Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Jumaat, 2 Mac 2012

~ Hidayah CintaMu ~ (Part 3)





Pada petang Jumaat itu, di halaman rumah kediaman Haura Maqsurah penuh dengan kereta. Rumahnya juga dipenuhi tetamu. Kelihatan sebahagian kanak-kanak berlari riang. Sebahagian orang tua bercerita penuh ceria.

Haura Maqsurah teringat masa dia kecil-kecil dulu, dia selalu luangkan masa dengan abang dia, Hamzah Mujahid.Sayangnya abang kesayangannya tidak dapat untuk menghadiri majlis pertunangannya pada hari tersebut.

" Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat buahnya serta bunganya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya"

" Dahlah Haura, pening abang dengar kau asyik nyanyi lagi sama tau. Tak de lagu lain ke?

Haura yang sedang berbaring di rumput, tersengih dengan pertanyaan abangnya. Dia mengerling si abang yang sedang membaca buku.Khusyuk sangat.

"Bang,.."
"Hmm apa?''
" Kau tak nak kahwin ke abang?"
" Tak mahulah aku. Buat apa kahwin?''
" Hesy, peliknya abang nie! Orang lain semua nak kahwin. Walid kahwin dengan Ummi..Pak Su kahwin dengan Mak Su..Abang nanti nak kahwin dengan sapa, ekk?? Haura nak kahwin dengan Ustaz la.."

Hahaha..si abang ketawa dengan celoteh adiknya itu. Entah mengapa geli hati sungguh dia mendengar kata-kata adiknya tu.

***************



"Assalamualaikum....Ya, Haura Maqsurah termenung jauh nampak.Hehehe." sapa Umi Kalthum.

" Oii, waalaikumussalam..ish, buat kejut aku je dia nie.. tak de lah. Cuma teringat kat abang Hamzah je. Rindu kat dia. Sedih aku."jawab Haura Maqsurah dengan sayu.

" La Tahzan Ya Haura...Abang Hamzah tu sibuk sangat nak uruskan pasal syarikat untuk kepentingan kita gak. Jangan lah sedih lagi..Kau nak bertunang hari ini. Nanti apa kata bakal mak mertua." usik Umi dengan ketawa.

Selepas itu, ketibaan rombongan pihak lelaki tiba. Ibu kepada pihak lelaki akhirnya menyarungkan cincin tunang di jari Haura. Maka, sah sudahlah Haura menjadi tunangan kepada insan yang bernama Johan. Johan merupakan anak kepada Dato' Johari, pengasas Syarikat Mahligai Gading. Keluarga Dato' Johari begitu rapat dengan Keluarga Tan Sri Hamdan, ayahanda kepada Haura Maqsurah.
**************

Tok!!Tok!!Tok!!..

" Masuk" kata Haura yang sedang menandatangani beberapa fail.

" Cik Haura, petang nanti ada meeting dengan Syarikat Petrajaya mengenai tapak projek di Bukit Canada.
Meeting pada pukul 2.00 petang ni. Itu sahaja Cik Haura" kata Azureen, setiausaha Haura Maqsurah.

" Baiklah. Nanti tolong saya sediakan beberapa fail yang berkaitan untuk meeting petang ni ye," arah Haura Maqsurah

2.00 petang....

" Maaf, saya terlambat sikit. ujar Alan Ho dengan kelam kabut.

" Tidak mengapa, kami baru sahaja memulakan perbentangan." ujar Haura Maqsurah dengan petah.

Alan Ho tersenyum sambil mencari tempat duduknya. Tiba-tiba Alan Ho terasa macam ada sesuatu yang berkaitan dengan
Haura Maqsurah. Wajah perempuan itu mirip sekali dengan perempuan yang diminatinya tujuh tahun dahulu.
Akhirnya, baru dia teringat bahawa perempuan yang ada dihadapannya ialah Haura Maqsurah. Pasti adalah
Haura Maqsurah. Tidak salah lagi. Alan Ho gembira kerana dapat berjumpa dengan Haura Maqsurah sekali lagi.

Sebaik sahaja selesai pembentangan, Alan Ho mula mendekati Haura Maqsurah bagi permulaan perkenalan.

" Er..Cik..Saya Alan Ho selaku CEO Syarikat Petrajaya." gugup Alan Ho sedikit.

"Owh..Encik Alan Ho. Saya Haura Maqsurah Binti Tan Sri Hamdan." senyum Haura Maqsurah.

Semenjak itu, bermula lah sesi perkenalan antara Alan Ho dengan Haura Maqsurah..Walaupun sekejap,
Alan Ho berasa gembira dapat dipertemukan dengan Haura Maqsurah. Dapat berkenalan secara rapat lagi.
Bagaikan hati ada taman, begitulah hati Alan Ho sekarang. Makin berseri-seri wajahnya.

" Baiklah En Alan Ho, saya minta diri dulu. Ada apa-apa perkara nanti saya call pejabat En Alan la yer." ujar Haura Maqsurah.

" Ok. No problem." senyum Alan Ho.

Haura Maqsurah..sungguh sehingga sekarang aku masih meminatimu. Namun, engkau tidak mengetahuinya.


~ bersambung~........

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...