Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Rabu, 11 Januari 2012

~Jauhilah Kelalaian~


Assalamualaikum...hari ini ana nak buat entri kedua pula..Selamat Membaca..:)

Kita sebagai manusia tidak akan lepas daripada sikap kelalaian masing-masing. Berhati-hatilah terhadap kelalaian, iaitu lupa dari berzikir kepada Allah S.W.T , meninggalkan solat, berpaling dari Al-Quran serta meninggalkan pengajian dari majlis yang bermanfaat. Semua itu adalah penyebab kelalaian dan kelengahan. Hati ini akan menjadi keras dan terkunci sehingga tidak mampu lagi mengenali yang makruf, mengingkari yang mungkar dan tidak memahami agama. Mereka yang seperti ini akan memiliki hati yang resah, sedih, gelisah,sengsara,dan fikiran yang kusut. Itulah akibat dari kelengahan dan kelalaian di dunia. Cuba anda bayangkan bagaimana di akhirat nanti.


Oleh itu., jauhkan dirimu dari sebab-sebab kelalaian.Jagalah hubungan anda dengan Allah. Basahilah bibirmu dengan selalu berzikir kepada Allah, bertasbih,bertahlil,bertakbir,bertahmid,dan memohon ampun kepadaNya serta membaca selawat kepada Rasulullah S.A.W di setiap waktu. Dengan begitu engkau akan bertemu kebahagiaan yang meliputi hatimu. Itulah yang bermanfaat.

Allah S.W.T berfirman dalam Surah Ar-Ra'd: Ayat 28

"........Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia".

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...