sampai ke lubang cacing nak tau..tu la suka sangat tengok MELODI, PROPAGANZA, MULUT MURAI n byklah..~Mana perginya perjuangan dalam menegak kebenaran dalam isu SYRIA,PALESTIN dan negara2 ISLAM yg kita sayangi??
  7. Kenal dengan orang atau tak..men selisih macam tu je..Bukannya nak tegur..Bila tengok para alim ikhwah n akhowat bersalam salaman,bercium2 pipi.,berpeluk mesra..(apa kes la diorang nie??)~ Ni la namanya JALINAN UKHWAH yang terbina atas dasar CINTA n KASIH mereka kepada ALLAH SWT..OSEM JIDDAN!!..:)
  8. Bertepuk tampar dengan lelaki n perempuan memang la..Xtau nak cakap macam mana dah..Selamba badak je tepuk2 macam tu..pegang2 tangan pulak tu..kissing2 pulak dah..lagi teruk kalau dah nak terjerumus ke arah penZINAan!!..Naudzubillahminzalik...~Banyak2 la buat solat sunat taubat nasuha..kesal atas perbuatan dahulu dan berjanji xkan ulanginya lagi..Ana tau awak baik,cuma pengaruh dengan benda yang tak baik...InsyaAllah boleh punya..

Cukup setakat ni je la untuk imbasan kalau kita tak di tarbiyyah dengan sepenuhnya..Peringatan buat diri sendiri yang dahulunya begitu jahil dengan agama sendiri iaitu ISLAM!! Jangan jadikan ISLAM itu sebagai nama sahaja tapi tidak melakukan perkara yang diajar dalam agama ISLAM itu sendiri.Cukuplah dengan memberi peringatan buat yang lemah dan kerdil ini..Ana bersyukur alhamdulillah, akhirnya berjumpa dengan sahabat2 yang bertungkus lumus mendidik n banyak bagi tarbiyyah kat ana nie..Syukran tak terhingga kepada ALLAH SWT yang sentiasa menjaga kita..Memang memerlukan pengorbanan yang banyak kalau nak berubah..yang penting kita..Istiqamah lah dengan perubahan kita menuju ke arah KEBAIKAN..insyaAllah kita akan menjadi UMAT NABI MUHAMMAD yang paling OSEM N HEBAT dengan DIDIKAN DAKWAH & TARBIYYAH...ALLAHUAKBAR!!!


"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di masa jahiliyyah) bermusuhan, allu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."
[ali-Imraan, 3:103]

1 ulasan:

#thelagidanlagi berkata...

kalo nak ikut ana nie x layak nak buat usaha yg mulia nie , iaitu (dakwah) . spa la ana nie :) , kotor lagi hina nie . tapi.. Allah swt belas kasihannya telah bagi ana usaha nie . Allah swt nak islahkan diri ana . moga Allah terima ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...