Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Ahad, 31 Ogos 2014

✿ Tajdid Niat

Bismillahirahmanirahim.





Kamera tidak menjadikan kita photographer, maupun canggihnya kamera tidak menunjukkan kita pro. Tapi skill dan latihan yang banyak itu ia.



Sama seperti bertudung labuh, memakai niqab, memakai serban sekalipun, kain yang disarung itu tidak menjadikan kita soleh/solehah. Akhlak yang baik, iman dan amalan itulah yang sepatutnya. Serta ikhlas belajar dan niat yang betul memakainya menjadi bentuk pembelajaran dan didikan mencapai erti soleh/solehah yang sebenar.


Semoga apa yang kita pakai seiring dengan hati kita. Labuhnya pakaian sampai ke kaki, habis tertutup wajah dengan pelbagai jenis niqab sekalipun tidak bererti jika akhlak masih buruk dan hati tidak dijaga, sama seperti kamera secanggih dan semahal mana pun, tak bermakna jika tidak tahu cara menggunakannya dan salah gunakannya.


p/s: Dengan sentiasa tajdid niat, akan ada efek positif buat diri dan kehidupan. Diri akan menjadi lebih ikhlas dalam amalan ibadah, lebih sensitif terhadap redha Allah dan lebih teliti serta berhati-hati dengan setiap tindakan.

Biiznillah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...