Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Sabtu, 10 Mac 2012

~ Hidayah CintaMu ~ (Last)



Cahaya bulan jatuh bersimbuhan. Purnama terang. Muhammad Fayaqun serta Haura Maqsurah asyik berkepit macam belangkas. Senyuman tidak putus-putus menghiasi bibir. Bisikan alam seakan mengkhabarkan kepada semua bahawa mereka sedang asyik bercinta, cinta yang halal kerana-Nya.

" Abang, sebelum kita bernikah, Haura bercita-cita sekali nak menjadi isteri seorang pemuda." Haura berbicara dengan sopan.

" Haura menyesal kahwin dengan abang?" Fayaqun bertanya.

" Taklah abang. Sebabnya pemuda itu adalah Abang Aqun sendiri," balas Haura dalam nada yang manja dan nakal.

Fayaqun ketawa mendengar gurauan isterinya.

" Hurm.,macam pernah dengar je dialog tu. Bukan dialog nie masa malam pertama Fatimah Az-Zahra bersama Saidina Ali? kata Fayaqun.

"Ya..abang memang pandai." kata Haura dengan manja.

Perkenalan berjalan harmoni. Mereka berbual-bual mesra dan bergurau senda. Mendambakan perkahwinan yang penuh mawaddah warahmah dan sakinah, berkat ikatan yang suci terpelihara. Pejam celik, pejam celik, usia pernikahan Muhammad Fayaqun dan Haura Maqsurah menginjak seminggu.

*****************************************

Kedengaran di luar sana, riuh seseorang melaung nama Muhammad Fayaqun. Fayaqun kenal suara itu. Haura menjengukkan kepala. Kelihatan Zetty bercekak pinggang di luar kediaman Haura Maqsurah. Wajah Zetty merah padam memanggil nama Alan Ho.

" Yang mana satu Haura Maqsurah? Berani-beraninya kau merampas kekasih aku!" amuk Zetty.

Ahli keluarga yang berada disitu terkejut dengan karenah yang dilakukan oleh Zetty.

" Zetty, banyyakkan istighfar. Terimalah hakikat, bahawa saya ni bukan lagi kekasih kamu. Tetapi saya sudah menjadi suami kepada Haura Maqsurah. Nama saya bukan lagi Alan Ho, tetapi Muhammad Fayaqun." kata Muhammad Fayaqun dengan tenang.

Zetty tidak mampu mengawal emosi. Dia mengalirkan air mata.

"Zetty tak rela siapa pun mengambil Alan selamanya. Alan baliklah kepada Zetty ye. Zetty janji akan berubah," rintih Zetty dalam tangisnya yang berpada-pada.

Haura Maqsurah datang menghulurkan air kosong supaya panas hati Zetty segera sejuk. Ummi Khazinatul Asrar mengiringi Haura Maqsurah.

" Tolonglah beri Zetty peluang sekali lagi," rayu Zetty.

Zetty mendekati Haura Maqsurah. Dia mampu mengecam wanita itu kerana pakaiannya sedondon dengan Muhammad Fayaqun.

" Saya rayu sangat kepada awak, lepaskan Alan kepada saya," pohon Zetty dengan suara yang sebak.

Haura Maqsurah menundukkan kepala, diam seribu bahasa. Fayaqun segera mendekati Haura Maqsurah takut Haura termakan rayuan Zetty. Zetty beralih merayu kepada bekas kekasihnya pula.

" Alan, bagilah Zetty satu peluang je. Tolonglah." rintih Zetty.

" Sekarang ni, Allah memberi peluang sekali lagi untuk saya memilih seseorang yang patut menerima darjat isteri. Saya takkan memilih alasan cinta pertama, tetapi saya memilih yang lebih beragama. Tidak kira siapa pun yang memegang darjat isteri dalam hidup saya, akan saya bahagiakannya dengan sepenuh hati. InsyaAllah." Yakin nadanya.

Dada Zetty berombak turun naik. Sedih, kecewa dan marah. Zetty terus meluru keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta meninggalkan rumah kediaman Haura Maqsurah.

****************************************

" Assalamualaikum Aqun. Umar ni. Aku nak kata kat kau yang Zetty kemalangan. Dia ada kat Hospital Columbia sekarang ni." ujar Umar.

" Waalaikumussalam Umar. Ya Allah, ye ke. Ok. Aku dan Haura pergi sekarang," jawab Fayaqun.

Sepanjang Zetty berada dalam koma, Haura, Fayaqun serta ahli keluarga mula bergilir-gilir menjaga Zetty sehingga betul-betul sembuh. Dari situ, Zetty banyak belajar perkara yang membuatkan dia betul-betul insaf. Dia terharu dengan pengorbanan ahli keluarga Haura Maqsurah yang bertukus lumus menjaganya sehingga pulih. Zetty berjanji disaat itu, dia akan mula berubah. Zetty meminta maaf kepada semua ahli keluarga Haura Maqsurah atas apa yang berlaku di rumah Haura tempoh hari.


Seminggu kemudian...~

Zetty memutuskan untuk berpindah ke UK bagi melupakan semua perkara yang terjadi. Di situ juga, Zetty mula menerima hidayah daripada Allah SWT. Dia mula menukar imej yang seksi kepada imej muslimah. Nampak keayuan dan keanggunan Zetty sebagai seorang muslimah. Zetty menyesal atas perkara yang terjadi kepadanya. Akhirnya, Zetty berkahwin dengan seorang pemuda atas pilihan keluarga dan menetap terus di UK.

**************************************



Langit membiru hanya ada beberapa tompokan seperti putih kapas bertebaran di kaki langit. Indah dan bersih, sejuk mata memandang. Fayaqun dan Haura duduk di koridor rumah dengan hati yang berbunga. Cinta terus mekar dan mewangi.

" Sayang..." panggil Fayaqun.

"Hmm...apa" jawab Haura.

" Haura sayang Aqun tak?'' soal Fayaqun lagi.

" Entah, tak tahu." bahu Haura terjungkit.

" Haura tak sayang Aqun?'' tanya Fayaqun untuk kepastian

" Tak tahu." sengaja Haura menyakat.

" Sayang ni nakal ye. Abang cubit nanti." tangannya mula mencari tempat.

" Haura lari dulu." gelak Haura.

" Eyh, mari sini. Nak lari mana tu?" kejar Fayaqun.

Fayaqun mula mengejar Haura yang begitu nakal. Hatinya gembira kerana dikurniakan seorang isteri yang membuatkannya betul-betul bahagia. Akhirnya, Fayaqun dapat menangkap Haura. Haura dipeluknya dengan kemas dan erat.

" Abang ni macam teddy bear la. Tak nak la Haura lepaskan sampai esok" sakat Haura.

" Sayang nakal ye. Dulu malu-malu. Sini, abang cubit pipi dia yang tembam ni." kata Fayaqun dengan girang.

Haura Maqsurah tersenyum lebar. Muhammad Fayaqun ketawa dengan karenah isteri kesayangannya itu.

Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku bidadari ini untuk memperbetulkan aku. Terima kasih juga kerana memberi aku hidayah dan menjadikan aku lelaki yang hampir sempurna. Terima kasih juga Ya Allah kerana hidayah-MU, hidup ini terasa sangat indah...

~ Selesai~








2 ulasan:

mAn mEL berkata...

sangat menarik :)..sweettttt..

mAn mEL berkata...

sangat menarik :) sweettt

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...