Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Selasa, 26 Februari 2013

:: Tatkala Hati Berbicara ::


بسم الله الرحمن الرحيم

" Enti ada masalah??".,terasa berbunga dihati ada yang sudi bertanya.,

" Enti dah makan? Kalau belum, mari ana belanja.." sejuk hati mendengar tatkala ada yang bagi perhatian..




Bersyukur saat-saat kita dirundum masalah bahkan hati tidak tenteram, muncul sahabat yang memberi sentuhan persahabatan. Ibarat dapat membaca galau di hati ini. Masalah itu pelbagai, akan tetapi apabila sebuah persahabatan diganggu gugat itu lebih menyakitkan. Entah di mana silapnya. Termenung panjang...





Hati manusia biasa mudah terluka bila putus cinta, tapi hati manusia luar biasa, pejuang di jalan Allah, sarat dengan cinta pada Allah, sahabat itu juga permata dan kekasih hatinya...Sahabat antara puzzle yang melengkapkan kehidupan manusia. Setiap sesuatu ada ujiannya. Tatkala hati terluka kerana sahabat, jangan dibiarkan syaitan membisikkan keretakan. Kita harus bijak mendidik emosi. Beri masa pada diri. Beri masa pada sahabatmu.



"Kenapa enti buat ana macam ni ?" ketidakpuasan hati seorang sahabat selepas salah menilai niat baik sahabatnya sendiri. Mereka sedang diuji.

"Semua orang ada masalah, settlekan dulu sebelum sibuk nak tau masalah orang lain," 
 
 
 Kita mungkin sesekali terluka. Bahkan mungkin berkali-kali. Terluka dalam ajakan dakwah, Terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhwah. Ukhwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika. Ini baru satu dua ujian buatmu wahai pembawa agama. Bukan semuanya berita sedih dan duka.
 
 
 Ketahuilah diri kita dan sahabat kita tidak sama. Ada ruang, dia perlu bersendiri. Ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati. Ada ketika, dia datang minta dinasihati. Pelbagai ragam sungguh sebuah persahabatan ini.

Lukanya hatimu saat ini adalah kerana cintamu padanya kerana Allah. Sama-sama ingin ke syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka. Bagi dirimu yang terluka, rawatilah...Luka itu akan sembuh semula...Kepada Allah kita mengadu cerita. Moga ketenangan buat diriku, sahabatku dan kalian yang membaca. Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan. Apatah lagi dengan teman, sahabat dan keluarga kita semua. Salam mahabbah buat semua.
 
 
✿ Buat pembaca-pembaca yang dihargai, jazakumullah khairan khatiran kerana
 
  sudi singgah dalam entry yang tak seberapa ini. Harap kita bertemu lagi di 
 
entry yang seterusnya. In shaa Allah.
 
 Assalamualaikum. (✿◠‿◠)
 
 

2 ulasan:

Hafiz S berkata...

Kpd-Nya kta mengadu cerita..

Maria Firdz berkata...

salam kenal dan ziarah... datang follow sini tanda sokongan... :)
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...