Mawar Dan Syabab Agama

Islamic Widget

Isnin, 23 Februari 2015

✿ Segmen Tambah Follower & Sesi Perkenalan







Bismillah.
Alhamdulillah, selesai blog walking.
Terjumpa site ni.

Interesting.
Segmen ni diperkenalkan oleh Sis Dena,
So, dalam segmen ni nanti kita boleh menambah kenalan daripada mana-mana blogger seluruh negera. Sambil tu, rapatkan lagi ukhuwah sesama kita. (cewahhh.....hehe)










So, kepada semua,
Moh ler kita join sama-sama,
Saya pon baru nak join.

Nanti, klik je gambar tu untuk tengok syarat-syaratnya.


p/s: Moga ukhwah yang terbina dirahmati oleh Allah S.W.T :)

Khamis, 12 Februari 2015

✿ Andai Allah izin ✿


Bismillah,

Allah tarik nikmat sihat sedikit kali ini,
Allah bagi demam + selsema+batuk = kifarah dosa.
Syukur,
Allah nak bagi kita rehat sebenarnya.


Banyak impian yang aku ingin capai,
Alhamdulillah, sekarang dah Degree and nak habis pun tahun depan,
Andailah Allah izin,
Aku nak sambung Master + PHD kat luar negara,
InsyaAllah,
Yang pastinya I'm not going alone.


Andai Allah izin,
Teringin sangat untuk jadi perantau lagi di bumi orang,
Melihat pemandangan yang membawa khabaran ciptaan Illahi,
Membawa diri sambil mengambil ibrah daripada setiapnya.






Tuhan, pilih aku untuk 'jatuh cinta' pada setiap ciptaanMu untuk ku sebarkan pada rantaian yang lain.









Rabu, 4 Februari 2015

Bakal Calon???

Bismillah




" When you stop searching for a prince and make Allah the King of your heart, He will help you complete your fairytale"
InsyaAllah.



Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam.

Ada yang sukar nak mendapatkan jodoh, ada yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak disebabkan alasan-alasan tertentu.

Pernah suatu ketika, sahabat syurga aku tanya.

"Kau dah ada calon?"
"Kalau dah ada niat nak kahwin, kahwinlah dulu"

Calon? Tak tahu nak cakap macam mana. Sejujurnya memang tak ada lagi. Tapi, tipulah kalau dihati tak pernah suka dengan orang kan.

Sambung dia lagi..

"Ada seorang dari sekolah kita dulu. Cuma dia murobbi lah. Kau nak tak?"

Allahu. Gulp....
Murobbi?
Bagaimana dia boleh calonkan aku dengan murobbi sendiri.
Segan. Malu. Semua ada.

Allahu, sahabat syurga. Kenapalah kau calonkan aku dengan dia?

"Manalah tahu kan? InsyaAllah, mungkin jodoh"

*********************************************************************************

Balik cuti semester 2 tahun lepas...

Ummi pula tanya,

" Kau dah ada calon? Kalau cari calon, cari yang pandai jaga agama, xpemarah, sayang ummi,abah,kau dan keluarga"

Jawab aku,
Ummilah carikan untuk Nor.

Ummi sambung,
"Cari sendiri. Nor, pasangan kita ni bukan macam kita beli baju lepas tu kita boleh tukar. Pilih pasangan dengan 4 ciri ikut Rasulullah ajar macam mana. Kalau salah pilih pasangan, habis hidup kita ini.."

Ayat Ummi kalah menteri.


*********************************************************************************

Dengan Naqibah (Ketua Usrah@Bulatan Sakeenah)

"Tahu BM (baitul muslim) tak?"

Hurm, dalam hati.
Akak ni dah kenapa tetiba tanya. Rasa musykil.
Anggukkan je (tau)

"Alhamdulillah, baguslah kalau tahu. Balik nanti, akak bagi borang BM ye. Habis isi, bagi dekat akak"

Diam mematukan diri sepanjang dalam kereta.
Aku salah dengar ke? Kena suruh isi borang bm.

