Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Sabtu, 28 Mei 2011

Tanya Ana : Wakalah




Assalamualaikum sahabat semua...malam nie ana nak cerita mengenai "Wakalah"...Sebut pasal wakalahkan...topik nie la yg masuk ezam ana ari tu...alhamdulillah ana dpt jwb..juz skrg nie ana harap jwpn ana tu betul...

Ha...kalian perasan tak semua kad jemputan kahwin pasti ada al-wakil..xpernah tertinggal punya...Kalau nak tau lagi tanyalah ana...:)

Wakalah dari segi bahasa bermaksud jaga atau serah...
dari segi syara' pula seseorang yg menyerahkan sesuatu urusannya kepada org lain terhadap benda atau perkara yg boleh diwakilkan menurut syara' agar org yg dwakilkan itu dpt melakukan sesuatu yg dserahkan kpdnya selagi yg menyerahkan wakil itu masih hidup...

Kalau sahabat semua nak tau..hukum wakalah nie harus dari segi syara'...
Firman Allah: ... sekarang utuslah seorang daripada kamu membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual disitu); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya..
( Surah Al-Kahfi 18:19 )
Dalam hadis Rasulullah juga yang bermaksud:
Bahawa Rasulullah pernah mewakilkan Amru Ibn Umaiyyah al-Damiri r.a. untuk menerima nikah Ummu Habibah Ramlah Binti Abi Sufyan r.a.

Tetapikan..hukum wakalah nie boleh berubah mengikut tujuan seperti:

  • Sunat: Che Ahmad berada di Mesir dan meminta Muammar mewakilkan dia untuk berkahwin.
  • Makruh: Bapa menyuruh anaknya membeli rokok.
  • Haram : Jika ia menjadi wakil untuk urusan yang haram.
  • Wajib : Jika ia menjadi wakil untuk menolong orang yang sangat berhajat kepada sesuatu barangan @ pertolongannya dan orang tersebut tidak mampu melakukan sendiri.
Wakalah pun mesti ada rukun juga...
@ Pemberi wakil
@ Penerima wakil
@ Perkara yang diwakil
@ Sighah iaitu ijab dan qabul

Wakalah tu boleh terbatal dengan serta merta jika wujudnya sesuatu perkara seperti:~

  • salah seorg mati @ x waras.
  • kerja yg dwakilkan selesai dtunaikan.
  • salah seorg menarik diri.
  • org yg dwakilkan x mahu menerima amanah.
  • org yg mewakilkan mmbuat keputusan sndiri sdgkan org yg dwakilkan tidak mengetahui.
Wakalah nie mmpunyai hikmat tersendiri:

  • ada manusia yg tidak mmpu melaksanakan urusan sendiri maka ia boleh mewakil kpd org lain bg pihaknya..
  • wujudnya saling bantu membantu ke arah kebaikan..
  • kita juga dpt mewujudkan sifat amanah terhadap perkara yg diamanah oleh org lain.
  • wujudnya sifat bertanggungjwab..

Ana harap perkongsian sedikit maklumat nie dpt mmbantu sahabat semua dalam kehidupan seharian disamping sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T.......

Dalam Hadis Rasulullah bersabda:
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"

Jadi sahabat semua boleh sampaikan sedikit maklumat nie kpd kawan-kawan yg lain...
InsyaAllah, lain masa ana akan kongsi lagi kepada kalian semua...


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...