Assalamualaikum semua....kaifa halukum jami'an?..Ana sihat alhamdulillah...Baiklah hari ini ana nak mulakan dengan entri baru..Selamat Membaca..
Diriwayatkan tentang kisah Fatimah Az-Zahra bahawa dia pernah kelaparan beberapa hari. Pada suatu hari Ali R.A (suaminya) melihatnya pucat-lesi, kemudian bertanya kepadanya: "Apa yang terjadi padamu wahai Fatimah?" Fatimah menjawab: "Sejak tiga hari yang lalu kta tidak mempunyai makanan dirumah!" Ali berkata: "Kenapa kamu tidak memberitahuku?" Dia menjawab: "Sesungguhnya ayahku, Rasulullah pernah berpesan pada malam pernikahan kita:
Wahai Fatimah, jika Ali datang kepadamu dengan membawa makanan, makanlah ia. Akan
tetapi, jika ia tidak membawa sesuatu pun, janganlah engkau memintanya.
Namun, kebanyakan wanita selalu berusaha mengosongkan poket suaminya, kerana
mereka tidak sabar melihat wang didalam poket suaminya. Kemudian seakan-akan dia
mengumumkan keadaan darurat di dalam rumahnya dan dirinya tidak merasa tenang
sebelum seluruh harta suaminya habis.
Jadi sebagai seorang wanita/muslimah/isteri jadilah seorang yang menambah rezeki yang
ada bukan mengosongkan rezeki yang sedia ada.Maka bila perkara itu berlaku, maka tiada
bencana yang berlaku pada hari kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan