Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Selasa, 10 Januari 2012

Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim.....

Jangan kau putus asa kerana tidak melihat jalan keluar.
Kalau begitu, dimanakah Allah dan takdirNya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat hadis ini.
                        
Rasulullah S.A.W bersabda:

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat, lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya dia akan memasuki syurga Tuhannya.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Oleh itu, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih,.berjalanlah sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah NabiNya, nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati.

Wahai saudariku, anda telah dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Nabi Muhammad S.A.W. Anda juga termasuk orang yang mengikuti jejak langkah Aisyah, Khadijah dan Fatimah-semoga Allah meredhai mereka semua.

Ucapan selamat buat anda kerana anda adalah wanita yang solat lima waktunya, puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitullah dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...