Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Jumaat, 29 Ogos 2014

Sakeenah dalam Redha Allah S.W.T (✿◠‿◠)


Bismillah

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

(Surah Ar-Rum : 21)

Istikharah dan berdoa. Semuakan di tangan Allah. :') 

(sekadar hiasan) 


SubhanaAllah,

Tak terasa diri ana dah menginjak ke umur 20-an, rasa baru semalam diri masih kecil. Rasa baru semalam bermain, makan, belajar bersama sahabat-sahabat solehah. Sekarang, kebanyakkan sahabat-sahabat dah mula mendirikan Baitul Muslim. Allahurabbi.



Barakallahu lakuma buat sahabat-sahabat ana yang solehah yang sudah dan bakal berubah fasa daripada fasa bujang kepada fasa alam perkahwinan dalam masa terdekat ini. Moga antum terus tsabat dalam jalan juang dunia DnT ini dan dikurniakan bakal-bakal mujahid/mujahidah pembela agama. Biiznillah.



Aseef jiddan kerana tak dapat untuk penuhi walimatul urus antum semua, khususnya anak saudara ana yang  bakal melangsungkan perkahwinan pada ahad ini. Maaf, mak su tak dapat datang. Hanya doa dari jauh yang ana mampu lakukan agar semua urusan dipermudahkan.



Menjadi seorang isteri bukanlah semudah tersenyum setiap hari pada si suami, dan berada dalam lingkungan taat pada suami bukanlah semudah menunggunya dalam hujan seperti dalam drama korea. Ingatkan lagi janji Allah tentang sakeenah, ketenangan itu yang benar-benar akan menjadi dinding pada hati yang resah. Sakeenah, hanya dalam hati mereka yang berlapang dada untuk ketaatan pada suami, dan ketenangan dalam mencari redha Allah.


Kini, ana berada di bumi tarbiyyah menghadap meja belajar untuk semester yang seterusnya. Meneruskan janji-janji Allah, menyahut baton dakwah sahabiah-sahabiah Rasulullah. Mohon doa antum semua untuk diri ini. InsyaAllah.


Doanya moga kita semua dibawah lindungan rahmah dan barakahNya memimpin keluarga yang sentiasa mendokong agamaNya.


Biiznillah. (✿◠‿◠)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...