Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Rabu, 14 Mac 2012

Wanita Tercipta Dari Tulang Rusuk Lelaki




Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Dekat jua dihati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi

Subhanallah!! Bila dengar setiap bait2 lirik lagu ni, rasa kedamaian dihati...Ana suka sangat lagu ni tau. Tengoklah lirik dia "Tercipta engkau dari rusuk lelaki"..Indahkan..:)

Kalau tak silap ana hari tu, ana ada belajar hadis yang berkaitan dengan perkara ni. Kalau ana salah tolong tegurkan ye. Sebagaimana hadis riwayat Muslim:

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesungguhnya wanita itu seperti tulang rusuk, apabila anda cuba meluruskannya ia akan patah, dan kalau anda tinggalkan tanpa anda meluruskannya kamu akan berseronok dengannya, tetapi awas apabila engkau berbicara ia tetap bengkok.

Secara ringkasnya, hadis ini menceritakan bahawa sifat-sifat seorang wanita yang mana sama seperti tulang rusuk yang bengkok. Oleh itu, jangan cuba meluruskannya kerana mungkin akan patah, tetapi jangan jadikan ia di dalam keadaan yang bengkok kerana ia akan menyusahkan kehidupan rumah tangga.

Seorang suami hendaklah bijak dalam mendidik dan menegur isteri supaya wujud rumahtangga yang bahagia.

Seorang suami juga tak boleh bertindak keras terhadap isteri dibimbangi isteri tidak taat kepada suami. Tegurlah secara baik dan perlahan.Cuma jangan sampai jadi dayus. Nauzubillahminzalik.

Seorang isteri juga perlu taat dengan suami, wajib tinggal dirumah yang disediakan oleh suami dan memelihara kehormatan diri. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

Sebaik-baik perempuan ialah sesiapa yang memandang ke arahnya dia menggembirakan, apabila disuruh dia mentaatinya, apabila kamu tiada dirumah dia menjaga dirinya dan harta kamu.


Ana ni tak pandai lah nak mengulas lebih-lebih, nanti makin lain la pulak dari maksud sebenar..Ana ni budak baru belajar,kalau ana salah tolong tegurkan..:)








Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...