Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Ahad, 29 Mei 2011

Tanya Ana : Nazar 1



Assalamualaikum semua...Malam nie cerita ana bersama adik saudara ana, Azira. Ikutilah kisah kami berdua...

Malam tue bulan kelihatan nampak penuh..Subhanallah..sungguh besar ciptaanMu..terasa pula ana malam tue dingin and sejuk sangat..rasa mcm kat negara orang la pula..negara 4 musim..heheh..tapi sinikan Malaysia, mana ada semua tue..Tiba-tiba, adik saudara ana nie,Azira kejutkan ana dari belakang...

Azira: Ha....jauh termenung tu kak...Ingat kat siapa tue??Heheheh...

Ana: Oo mak kau..Ish..budak nie...terkejut akak tau..Nasib tak kena serangan sakit jantung. Jangan merepek la Zira..tak ingat kat siapa-siapa pun, cuma akak fikirkan sesuatu je..(Hurmm)

Azira: Fikirkan sesuatu? Fikir apa?

Ana: Akak fikir pasal nazar.

Azira: Apa pulak nazar tu?? Tak pernah dengar pun.

Ana: Nazar nie maksudnya mewajibkan sesuatu ibadat umum atau perkara yang tidak diwajibkan sebelumnya.,Contohnya seseorang tue berkata: "Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini aku akan berpuasa selama seminggu."

Azira: Ooooo...macam tu rupanya nazar..Kalau tak silap Zira,.minggu lepas Zira pernah dengar mak cakap.."Sekiranya Allah menyembuhkan sakit ayah, mak akan berpuasa selama seminggu".
Macam tu ke kak??

Ana: A'a..ye la tue...Kalau kita bernazar nie hukumnya harus tau..Amalan bernazar nie sebenarnya dah diamalkan semenjak zaman sebelum Nabi Muhammad iaitu Zaman Jahiliyyah dan terus diamalkan dalam Islam sehingga sekarang.

Sebagaimana Firman Allah SWT:
(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (Akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
(Surah Al-Insan 76:7)

Ana: Oklah Zira...dah jam berapa dah nie??Nanti mak marah pulak lewat sangat tidur..Jom masuk tidur..Nanti lain masa akak sambung cerita nazar ye..

Azira: Ok kak..

Untuk mengetahui cerita yang selanjutnya pasal nazar,ikutilah kisah kami selepas ini.Harap pembaca mendapat input yang disampaikan disini.Sekian.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...