Sampai rumah, baru teringat kak naqibah tak bagi lagi borang bmnya.
Mungkin akak lupa la tu.



Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia. Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja. Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat.
Kita hanya perlu bersabar.
Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan kita putera atau puteri cantik dan terbaik sebagai jodoh kita. Berganding selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan.
Bersama menuju redha dan keampunanNya.



Ahad, 25 Januari 2015

Dia yang Terpilih

Bismillah


When i asked you,
who is your friend?


Agaknya, wajah siapa yang paling mula-mula muncul dalam bayangan kau? Bertuahnya orang tu kan. Dia yang terpilih.


Sejujurnya, aku ni bukan jenis yang banyak sangat kawan. Tapi, alhamdulillah kira boleh juga la.
Aku ni jenis suka biarlah kawan yang boleh senang dan susah dengan aku. Bak kata orang, " Berkawan biar seribu, berkasih biar satu"... (macam xda kaitan je,.hahaha)


She's the one among my precious friend. Start kenal dia waktu aku MTS dulu. Dia kawan usrah kepada kawan aku dulu. Tapi kalau di ikutkan, sebenarnya aku dah kenal lama. Sejak aku follow blog dia. Tak sangka pula dia yang aku jumpa waktu MTS tu. Start rapat bila sekali dalam usrah. Sejak dari itu, macam-macam perkara berlaku. Alhamdulillah, dah nak masuk 2 tahun kan kita kenal Miza?


Dia antara yang selalu aku luahkan perasaan merapu dan merepek. Tempat aku suka menyakat. Dia yang selalu tempat aku manja. Walaupun aku tua 2 tahun dari dia. Tempat aku selalu call waktu malam, whatsapp, tempat aku minta tolong hantar kesana kemari. Tempat aku beli tudung. Maklumlah, dia buka jahit tangan tudung,veil dan etc. -------> Miza Zahra


Kata orang, kalau nak kenal betul tentang kawan kita, tinggal/jaulah dengan dia lebih dari 3 hari. And I did it. Banyak sangat pengorbanan dia sampai aku xtau macam mana nak balas. Tipulah kalau dia xda kelemahan juga, tapi buat apa aku nak kacau. Itu peribadi dia, dan dia berhak untuk perbaiki. Aku lebih suka ambil sikap positif dia.


Last but not least, dah tentu aku sayang gila tahap gaban coz Allah. Sebab itulah diri dia yang sebenar. 

Sanah helwah adik Mekja sayang. Moga terus qowiy dan melaju dalam dunia dnt ini tau. Kak Amoi sayang awak abadan abada ila Jannah.

25 Jan 2015, 21 tahun.






Isnin, 19 Januari 2015

Ops Pasca Banjir Pahang 2.0

Bismillah




Daripada Jabir Bin Abdullah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya. 

(Muttafaq ‘alaih)



Kasih sayang yang terjalin antara sesama manusia adalah penyebab yang paling menentukan untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT. Dan selanjutnya kesan berkat rahmat Allah itu akan membawa kebaikan baginya di dunia dan di akhirat.


(Tuhan, pilihlah aku untuk jatuh cinta pada setiap ciptaan Illahi)


Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Pengalaman yang paling bermakna buat kami sebagai sukarelawan Ops Misi Pasca Banjir 2.0. Hati tersentuh tatkala tiba di rumah warga emas yang juga merupakan mantan ketua kampung disana, dengan masih lagi ada lumpur dan keupayaan mereka hendak menolong amatlah terhad. Namun, semangat mereka tetap tinggi. SubhanaAllah.



Jazakumullah khairan khatir buat sukarelawan yang sudi membantu.

Begitu juga guru besar sk batu kapor mentakab, tok empat serta isteri dan warga masyarakat disana. Terima kasih banyak atas hidangan juadah yang disediakan. Sedap sangat. Alhamdulillah.


Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...