Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Rabu, 21 Mac 2012

~ Cerpen : Menanti Cinta ( Part 2 ) ~






" Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan "

Petua indah Ibnu Athaillah itu sentiasa tergiang-ngiang di lubuk hati Ridhwan Khusyairi setiap pagi. Begitu juga pagi itu, setelah dia mandi dan berpakaian kemas dan bersedia untuk ke tempat-tempat menarik bagi menambah koleksi gambar di album kesayangannya. Dia kembali teringat kata-kata indah Ibnu Athaillah yang sangat dahsyat makna dan maksudnya itu.

" Bagi seseorang yang mencari keredhaan Allah, terdapat permulaan dan terdapat juga akhiran. Permulaan bagi seseorang yang mencari keredhaan Allah adalah langkahnya menjalani kehidupan, dan pengakhirannya adalah ketibaannya di hadapan Allah. Apabila sejak dari awal langkahnya memulakan perjalanan, orang itu sudah benar-benar kembali kepada Allah, berjalan menuju Allah dengan sepenuhnya, maka peluang kejayaannya untuk sampai kepada keredhaan Allah sangat besar. Ini adalah kerana Allah pasti menolongnya sejak dari pertama kali dia memulakan langkahnya. Allah akan menjaganya agar tidak terputus perjalanannya itu dan jatuh di pertengahan jalan."

Setelah itu dia membuka pintu biliknya dan bersedia untuk berangkat.

" Eyh, awalnya kau. Kau nak pergi mana? " tanya Nazrul Rahim sedang menyediakan sarapan.

" Ala, macam biasalah. Nak menambahkan koleksi gambar. Sekarang ni lah masa nak ambil gambar banyak-banyak. Nanti kalau dah balik Malaysia, susah lah tak ada kenangan kat Korea." ujar Ridhwan Khusyairi dengan senyum lebar.

" Ha, kot ye pun kau nak ambil gambar minumlah teh dulu supaya badan kau panas sikit." kata Nazrul sambil menghirup teh panasnya.




Selesai minum, Ridhwan Khusyairi menghidupkan motor kesayangannya ' Bajaj Pulsar Merah'. Bunyinya memecah keheningan pagi yang mendamaikan. Tidak ketinggalan juga kamera kesayangannya sentiasa disampingnya. Bajaj Pulsar Merah berjalan perlahan-lahan meninggalkan apartmen kediaman Ridhwan Khusyairi dan meluncur ke arah selatan melalui jalan lingkaran dan meneruskan perjalanannya ke utara sampai akhirnya di Insadong. Turun sahaja dari motor, Ridhwan Khusyairi berjalan-jalan sekitar Insadong mengambil gambar yang menarik.



****************************

Pagi yang cerah, indah dan ceria. Pohon-pohon di kiri dan kanan jalan sesekali bergoyang ditiup angin.Kelihatan sekeliling alam pasrah kepada takdir Tuhan, seru sekalian alam. Angin sejuk terus berhembus perlahan-lahan dari kutub utara, menjadikan suhu udara semakin sejuk dan membekukan apa sahaja yang disentuhnya. Dari jauh kelihatan Zahirah berjalan dengan Han Jung Suh di sekitar Insadong. Sedang Ridhwan Khusyairi mengambil gambar, tiba-tiba Zahirah melintas begitu sahaja.

Klik!! Klik!!

Ridhwan Khusyairi dan Zahirah masing-masing bertentang mata. Menunjukkan reaksi terkejut.

" Er, Minhae..I'm so sorry sir. I don't know." gugup Zahirah.

" Its ok. Never mind." senyum Ridhwan Khusyairi.

Zahirah dan Han Jung Suh meneruskan perjalanan mereka ke tempat kerja. Perasaan malu menyelubungi dalam diri Zahirah. Han Jung Suh hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya. Kelibat Zahirah dan Han Jung Suh mula hilang dari pandangan mata Ridhwan Khusyairi. Debaran mulai terasa dihati Ridhwan Khusyairi. Entah mengapa debaran sedemikian tiba dihatinya. Ridhwan hanya mampu memperbanyakkan istighfar di dalam hati. Akhirnya, Ridhwan meneruskan kerjanya.


" Zahirah, kenapa ni? Dari tadi je asyik diam. Kau teringat pasal lelaki yang ambil gambar tadi ke? " soal Han Jung Suh.

" Erm..ye. Aku takut lah Jung Suh, kalau lelaki tu sebarkan gambar tu dalam internet." resah Zahirah.

" Ish, kau ni. Tak ada maknanya lelaki itu nak sebarkan dalam internet. Kalau sebar pun, apa yang dia dapat. Ala, jangan sangka buruk lah dengan orang. Aku tau mesti dia dah padam gambar tadi. " ujar Han Jung Suh.

" Mungkin ada juga betul kata kau tu. Aku tak patut sangka buruk dengan orang. Tak mengapalah, mungkin dia dah buang kot gambar tu. " kata Zahirah.

Zahirah hanya mampu berdoa agar gambarnya yang diambil oleh lelaki tadi dipadam dari memori kameranya. Zahirah memulakan kerjanya dengan hati yang tenang.

******************************************
Malam itu, Ridhwan Khusyairi tidak dapat tidur. Terasa bayangan gambar muslimah tadi asyik bermain di mata Ridhwan. Inilah kali pertama dia secara tidak sengaja mengambil gambar seorang muslimah di Korea. Dia merasakan bahawa getaran di hatinya seakan-akan getaran cinta. Adakah itu penantian cinta yang diharapkannya sejak dulu lagi?? Namun begitu, Ridhwan terus beristighfar tanpa henti sehingga tertidur.

~bersambung~.....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...