Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Sabtu, 31 Mac 2012

~ Cerpen : Menanti Cinta ( Part 5 ) ~




Ridhwan Khusyairi duduk diam di sebelah Nazrul Rahim. Zahirah dengan berpakaian jubah biru,bertudung litup keluar membawa hidangan air dan sedikit makanan kepada tetamu. Ridhwan Khusyairi hanya mampu mengerling seketika. Begitu juga dengan Zahirah menundukkan pandangannya ke bawah.

" Erm, sapa nama anak tadi?" soal Lukman Hakim.

" Ridhwan Khusyairi, pak cik. Panggil Wan je."


" Macam ni lah, pak cik nak tanya adakah betul kamu ingin melamar anak pak cik, Zahirah seperti yang dikatakan oleh Nazrul? Sudahkah kamu bertanya kepada Allah? Adakah kamu tenang? " soal Luqman Hakim.

" Sebenarnya pak cik, sejak saya bertemu dengan anak pak cik, Zahirah hati saya berasa berdebar sangat. Sejak itu, saya mulakan dengan solat istikharah dan solat hajat agar ditetapkan hati dan minta petunjuk. Hati saya juga tenang. InsyaAllah." jelas Ridhwan Khusyairi.

" Beberapa bulan yang lepas, keluarga kawan pak cik datang ke rumah untuk meminang Zahirah. Anak dia, Saifullah memang dah lama berkenan dengan Zahirah ni. Begitu juga dengan keluarga mereka yang dari dulu dah nak sangat dapat menantu seperti Zahirah. Jadi, kami berikan keputusan untuk menerima lamaran tersebut itu kepada Zahirah. Sebab dia berhak menerima pandangannya sendiri dan tanya Allah dahulu. Apapun keputusannya kami hormati. Alhamdulillah, Zahirah menerima lamaran tersebut. Majlis pertunangan diadakan selepas beberapa minggu."

Reaksi muka Ridhwan Khusyairi begitu sangat terkejut, tetapi ditenangkannya sahaja. Tidak disangka, gadis yang dinantikannya selama ini ternyata sudah pun menjadi tunangan orang lain. Begitu juga dengan Nazrul Rahim setelah mendengar penjelasan daripada bapa saudaranya.

" Pak Long, biar betul Zahirah dah bertunang? Tapi bila? Kenapa Naz tak tahu pasal perkara ni?" soal Nazrul bertubi-tubi kepada Luqman Hakim.

" Masa majlis pertunangan Zahirah diadakan, kamu masih lagi berada di Korea untuk melanjutkan pelajaran. Pak Long buat majlis pertunangan secara kecil-kecilan. Sebab pertunangan ini, tak perlulah kita hebohkan. Pak Long hanya menjemput kerabat-kerabat yang terdekat terlebih dahulu je." jelas Luqman Hakim lagi.

" Wan, pak cik sekeluarga minta maaf sangat-sangat kepada kamu kerana terpaksa menolak lamaran kamu terhadap Zahirah. Mungkin jodoh kamu bukan dengan Zahirah. Pak cik suruh kamu datang sini pun, bukan untuk memalukan kamu tetapi pak cik nak perkara ni biarlah dari mulut pak cik sendiri bukan dari mulut orang lain." ujar Luqman Hakim.

Zahirah hanya mampu menundukkan pandangan ketika mendengar penjelasan daripada walidnya.

" Tak mengapalah pak cik. Mungkin Zahirah bukan jodoh yang Allah tetapkan untuk saya. Saya redha dan pasrah ketentuan Illahi. Saya bersyukur juga dapat mengetahui hal ini daripada mulut pak cik sendiri. Saya senang dapat bertemu kembali dengan Zahirah walaupun sudah menjadi tunangan orang. Saya harap pak cik dan mak cik dapat mendoakan saya supaya berjumpa dengan jodoh yang Allah tetapkan buat saya kelak. InsyaAllah." tenang Ridhwan Khusyairi.

" Pak cik dan Mak cik sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu, Wan." kata Humaira.

Ridhwan Khusyairi hanya mampu tersenyum.

~bersambung~....



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...