Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Jumaat, 9 Mac 2012

~ Hidayah CintaMu ~ (Part 6)



Dalam masa yang sama~......

Haura Maqsurah teringat selama perkenalannya bersama Alan Ho dan perbincangannya semasa mesyuarat. Kebanyakkan perbincangannya menjentik semangat para pekerja bagi menambah ilmu dan berfikir. Haura Maqsurah terpegun.

" Hurm,...kenapa aku asyik teringat dengan Alan je ni?? Astarghfillahalazim...Ya Allah, jagalah hati hambamu ini. Janganlah aku lemah disebabkan hawa nafsu yang datang melanda. Aku harus melupakannya." bisik Haura bersendirian.

Kadang-kadang timbulnya naluri halus bergetar di jiwa. Adakah ini getaran cinta?? Haura cepat-cepat tersedar tak mungkin dia akan bersama Alan Ho. Sebabnya, Haura masih lagi mempunyai ikatan tunang bersama Johan dan Alan juga masih berbangsa Cina.

Pada masa tu, Haura Maqsurah masih tidak mengetahui bahawa Alan Ho sudah pun menganut agama Islam dan bertukar nama kepada Muhammad Fayaqun.


************************************************

Setahun kemudian~.....

Penerbangan yang panjang itu berakhir di Jeddah. Kelihatan Walid dan Ummi tersenyum riang dalam keadaan yang tenang. Kakak Haura, Huzaimah pula memeluk tangan suaminya yang tercinta. Manakala Haura pula sentiasa berkepit dengan abang kesayangannya, Hamzah. Mana taknya, dari kecil sampai dewasa Haura memang manja dengan abangnya. Masing-masing datang dengan penuh ceria.

Ketika hendak melangkah masuk ke Masjidil Haram, tiba-tiba Fayaqun ternampak kelibat seseorang yang pernah dia kenali sebelum ini. Itulah dia Haura Maqsurah, wanita yang dia cintai dari universiti sehinggalah sekarang. Tidak luput cinta itu dari jiwanya. Namun, apakan daya Fayaqun terpaksa membatalkan niatnya untuk terus meminati Haura apabila melihat Haura berpegang tangan dengan mesra bersama seorang lelaki.

" Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini. Sesungguhnya, aku bukanlah jodoh yang ditakdirkan untuk bersamanya kerana dia sudah pun berkahwin." ujar Fayaqun dengan hati yang sedih.

Dalam masa yang sama, Haura Maqsurah juga terkejut melihat kelibat Alan disitu. Yang memeningkan kepalanya, bagaimana Alan boleh sampai menjejakkan kaki ke Masjidil Haram.?? Bukankah dia seorang Cina.?? Haura hanya dapat mendiamkan diri sahaja. Akhirnya, Haura serta keluarga meneruskan perjalanan mereka. Kelibat Alan mula hilang daripada pandangan Haura Maqsurah selepas itu.

*************************************

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Muhammad Fayaqun duduk bersebelahan dengan Hamzah yang difikirnya suami kepada Haura Maqsurah. Di situ jugalah, bermulanya perkenalan persahabatan antara Hamzah, abang kepada Haura dan Fayaqun.

" Assalamualaikum akhi," kata Fayaqun memulakan sesi perkenalan.

" Waalaikumussalam," jawab Hamzah.

" Asif jiddan, tempat duduk ana sebelah enta. Boleh ana tumpang lalu?" tanya Fayaqun dengan penuh sopan.

" Ohh..silakan ya akhi. Maaf ye ruangan ada sempit sikit." kata Hamzah sambil tersenyum.

" Tak mengapa. Oh,..kenalkan nama saya Fayaqun. Panggil je Aqun. Nama abang sapa ye?" soal Fayaqun lagi.

" Nama abang Hamzah. Aqun ni ada darah kacukan Cina ke? Sebab abang tengok muka Aqun macam orang Cina sikit." ujar Hamzah.

" Ye abang. Sebenarnya dulu saya Cina. Sekarang ni alhamdulillah saya dah masuk Islam" tenang Fayaqun.

" Subhanallah..Allahuakbar..tak sangka dapat saudara baru dalam agama Islam." kata Hamzah.

" Abang Hamzah naik haji bersama isteri ke?" soal Fayaqun.

" Tak de la. Abang naik haji ni bersama keluarga abang. Ummi, Walid, dan adik-adik abang. Abang ni belum kahwin lagi ye Fayaqun. Belum ada jodohlah katakan. Kalau ada jodoh nanti, abang jemput Aqun datang ke majlis walimah ye." jelas Hamzah sambil tersenyum.



Hamzah banyak menceritakan mengenai perkara yang terjadi dalam keluarganya terutamanya Haura Maqsurah. Hamzah memberitahu bahawa Haura baru sahaja memutuskan pertunangannya setahun yang lepas disebabkan tunangnya Johan ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita tidak dikenali. Selepas itu, Walidnya mencadangkan membawa mereka sekeluarga pergi menunaikan haji dan Haura dapat menenangkan perasaannya kembali. Pada saat itu jugalah, hati Fayaqun mula berbunga-bunga dengan penuh harapan untuk meminang Haura Maqsurah sebagai permaisuri dihatinya yang sekian lama dipendam.

*********************************************

Beberapa hari kemudian,...

" Aqun, aku rasa aku dah mula suka dengan seorang muslimah ni la," kata Umar.

" Muslimah mana lagi yang kau suka ni?? " tanya Fayaqun.

