Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Khamis, 8 Mac 2012

~ Hidayah CintaMu ~ (Part 5)




" Zetty, I nak tanya something boleh? " s

oal Alan Ho.

Zetty duduk di atas sofa panjang. Kedua matanya terpaku pada wajah Alan Ho kekasih hatinya itu. Sesekali tangan kanannya memegang wajah kekasihnya itu.

" Ada apa sayang?? Kenapa ni I tengok U monyok semacam je? Cakap la." kata Zetty dengan suara yang manja.

" Kenapa U tak pakai tudung?? Tak tutup aurat macam tu?? Tak macam yang
lain-lain semua pakai tudung and tutup aurat." tanya Alan.

" Kenapa dengan U ni sayang?? What happened with U nie? U nak tau kenapa ye. I jelaskan semua. Ala, mereka tu tak cantik macam I nie sebab tu mereka tutup semua. I nie kan cantik, sexy lagi. Buat apa nak tutup kecantikan yang sedia ada nie. I cantik nie sebab U tau sayang. Just only U je yang I nak sekarang ni." jelas Zetty sambil mengusap tangan Alan dengan lembut.

**************************************************

Alan Ho sampai di apartmentnya ketika Umar sedang menunaikan solat. Suara Umar membaca

Al-Quran ketika bersolat jelas kedengaran. Alan menjadi agak tersentak. Yang dibaca Umar itu pernah didengarinya, pernah begitu akrab dalam telinganya bertahun-tahun yang lalu. Getaran terasa di badan Alan tatkala mendengar ayat-ayat suci Al-Quran itu. Begitu juga dengan hatinya yang semakin berdebar.

“ Oh Tuhan, mengapa setiap kali aku terdengar ayat-ayat itu aku akan berasa tenang sekali??” monolog Alan sendirian.

Alan Ho merasakan dirinya semakin tertarik kepada keistimewaan agama Islam. Alan Ho mula untuk mencari kebenaran mengenai Islam dan cuba mengenalinya.



*********************************

Berlin…

Alan mula mempelajari Islam di Berlin di bawah bimbingan keluarga Muslim Turki-Syria, yang sudah lama menetap di Berlin atas saranan sahabat baiknya Umar.Sejak itu, Alan dimuliakan. Keluarga Muslim Turki-Syria tidak memaksa Alan untuk memeluk Islam tetapi mereka tidak jemu menjawab segala pertanyaan dan kemusykilan yang ada dibenaknya mengenai Islam.


Akhirnya dengan perlahan-lahan cahaya hidayah mulai menyusup masuk ke relung hati Alan Ho.

Pada suatu ketika semasa makan malam, Alan menyampaikan niatnya untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Niat Alan itu disambut dengan linangan airmata bahagia keluarga itu. Selesai makan malam, Tuan Rayyan bermaksud untuk menghubungi Imam Besar Masjid Berlin,iaitu Imam Hasan agar acara pengucapan dua kalimah syahadah Alan diadakan secara rasmi di masjid dan disaksikan oleh ramai kaum Muslimin yang lain.


Imam Hasan memberikan sedikit ceramah singkat sebelum membimbing Alan mengucapkan dua kalimah syahadah. Selesai sahaja ceramah, Imam Hasan bertanyakan kepada Alan untuk mendapat kepastian bahawa dia memeluk Islam bukan kerana ada paksaan atau kerana keadaan.

“ Ketahuilah kamu Tuan Imam Hasan bahawa saya memeluk Islam kerana benar-benar sedar akan keindahan Islam juga kerana panggilan jiwa saya banyak cenderung kepada Islam.” Jelas Alan dengan tenang.

(sekadar hiasan)

Mendengarkan jawapan Alan, takbir dan tahmid bergema di masjid. Dengan suara yang tenang dan berwibawa, Imam Hasan membimbing Alan mengucapkan dua kalimah syahadah perkataan dengan perkataan.

“ Asyhadu an laa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna

Muhammadan Rasuulullah”

Semenjak dari itu Alan dengan rasminya telah menjadi seorang Muslim. Namanya juga telah ditukar secara rasmi menjadi Muhammad Fayaqun.

~bersambung~.....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...