Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Rabu, 4 Februari 2015

Bakal Calon???

Bismillah




" When you stop searching for a prince and make Allah the King of your heart, He will help you complete your fairytale"
InsyaAllah.



Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam.

Ada yang sukar nak mendapatkan jodoh, ada yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak disebabkan alasan-alasan tertentu.

Pernah suatu ketika, sahabat syurga aku tanya.

"Kau dah ada calon?"
"Kalau dah ada niat nak kahwin, kahwinlah dulu"

Calon? Tak tahu nak cakap macam mana. Sejujurnya memang tak ada lagi. Tapi, tipulah kalau dihati tak pernah suka dengan orang kan.

Sambung dia lagi..

"Ada seorang dari sekolah kita dulu. Cuma dia murobbi lah. Kau nak tak?"

Allahu. Gulp....
Murobbi?
Bagaimana dia boleh calonkan aku dengan murobbi sendiri.
Segan. Malu. Semua ada.

Allahu, sahabat syurga. Kenapalah kau calonkan aku dengan dia?

"Manalah tahu kan? InsyaAllah, mungkin jodoh"

*********************************************************************************

Balik cuti semester 2 tahun lepas...

Ummi pula tanya,

" Kau dah ada calon? Kalau cari calon, cari yang pandai jaga agama, xpemarah, sayang ummi,abah,kau dan keluarga"

Jawab aku,
Ummilah carikan untuk Nor.

Ummi sambung,
"Cari sendiri. Nor, pasangan kita ni bukan macam kita beli baju lepas tu kita boleh tukar. Pilih pasangan dengan 4 ciri ikut Rasulullah ajar macam mana. Kalau salah pilih pasangan, habis hidup kita ini.."

Ayat Ummi kalah menteri.


*********************************************************************************

Dengan Naqibah (Ketua Usrah@Bulatan Sakeenah)

"Tahu BM (baitul muslim) tak?"

Hurm, dalam hati.
Akak ni dah kenapa tetiba tanya. Rasa musykil.
Anggukkan je (tau)

"Alhamdulillah, baguslah kalau tahu. Balik nanti, akak bagi borang BM ye. Habis isi, bagi dekat akak"

Diam mematukan diri sepanjang dalam kereta.
Aku salah dengar ke? Kena suruh isi borang bm.

Sampai rumah, baru teringat kak naqibah tak bagi lagi borang bmnya.
Mungkin akak lupa la tu.



Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia. Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja. Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat.
Kita hanya perlu bersabar.
Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan kita putera atau puteri cantik dan terbaik sebagai jodoh kita. Berganding selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan.
Bersama menuju redha dan keampunanNya.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...