" Kau nak tau siapa?? Orangnya memang mantap. Aku rasa kau kenal gak. Sebabnya muslimah tu junior kita dulu masa kat universiti. Satu fakulti tau pasal dia. Kira glamour gaklah dia nie." sengih Umar.

" Ai..sapa pulak lagi nie? Maisara??Saidatul??Miftahul??Umi Kalthum?? Yang mana satu??" soal Fayaqun lagi.

" Semua salah. Namanya ialah Haura Maqsurah Binti Tan Sri Hamdan." jelas Umar.

Saat nama itu disebut, berderau darah Fayaqun. Mana taknya, muslimah itulah yang bakal dia akan pinang tidak lama lagi. Sebenarnya, semasa Fayaqun berada di Dublin, segala urusan syarikat terpaksa dipangku oleh Umar sementara waktu. Jadi, kebanyakan projek Umar terpaksa berurusan dengan Haura Maqsurah. Di saat itulah, Umar mula menyimpan perasaan.

Tanpa menangguhkan masa, Fayaqun ingin sekali pergi berjumpa dengan Haura Maqsurah untuk meluahkan perasaannya yang terbuku selama ini. Tetapi, Fayaqun merasakan serba salah jika dia tidak berterus terang dengan sahabat baiknya sekiranya dia berjumpa dengan Haura terlebih dahulu. Fayaqun menjelaskan kepada Umar mengenai perasaannya terhadap Haura semenjak dari universiti sehinggalah sekarang. Setelah itu, Umar memahami perasaan sahabat baiknya itu. Begitulah kemanisan bersahabat kerana Allah apabila Umar sanggup meminang Haura bagi pihak Fayaqun.


*******************************************

Rombongan meminang Haura Maqsurah tiba di perkarangan rumah Tan Sri Hamdan. Tan Sri Hamdan sekeluarga menjemput kedatangan yang diketuai oleh Umar, sahabat Fayaqun. Umar menjelaskan kedatangannya serta rombongan untuk meminang Haura bagi pihak sahabatnya iaitu Muhammad Fayaqun. Umar menjelaskan bahawa Muhammad Fayaqun sebenarnya Alan Ho. Haura Maqsurah terkejut mendengar nama tersebut. Keluarga Tan Sri Hamdan tidak dapat memutuskan jawapannya. Haura Maqsurah meminta kepada walidnya bahawa insyaAllah dia akan terima pinangan tersebut sekiranya Muhammad Fayaqun lulus dalam melaksanakan beberapa syarat yang bakal diutarakannya seperti mengimamkan solat.


Keesokan harinya, Muhammad Fayaqun bersama sahabatnya, Umar pergi ke rumah Haura Maqsurah untuk melaksanakan syarat-syarat tersebut. Muhammad Fayaqun tampil dengan segak berbaju jubah putih. Begitu juga dengan Umar. Jelas menampakkan keperibadian sebagai seorang muslim yang bertakwa.

" Masuklah Fayaqun, Umar. Tak lama lagi nak Maghrib dah." kata Tan Sri Hamdan.

Allahuakbar! Allahuakbar!

" Fayaqun, seperti yang diminta oleh Haura, Fayaqun kena mengimamkan solat." ujar Tan Sri Hamdan.

" Baiklah Tan Sri. Fayaqun akan menjadi imam solat ni seperti yang diminta." senyum Fayaqun.
Terasa getaran di hati Haura Maqsurah setelah mendengar suara yang mengimamkan solat Maghrib sebentar tadi. Bacaan Fayaqun yang begitu mengasyikkan mirip sekali dengan bacaan Syeikh Imam Misyari Rasyed Alfasy. Rupa-rupanya, semasa Fayaqun masih kecil, dia suka menonton rancangan belajar mengaji. Itu yang membuatkan bacaan Fayaqun begitu mantap.

Akhirnya, setelah Haura Maqsurah selesai solat istikharah untuk meminta petunjuk dan hatinya pula berasa tenang. Haura memutuskan untuk menerima lamaran Fayaqun.

********************************************
Persiapan perkahwinan Haura Maqsurah dibuat ala kadar. Saat yang dinantikan hadir jua. Tan Sri Hamdan menjengah masuk ke bilik puterinya. Kamar pengantin berhias rapi. Bakal pengantin juga sedang bersiap-siap. Ummi Khazinatul Asrar sempat memberi sedikit azimat penting.

" Duhai anak kesayangan Ummi, sebentar lagi kamu akan menjadi seorang isteri kepada lelaki yang hebat. Buatkan dia terasa menjadi seorang suami yang terhebat didunia dengan pujianmu serta penerimaanmu. Sentiasa motivasi suamimu agar sibuk dengan dakwah. Curahkan segala masa, komitmen, wang dan kasih sayang kepada dakwah. Hidupkanlah suasana sunnah Rasulullah agar menjadi berkat dalam kehidupan." pesan Ummi Khazinatul Asrar.

Haura tersenyum mendengar amanat penting Umminya. Begitu juga dengan Walid. Haura dirias bagaikan bidadari, cantik berseri. Dia duduk tersipu malu. Rombongan pihak lelaki tiba di rumah Haura. Semua kerabat keluarga, sahabat handai turut menyaksikan majlis pernikahan Muhammad Fayaqun bersama Haura Maqsurah.

" Aku terima nikahnya Haura Maqsurah Binti Tan Sri Hamdan dengan mas kahwin RM 100 tunai," Muhammad Fayaqun melafazkan dengan tenang.

"SAH!" "Alhamdulillah." Akhirnya, dia bergelar isteri kepada Muhammad Fayaqun. Sungguh dia tidak menyangka.

~bersambung~.....














Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...