Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Rabu, 7 Mac 2012

~ Hidayah CintaMu ~ (Part 4)





Hari itu hari Sabtu. Haura Maqsurah dan Umi Kalthum keluar untuk makan malam di Hotel Concorde. Usai sahaja makan, tiba-tiba Umi Kalthum ternampak tunang Haura Maqsurah iaitu Johan keluar dari pub yang tidak jauh daripada hotel tersebut. Johan berpelukan dengan seorang wanita yang begitu seksi sambil mabuk. Sungguh memalukan.

" Haura, itu bukan tunang kau ke??Johan." tanya Umi Kalthum sambil menunding jari ke arah Johan.

Dengan pantasnya Haura Maqsurah melihat Johan yang sedang mabuk dengan berpelukan wanita yang bukan muhrimnya. Astarghfillahalazim.

" Ya Allah..Umi, jom kita balik. Aku tak nak tengok lama-lama orang buat maksiat tu. Johan tu tak tau ke haram pegang tangan perempuan yang bukan muhrim. Minum arak lagi. Apa nak jadi ni?? " kata Haura dengan nada marah.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Haura Maqsurah menangis hiba. Kesal atas perbuatan yang dilakukan oleh Johan sebentar tadi. Bagi Haura, sungguh memalukan perbuatan itu. Haura pergi mengambil wuduk dan solat supaya hatinya tenang. Dalam berdoa, Haura menangis hiba. Haura hanya dapat berharap agar hubungan pertunangan antara dia dan Johan diputuskan. Haura perlu memberitahu perkara sebenar kepada ummi dan abinya.

Haura membaca tafsir Al-Quran, sampai sahaja di Surah Al-Baqarah ayat 216:

" Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"




Keesokan pagi...


" Ummi, Abi..sebenarnya Haura ada perkara nak cakap." ujar Haura sambil menunduk muka ke bawah.

" Haura,..ada apa sayang?? Haura nak cakap apa dengan ummi dan abi..Bagi tau ye, kita boleh bawa bincang elok-elok." jawab Ummi Khazinatul Asrar dengan lembut.

" Sebenarnya, sebenarnya,..isk..isk.. Haura nak minta ummi dan abi putuskan pertunangan Haura dengan Johan. Haura tak nak bersuamikan dengan orang yang jahil dalam agama." kata Haura lagi.

" Apa Haura cakap nie?? Putuskan pertunangan?? Tapi kenapa Haura? Jelaskan dengan abi kenapa nak putus tunang?" soal Tan Sri Hamdan dengan hairan.


" Sebenarnya, malam tadi Haura dan Umi keluar pergi makan kat hotel. Bila dah habis makan tu, on the way nak pergi tempat kereta Haura dan Umi nampak Johan berpelukan dengan wanita yang bukan muhrim dia. Lagi satu, pada masa tu Johan mabuk abi, ummi.." jelas Haura.

" Astarghfillahalazim..betulke Haura apa yang Haura cakap ni?" terkejut Ummi Khazinatul Asrar. Kelihatan Tan Sri Hamdan begitu marah dan kesal atas perbuatan yang dilakukan oleh Johan. Tidak sepatutnya Johan melakukan perkara sebegitu.

" Abang, apa kata abang? Kita putuskan ye pertunangan Haura dengan Johan. Saya tak nak Haura tersiksa apabila dah kahwin nanti. Lebih elok kita elakkan perkara yang tak baik terjadi." jelas Ummi Khazinatul Asrar.

" Baiklah, kalau dah ayang dan Haura minta..abang akan jelaskan semuanya dengan ayah Johan nanti. Ye. Kita sama-sama usahakan yang terbaik." ujar Tan Sri Hamdan.



***********************************************

Alan Ho tiba-tiba teringat dengan Haura Maqsurah, gadis bertudung litup, manis paras rupawan, lemah lembut dan tegas. Kira semuanya sempurna. Jika dibandingkan Haura dengan kekasihnya Zetty terlalu jauh beza. Macam langit dan bumi. Haura jauh lagi sempurna daripada Zetty. Perggghhh..

" Oii..Alan..bertuah punya budak!! Termenung je kerja dia. Aku masuk pun kau tak perasan. Ada ke macam tu..Ish..ish..Perangai kau tu dari kita kat universiti sampai sekarang pun tak berubah lagi." usik Umar.

" Hehehe...sekali sekala la Umar. Bukan selalu pun tengok aku termenung masa kerja ni." sengih Alan Ho.

" Ha..ye la tu. Banyaklah kau punya tak selalu. Ada gak aku ketuk kau dengan batang penyapu. Hahahah." gelak Umar bila tengok karenah Alan.

Alan Ho hanya tersenyum je.

*******************************************

~ bersambung~.....





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...